roadblock in college
*muka tensi!*
---------- 10 hari lepas lepak cafe still boleh bukak myspace
tapi skang dah tutup..kejap gila kolej dah block myspace..
facebook/blogspot/frienster/twitter and sebulu dengannya still boleh bukak..
wondering gila kenapa myspace ja dia block?? *muka tanda tanya*
saya penat,hang ok?
maaf tiada pic untuk hari ini.. penat daftar sampai tak sempat nak syiok sendiri.. haha :DD pic 2 hari lepas pun masih laku noh, belum basi.. aku suka sawah!!!!! *muka rendu*
p/s: aku dah cakap,aku akan tertinggal something punya!! cis!! aku tertinggal headphone!! ;((
p/s p/s : aku tak faham dengan one guy nih.. apa bagus sangatkah kau??
hidung sakit masuk asap
i'm busy with the packing things.. ahha baru la nak kelam kelibut kan nak packing segala.. nasib la bawak barang tak banyak tapi gerenti laa sat gi aku ada lupa something.. so malam ni gerak balik kuantan.. esok dah pendaftaran segala.. phew!~
so, aku dah naik sem 5.. which mean just left 1 sem nak grad.. relief jugak la dapat naik sem 5 walaupun sem 4 memang banyak musibah segala! ;/
so subject design masih menanti aku.. subject yang paling meng-killing kan jantung sanubari aku..ppfftt.. pathetic weyh ;((
kali ni perasaan nak balik kuantan agak membuak-buak.. nak tinggalkan segala pahit kat sini *ceh konon jaaa laaa..padahal dah sampai kuantan nanti homie sakit jiwa jugak* ... but bukan apa, saja laaa nak kosongkan otak ni dari ingat encik romeow kan.. yala kan huh!
oh ya not forget, this sem adalah sem terakhir aku berpuasa di kuantan as a STUDENT.. sem terakhir aku shopping baju raya kat megamall.. hahaha.. *tu yang penting ;PP *.. tu pun kalau tidak perlu extend sem..huhu.. weyh i'll miss time posa/sahur segala!! ;((
sem 5 oh sem 5.. harap aku boleh lagi survive!!!
so until the next post,chiow~
the best is yet to come
sapa kata cik bibah tiada kegunaan?

one nightmare, forever i'll forget
al-fatihah buat yasmin ahmad
me : yasmin ahmad meninggal dunia malam tadik!! uwaaa!! :((
safia : innalillah.. terasa kehilangan dia weh! nomore movie yang best drp dia
me : 2la pasai..macam tak caya ja
safia : betoi2..ishk cepat noh..uwaaa
me : 2la pasai.. ingat she'll be better
i text safia after i read news paper this morning about yasmin ahmad yang dah kembali ke rahmatullah malam semalam.. so sad.. i adore her movies very much weyh!! tadak mana-mana director yang berani buat movie like she did.. besides, dalam kena kutuk kritik segala she never give up!! serius her movies memang best!!
moga rohnya di cucuri rahmat.. amin al-fatihah
fine SUNDAY i guess
so today bangun pagi ada kerja menanti.. drebar tak bergaji kembali!! yeah!! about one week aku balik this is the first time aku jadi drebar pagi ke sekolah bersama nyamook!! mama takut lepas aku balik sana nanti dia jadi malas nak hantaq nyamook pi skola huhu.. but i rather be a drebar sekolah than menjadi seorang suri rumah tangga tidak bertingkat!! ceh dulu ye ye nak jadi suri rumah!! skang hampeh!! ahha ;PP
so today i make a new record!! 7.15 a.m sharp sampai depan sekolah convent tua tuh!! yeas!! atlast!! pandu cermat jiwa selamat!! hehe.. so after sent nyamook, aku kena pergi teman tok mak pi pasar tani.. btw, today is sunday..so pasar tani menanti laaaii.. pasar tani kat sungai dekat ngan skola kj tuh.. (nak jugak masuk skola kj ahha)..aku lupa laaa nama jalan tuh.. nevermind..
