Post kali ini bukan untuk menagih simpati. Ini adalah post dari dalam hati aku dan kebetulan aku menganggap blog aku adalah tempat untuk meluahkan segala yang terbuku di dalam kotak kecil aku ini. Kepulangan aku dari kuantan untuk ‘berehat’ di kampung di sambut dgn masalah yang tidak pernah lekang. Apakah ini satu petanda? Atau ianya hanya ujian yang perlu di tempoh?
Semalam, sedang aku makan bersama teman2 sebelum aku menaiki bubus, anis iaitu adik aku meses aku. Mulanya aku tidak faham meses itu. Rupanya dia meng-forward meses from mama punya hp. Dia mengatakan bapak saudara aku (belah abah) di kl bertanyakan di mana nenek sedang berada sekarang dan sudah lama nenek tidak ke rumah ibu saudara (adik abah) yang menetap di sp. Di situ aku dapat menangkap artinya bahawa dia menyangka mama tidak membawa nenek ke rumah saudara2 aku belah abah. Dan dalam meses itu juga dia seolah mengatakan mama tidak menjaga nenek. Tinggalkan hal ini sejenak.
Selepas aku menaiki bubus, aku menatap satu persatu wajah teman2 aku. Sedih di hati menjelma! Karna aku tak nak pulang dengan di sambut masalah. Aku tahu, mama pasti sedih! Kalian tahu apa aku rasa tika aku menatap wajah kalian?
“pulang bersama aku jom? Kita sama2 sound saudara2 aku yang suka serkap jarang dan menuduh keluarga aku bukan2”.
Tapi apakan daya, semua itu hanya berkata di dalam kotak kecil ini saja. Aku cuba tersenyum di hadapan kalian. Tiba2 anis menghantar lagi meses mengatakan mama tidak berhenti lagi menangis. Dan dia mengataka abang mama iaitu pak chaq aku juga mendapat meses yang sama. Saat itu mahu saja aku menyuruh pak cik bubus berhenti kan bubus di kl saja karna aku boleh pergi bom mulut bapak saudara aku itu. Keluar sahaja bubus dari gambang, air mata aku bertakung mata.. cuba sedaya-upaya di tahan.
Kenapa ada saja yang tidak puas hati dengan family aku? Adakah kami mengacau hidup kalian?? Kenapa baru sekarang kalian bertanya kan nenek? Fyi, nenek sangat tenang duduk di kota kuala muda. Apa kalian tahu? Kalian di kota metropolitan itu boleh la berkata macam2. Mama takkan menderem kan nenek, kami juga punyai wang! Kalau kami kejam dah lama kami rampas harta nenek dan biarkan nenek di rumah org2 tua! Itu baru betul2 tak kenang budi! Walhal benda sebaliknya yang terjadi. Mama dah membalas budi nenek yang menjaganya dari kecik. Mama ambil nenek jika nenek nak ke sp. Mama hantar nenek jika nenek nak pulang ke as! Kalau nenek nak duduk lama di sp apa mama boleh buat? Itu hak nenek.
Kami pun tau nenek punyai penyakit nyanyok. Tapi nenek masih lagi kenal saudara2 nya, faham?! Atau kalian takut nenek sudah tidak kenal kalian?! Itu padan muka kalian la! Siapa suruh tidak pulang menjenguk nenek. Bukan masalah kami kalau nenek tak kenal kalian.
Tolong la fikir pakai otak sikit! Kalian tuh dah la duduk kl, berpelajaran tinggi, kerja semua pangkat besar2 tapi kenapa metaliti otak kalian masih seperti seorang buruh kasar? Aku rasa buruh kasar lagi tau berfikir. Jangan la suka menuduh tanpa bukti. Itu sudah di kira fitnah, tahu?! Kalau nenek tak jenguk kalian, kalian datang la jenguk nenek. Kalian jugak cakap nenek tidak sehat, then datang la jenguk nenek,bahlul!
Aku bukan nak mengaibkan kaum family aku tapi konteks yang aku cuba tekankan di sini ialah kenapa masih ada lagi orang yang berfikiran seperti ini? Menuduh tanpa bukti padahal orang lain cuba menjalankan tanggungjawabnya sahaja. Adakah kerana ada segelintir manusia takut dengan bayang2nya sendiri sehinggakan mahu membabitkan orang lain then menaburkan fitnah yang bukan2 supaya dia nampak hebat..atau memang sebegini manusia berfikir?? Mungkin benar cakap orang, setengah manusia memang parasit..orang se-educated mana pun kalau dia takut dengan bayang2nya sendiri memang lah tak kemana..
And ini untuk orang2 yang suka sebok hal family aku, Kata RAKYAT MALAYSIA.. tapi berfikiran sempit gila!
/tlg jangan kacau family aku!/

3 budak busuk tengit:
sabaq weh.
urm..
relex faliq ea..
jaja: tengs
fik : jugak tengs :)
Catat Ulasan