antibodi dah makin lemah


hectic week. banyak benda nak kena catch up. assignments, test/midterm, presentation, and interview. lepas tu antibodi pun dah lemah. demam tetiba menjelma. sampai cecah 40 darjah celcius. tinggi kan.

so banyak yang membantu aku ketika aku di landa ribut demam. thanks to fatin yang bawak aku pegi klinik. thanks to nina and rehan sebab teman aku and tolong jaga sy jugak.HEHE. thanks to kechik sebab belikan makanan untuk aku (walaupun mulut payau nak mampus, tapi keinginan nak makan terlalu tinggi. tapi makan tak pernah nak habis T___T ). thanks kepada yang datang melawat. HAHA =P

abah tak henti henti call. dia takut aku kena demam denggi sebab demam tak kebah, sendi-sendi sakit. tapi aku cakap aku batuk and selsema. so possibility untuk dapat denggi memang 0%. hewhew, selamat la kan.

so dua hari demam, alhamdulillah harini demam dah kebah. banyak sangat benda nak makan nak redeem balik. tapi di sebabkan condition mulut masih lagi payau, kena la duduk diam diam dulu =,="

ok, back to assignments i guess sebab next week dah kena submit all the assignments, and other two weeks dah start presentation. urgh, busy macam lebah =,="

muka budak dah baik demam
@___@


p/s: i miss familia T__T. cepat la habis sem 3


di telan pahit di luah basi.


masa lalu, pintas sekali dalam kepala otak. rewind balik apa yang di ingat. tiba-tiba hati sayu sebab banyak sangat perubahan. banyak sangat yang terjadi. semua yang dulu kita tak tahu, hari ini dah kita rasai. *menangis*

kalau boleh saat sekarang nak saja aku lari. tinggal apa yang aku rasai sekarang. mahu jadi pengecut kehidupan sebab ada perubahan yang aku tak boleh terima. di telan pahit di luah basi. merungut pun tak guna, ini jalannya.

lemah. lemah jantung. lemah jantung berdegup. itu yang aku rasai sekarang. hati macam berkecai. di hiris sipi-sipi, terasa sakit mahu menjerit. tapi siapa yang boleh mendengarnya? senyum pelekat muka, hati kecai bersepah. perasaan apa yang boleh aku gambarkan sekarang? *menangis meraung*


kalau semua benda boleh kekal sampai mati,
kalau semua benda ada sentiasa di sisi sampai mati,
kalau semuanya, kalau. *senyap*
dan ini,
jalan takdirnya.
itu saja bermain dalam jiwa ini.
semuanya kerana takdir.
dan aku menerima takdir nya sekarang.


nafas itu satu perjalanan,
setiap perhentian di uji.



"Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata"

opick ft amanda - Maha Melihat