pagi-pagi yang tak berapa nak buta dah ni tidak lah ramai manusia.. tokeh-tokeh pun baru nak naikkan khemah jaa.. ayam-ayam pun baru nak di susun.. tambah ikan, masih lagi dalam peti plastik polisterin tuh..huhu...
masa tok mak dok pilih-pilih petai tuh aku terpandang sorang pompuan ni la kan.. oke fine body dia kering *muka kutuk ahah*.. free hair, tak itam tak putih but the worse part sampai aku geleng kepala gelak terkedek-kedek dalam hati macam orang tak betul ialah dia pakai sepatu tumit tinggi donk!!! may be 3 inci i think *jap nak gelak sat* weyh tu pasar tani ja kot.. tak payah la nak dress-up macam nak pi kenduri kahwin.. nasib laa tak bling-bling sana-sini.. tidak memang aku gelak alam realiti laa!!! *muka kejam*...
yang penting kau dah mandi dan wangi dari aku.. tell the truth aku memang tak mandi tika pergi ke pasar tani tadik.. :DD
heee..macam-macam manusia nih.. ((: so after hantaq tok mak balik, aku pun balik la ke rumah..
trust nobody,trust myself
semalam aku terfikir kan sesuatu yang mana mungkin aku akan membuat perubahan hidup aku..
sesungguhnya aku tak nak fikir tentang ini.. nak saja dia berlalu pergi.. *diam diam*
aku nak hidup zaman masa aku tingkatan empat.. zaman di mana aku dapat kebahagian aku walaupun aku kecundang dalam bab mencari pasangan.. time tuh aku sudah tidak kisah, janji aku ada kawan yang senantiasa menjadi tulang belakang aku yang koi rapuh.. :))
tapi aku tiada binatang bernama doreamon untuk bawak aku balik ke zaman itu dan memang sangat mustahil untuk aku balik ke zaman itu.. sekarang aku perlu ke depan.. mencari kepentingan aku tapi bukan dalam mencari pasangan..
baru kini aku tahu, aku tidak perlukan enchik romeow untuk buat hidup aku nampak bahagia.. sememangnya dia bukanlah seorang yang boleh menjadi teman aku.. betul kata orang
" mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui orang yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui orang yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dan menghargainya. "
- kalau aku cakap tak betul kadang ada kebenarannya.. so pandai-pandai la kan buat persepsi sendiri.. kau orang manusia kan pandai ber-per-sepsi segala..
- aku tekad dan nekad, aku nak hidup single sampai jodoh aku betul-betul datang.. kalau jadi andartu sekali pun i've prepare myself already.. tak aku tak mintak untuk menjadi andartu..aku cakap kalau SEKALIPUN, faham statement aku ok??
- from now i just want to focus on my study ja.. tak emboh kawe nak jatuh-jatuh cinta nih dah.. sakit hati suda.. bak kata safia, 'biaq dia mai sendiri..'.. ahha...
- bukan give up tapi bertawakal dan berserah saja pada-NYA.. aku sudah berusaha untuk mencari tapi selalu tersilap.. so, aku berserah saja ya ;)) aku percaya, dia ada di luar sana ((: aku percaya pada takdir aku.. aku percaya ada hikmah di sebalik kehidupan.. aku percaya :))
- i just feel better now setelah hampir 6 hari aku berkabung memikirkan hal bodoh ini.. aku dah dapat gelak tawa aku balik.. aku dah boleh tersenyum kembali.. tengs to mama and anis for the laugh i will never ever forget.. I LOVE YOU BOTH!!
makan hati banyak sangat pun tak sedap
kalau betul aku macam ni
i've been thinking about the past two three days ago.. from what had happened at my life.. but for those who advise me, i really appreciate it.. but for me its hard to let it go even he didn't even noticed i loike him more worse i'm just an invisible person infront of him! pathetic!
jelik benar hidup aku.. susah untuk tunaikan hasrat di hati dan dalam masa yang sama aku perlu jaga hati orang sekeliling aku.. aku penat dan penat
hari ini aku tidak tatap wajahnya.. mungkin aku lupa bagaimana rupa bentuknya barangkali? oh ya aku tipu.. aku memang tidak tatap tapi otak aku sudah fasih dengan lakaran raut mukanya.. kata suka, perlu la aku fotostat atau scan mukannya di dalam benak otak aku, kan?
ya, macam mana aku nak lupakan dia sedangkan setiap minit aku teringat akan dia.. oh ya dia bukan cinta pertama aku pun.. bukan jugak terakhir barangkali.. tapi aku hanya suka saja dekat dia.. *lagi tak nak ngaku aku sudah jatuh cinta sama dia*..
tak tak aku memang suka dia saja.. aku hanya nak di tajukkan SUKA dia.. bukan CINTAI dia.. perit benar? apa boleh buat, memang susah pun
tapi sebenar nya tak la susah mana pun.. aku just perlu let it go saja.. hanya diri aku saja yang tegar.. so, orang sekeliling aku hanya boleh mengangguk dan mengulangi nasihat yang sama kepada aku sampai dua-dua belah pihak naik jemu nak memberi dan mendengar.. maafkan aku
tapi bukan itu yang mahu aku khabarkan.. aku sebenarnya takut dengan bayang-bayang aku sendiri.. aku tidak boleh melepaskan kisah silam aku sampai berhantu dalam kepala hotak aku tika ini sehingga kejadian dulu berulang kembali.. bedanya zaman dulu aku masih budak hingusan.. zaman sekarang aku sudah masuk angka puluhan..
ya aku perlu kan ubat lupakan masa silam..
perlukah aku hentok kepala aku sampai bengong hilang ingatan
atau tukarkan otak aku dengan otak einstein??ahha.. kalau boleh ;PP
aku tidak tahu sama ada aku boleh move on ke stage lain atau aku masih di bebani benda-benda silam.. ah benda-benda ni memang menyakitkan hati saja kalau di fikir!!
argghh faliq!! just remember ONE THING!! HE ALREADY GOT A GIRLFRIEND!!!! ppffttt
tapi kalau boleh....

aku nak budak di atas ni jadi anak aku.. atau pun anak aku muka macam dia!!! he's cute actually!! i want him!!!! hehe.. if you all realize, dia adalah AADEN GESOLLIN... si kembar 6 dalam jon and kate plus 8.. saya dah jatuh hati sama AADEN!!!
p/s: maaf entry kali ni agak panjang
p/s p/s: ya, aku masih lagi bercakap tentang romeow tuh! ppfftt
mood : jiwa kosong darab sembilan
currently song : no surprise ; daughtry
hope : can i get a large of coke?
back but isn't normal yet
sekarang tada sapa kesah kami bergambar sakan..
tada sapa nak tempit sana sini
kami gedikgedik
p/s: aku perlu potong rambut..may be macam style di atas,boleh?huhu
tapi jeneral besaq sudah datang bersama anak durian bam bam dia
tak pa, kami masih tahan kegedikan ;))
enjoy enjoy
selagi terdaya ;PP
padahal tak sedaq,jeneral sebenaqnya nak tumpang sekali amek gambaq..
haha
p/s: gaya sopan paling buruk i guess hahaha
auwww innocent weyh
ahha
tapi si durian bam bam tutup abeh semua mata..
hehe
good bye from now
tapi apa yang aku tahu,aku perlu lupakan tentang dia
aku ngerti, dia bukan jodoh aku
bukan jugak kawan untuk aku
aku bukan give up untuk menyukainya
tapi dia sudah di miliki orang lain
selamat tinggal romeow-encik baik-encik lesung pipit atau apa-apa saja yang pernah aku panggil gelaran untuk kau..
p/s: aku tatau kenapa aku rasa sangat sedih
p/s p/s: blog nih aku tutup buat sementara waktu..maaf ya pembaca =//
p/s p/s p/s : serius aku sedih sangat ;((
buat masa ni aku racist dengan kaum lelaki golongan itu
ini bukan isu perkauman
ini bukan perselisihan perpaduan
ini adalah isu yang kecil tapi dalam rasanya
jangan salah faham sebelum mengetahui apa yang ingin di sampaikan
kaum lelaki bedanya mereka lagi gagah dari kaum perempuan.. untuk itu penindasan selalu berlaku antara dua kaum ini.. tapi bagi aku kaum perempuan zaman sekarang sudah lali dengan perbedaan itu kerna yang memonopoli abad ini kebanyakkan terdiri daripada kaum perempuan..
tapi bukan itu yang mahu aku khabarkan.. itu hanya pendahuluan ayat untuk merenggangkan ruangan otak aku..
hati aku belum cukup puas untuk menyepak muka lelaki merah itu.. muka tak kurang handsome, rambut kacak bak model ultraman tapi sayangnya mulut agak lah biadap.. tapi jangan salah faham, aku masih lagi mampu menahan rasa untuk menyepaknya di alam realiti..
pabila aku mengikut peraturan duduk di nombor yang di berikan, kau orang (kaum lelaki) buat tak endah ja dan sedap hati duduk di tempat aku.. tapi pabila aku tidak mengikut peraturan mahu pulak bising satu kampung..
ya tak salah kalau kau cakap elok-elok dengan aku tapi kenapa keberanian kau hanya di belakang aku? kau lelaki yang gagah perkasa bak badang tapi pengecut jugak di hujung nafas kau.. boleh pulak suruh kawan kau cakap kan?? tapi yang aku hairan kawan kau rilex saja.. tidak pulak kepo macam kau..
ada aku cari pasal kah dengan kau? bagi aku banyak lagi tempat duduk..bukankah kau orang (kaum lelaki) suka duduk ikut suka hati.. tapi bila aku ikut rentak suka hati kau orang kenapa nak jadi isu? bagi aku ini hal kecil saja.. balik-balik kita sampai jugak di destinasi yang sama, tak gitu wahai lelaki merah??
lelaki merah, tolong la berfikiran lebih matang.. isu ini isu kecil,kau tak payah la kepo macam budak 5 tahun menang main guli pergi canang satu kampung.. kau ingat dengan tenungan mata tajam kau tu aku tak mampu untuk melawan balik.. dengan hasil kurniaan jelingan yang aku rasa tidak kurang hebat dari mata helang kau tu, aku tidak gentar.. aku jeling bukan tanda aku takut untuk meratapi kau tapi bila di belek raut wajah kau tu sebenarnya kau tu tersenarai antara 10 lelaki paling biadap..
nasihat aku balik pergi belajar cara beradab dengan orang, faham? kata kita rakyat MALAYSIA, budi bahasa budaya kita weyh!!
p/s: golongan itu golongan biadap macam kau wahai lelaki merah!
apa angau dalam bahasa inggeris??
i don't know what should i said.. i've been stalking him everytime when i got a chance to do it.. fyi, don't miss understood, aku bukan stalk dia tengah mandi ka makan ka apa kejala aktiviti dia..aku stalk dia pun melalui alam maya.. *gatai gatai*
every two minutes i'll see his profile.. every two minutes i'll view his pictures.. there's no wrong i guess mencabuli hak peribabi orang melalui alam maya.. sapa suruh dia tak private.. haha..
somesay, i'm TOO ANGAU at him?? ouh yeas, being a single person just a bless for me!! ahha! XD who cares right?
but i've been wondering, have he ever stalk my profile or whatsoever like i did? bet you he's not.. for him, i'm just a fat zero self-confidence girl or he never think i'm like that.. but who knows..
mind my manners, i love stalking him!! but sometime its hurting me too.. ala biasa la kalau minat dalam diam-diam, memang sakit kan?? but i'm strong enough,am i? ala phaliq, biasala kan kalau cinta tak berbalas or whatsoever sama maksud nih, as long i know the limit and i'm not TOO OVER CONFIDENT to have him to be my forever partner *gatai gatai* bak kata joo, JODOH TAK KEMANA haha
p/s: sapa pandai teka who i'm talking about, memang kau orang mengikut lah luahan bodoh karut marut aku selama ni haha
harry potter,tak di sangka
- draco malfoy macam kekok dan tak reti nak belakon even aku tau dia cuba nak bawak watak takut because dia di pilih untuk membunuh dumledore tuh..its toooo obvious kekakuan dia tuh..
- tak banyak part dalam buku (action yang menarik) di lakonkan.. means macam part action-action lawan tongkat sihir... may be sebab nak singkat kan masa kot..but still, baca buku lagi best kot huhu
- bellatrix!!! aku nyampah tgk kau... !! haha
- and dalam movie nih pun tak tunjukkan vondelmort tuh.. haiih.. pi chantikkan muka kot..huhuhu..
- hehe.. apaapa pun best laaa movie nih ;)) 11/10 :PP
oh yaaaa kalau aku nak ubah tajuk boleh?? HARRY POTTER AND THE JOURNEY WITH DUMBLEDORE.. haha *muka kejam*.. yela, dalam buku cerita pasai siapa THE HALF BLOOD PRINCE, tapi mai movie banyak lagi journey depa dari pecah rahsia pasai the half blood prince tuh sapa..huhu..
harap movie harry potter and the deathly hollow lagi power and best dari yang nih.. huhu.. can't wait lah.. :PP
p/s : tiap kali makan popcorn dalam panggung, ada ja yang akan terlekat kat tudung mahupun baju aku.. seems like popcorn suka aku haha

bak kata nenda, i memang suka simpan laki dalam bilik.. haha..
encik daniel R!!

nenda safia
again, i seal it
buruh ukuran berjaya
weyh! today first day buat kerja pengukuran bangunan!! weyh weyh group aku dapat ukur bangunan muzium tokoh area kuantan jaa!! weyh weyh weyh penat penat walaupun muzium tuh tak sebesar muzium kat pekan tuh.. haha.. nasib la muzium tokoh tuh just empat segi ja tapi banyak gak la kerawang bunga-bunga petak-petak tuh nak ukur..haihh apa ja la aku cakap nih..hehe.. and saya memang super duper pak pandir punya busy sekarang sampai lah bulan 11.. gila kan jadi manusia macam saya.. so anda janganlah ikut cara saya menjadi seorang manusia.. *dah start merapu dah*..
saya dah jadi buruh ukuran, apa-apa hal contact manager saya yang bernama miza...gambar di atas yea.. hahaha..btw, saya sangatlah happy hari ini.. kenapa?? rahsia kerajaan sepet!! :PP -end-
kuantan oh kuantan
so saya sudah di sini.. di kuantan yang tak banyak berubah pun.. ahha.. sangat lah bosan di sini.. hari pertama sampai iaitu semalam, agak letih dengan akak sebelah aku dalam bus yang complain macam-macam dekat boifee dia sampai aku punya telinga dok curi-curi dengar perbualan mereka..ceih kau kutuk aku rupanya kakak tua! ah forget bout that bitch,besa la bitch mana penah naih bus..hurm
then kul 10 ada perjumpaan dekat studio... ada breafing pasai measured drawing kejala.. uhhu.. dengar pasai benda-benda yang kena buat nih, hati aku dah luluh jatuh ke bumi *ceit tiru lirik yuna ahha*.. bapak lah susah kot measured drawing nih walaupun tugasannya 1 sem lima nih.. adoiyai.. kecut jantung aku.. tapi tak pa, aku boleh bertahan KOT.. huhu
so hari ni tiada kelas or whatsoever.. ahha.. after subuh tadik tidor sampai kul 12! aku memang bukan calon menantu pilihan hahaha... ala weyh, qado tido siap-siap la, pas nih bz ngan kerja 24/7.. haha alasan! :PP and today aku puasa ganti.. alang-alang bulan rejab kan, puasa je la.. hehe.. dok umah ja tak kemana pun.. malas and i'm so broke!! served me right!! hurm-hurm..
hey i miss homie so damn mushroom laaa!! :(( maaaaa nak balik!! *sobsob*.. gedik, dah masuk sem 5 dok home sick lagik.. haha.. tah la, rasa cuti sem nih la paling sebak for me.. hey romeow, anda sehat?? imyt ://
p/s: nanti aku balik raya aku jadi itam legam laaa.. haihh.. tggu raya!!
2 hours
so sp, jumpa lagi bulan sembilan nih!! yeas.. just 2 months from now!! hehe.. balik raya la weyh.. banyak laa kolej aku nak bagi cuti.. lagi di tarik ada aaa... shit betoi.. ouh yeas.. i'm off.. byeh!! see you soon!!
today
selamat tinggal romeowhari ini hari terakhir aku menjadi drebar angkutan manusia.. sangat sedih mahu tinggalkan kedah untuk memperjuangkan nasib aku di perantauan.. *ceh tak boleh nak potong* baju baja semua dah masuk dalam peti tarik, just tinggal benda-benda lain yang belum di pack.. aaa malas sudah nak packing-packing nih..
pagi tadik teman tok mak pi pasar tani dekat ngan sungai tuh.. aku lupa la nama tempat tu apa.. hehe *sorry sp*.. kebetulan hari ni hari ahad, pasar tani agak la ramai.. hehe dah lama aku tak pi pasar tani, last pi masa bulan puasa hari tu, sebelum nak raya.. ((:
then balik rumah mandikan cik kiah without sabun..huhu.. just simbah simbah macam tu jaa.. tah la tetiba rasa nak mandikan cik kiah ((: cik kiah dah kilat hahaha
so itu lah aktiviti pagi terakhir cuti sem aku kali nih.. haih.. berat gila hati aku mau berangkat terbang pulang ke sangkar.. hurm hurm.. tapi bila pikiaq balik just left 1 sem lagi (kalau aku naik sem 5 laa).. 1 sem.. separuh taun lagi.. can i believe it?? ya aku tau aku dok keep on repeat benda yang sama, hey blog aku suka hati aku laa.. tak nak baca tekan butang pangkah kat ujung belah kanan tuh..huh
so till now, i'm off
i'll miss espee damn damn much
i'll miss cik kiah too
i'll miss familia,OF COURSE LAA
but
will i miss romeow??
E N T A H
:)
dah masuk dalam peti tarik
ouh ya! aku tak suka gila balik kuantan! cheezy wedges betoi laaa... nak pack satu hal nak unpack pulak satu hal.. nak ngadap kolej tuh la banyak banyak hal!! wah i already miss espee!! *sob sob*.. kuatkan lah semangat ku YA ALLAH
aku terbang esok malam dengan limosin panjang gedebak tuh.. abu,encik lintang pukang and cik bibah bersama-sama barang-barang cik paliq ja aku bawak balik.. cik rose aku tinggai sp,heh sorry noh cik rose ;))
pas nih aku tak la post blog sebanyak macam bulan bulan lepas.. hee.. will miss encik blogspot ;((
oke sudah sudah emo emo lak aku nih.. have a great day guys ;))
p/s: esok post lagi blog..apa punya turrr kau ni paliq ahha
pabila perigi ingin berkawan dengan timba
ya aku bukan macam kau.. jauh sekali untuk menjadi kau.. kau dan aku amatlah berbeda.. tapi kita punyai matlamat yang sama.. nak hidup di alam ciptaan-NYA ini sampai lah ke hujung nyawa kita.. tapi kita bukanlah di takdirkan untuk sehidup semati.. aku pun tak mintak kau bersama aku.. aku pun tak harap kau jodoh aku.. *mintak simpang*--*ya,mulut jahat aku nih*
aku tau aku LOSER.. memang tak setaraf dengan kau.. adik aku bilang aku lembab.. kau tau kenapa aku lembab?? sebab aku perempuan yang punyai maruah.. sekali dua boleh di maafkan.. tapi kalau dah berkali-kali apa kata hati aku pula?? ya, orang bilang sekarang dunia dah terbalik, perigi mencari timba itu perkara biasa.. tapi kalau berbalik pada adat, lelaki yang minang perempuan.. mananya dunia dah terbalik? oh, bilang saja aku bagai katak di bawah tempurung, semangatkah aku nak ambil tahu perkara itu?? kan aku kata, kau dan aku berbeda.. aku kolot..
aku tak faham,mengapa kau hati aku tertarik.. mungkin kau baik dan mungkin aku jahat dan juga mungkin aku bukan untuk kau..ah banyak kemungkinan dalam hidup ini.. aku faham kau tak nak jadi kawan aku.. aku pun dah dapat signal,so i'm back off..
aku malang dalam semua hal.. i'm just a hopeless.. faham aku yang itu saja.. i'm just hopeless with zero better luck,get it?? sekarang kau dengan hal kau, aku dengan hal aku.. aku pun tak faham kenapa aku suka kau..ppfffttt have a great day ENCIK BAEK -end-
3 days left
forget about it.. aku memang tidak suka kalau bab-bab nak balik kuantan.. sebab kena survive sendiri.. kat sana tiada mama,abah.. tiada astro,tiada en.baek *ahha muka gatai*, tidak boleh online 24/7..huh!! pathetic me!!
kenapa kuantan tuh jauh sangat?!! and kenapa la aku ni pi sambung study kat sana.. macam la belah utara nih tiada tempat nak sambung belajaq! huh!! tak guna menyesal.. just left half of year lagi nak grad (kalau aku dapat naik sem 5 nih laaaa).. then next year sem 6 then grad!!!! hehe
i bet u, pas ni i'll forget laa en.baek tuh.. serious.. bak kata kassim, aku kan cepat suka kat orang.. plus en.baek nih AMAT lah sombong.. huh.. yela, sapa la aku di mata dia..hurm2
dah dah, aku bukan nak post pasai dia.. nih haaa hati aku dok memberontak tak nak balik.. aduhai.. boleh dak aku nak sambung study kat skola jaa.. jadi budak skola balik.. skola tuh pun tadak budak laki, lagi enjoy... hehe ;PP
di tag oleh cik vanella ;)

- seorang yang comel
- seorang yang lawak
- seorang yang cool
- seorang yang malu2 kucing kalau terserempak dgn aku
- jiran tok aku kat taman dahlia ;))
3-10 FAKTA @ Hobi diri sendiri
- aku suka membaca buku
- aku suka tolong mak aku kemas rumah,masak,lipat kain
- aku suka tolong orang
- aku tak suka melayari internet
- aku tak suka kacau orang, aku baik
- semua kat atas tu aku tipu jaa tapi ada yang betoi hihi
- aku sebenaqnya tadak hobi pun ;))
4- Pilih 10 penerima award & describe tentang mereka
- safia-gfbff aku.. a.k.a nenda sepet..gahaha..dia baik tapi kadang jahat gak ;PP
- jes-classmate aku dari form2-5..sgtlah baik dan comel ;))
- joo-classmate aku masa form 4 & 5..baik tapi kuat blurr hehe
- koda-kwn ms yg langsung x penah jumpa.. baik tapi kebanyakkan jht haha
- erzy-kwn ms jugak yg xpenah jmpa hehe.. dok buat kerepek jgk kalau dlm ms ;))
- jat-kwn sekolej.. baik dan suka tolong org (weyh aku da puji nih hahaha)
- fik-si budak pendiam..tp diam2 ubi berisi ;PP
apa kata kau??

- so tadik masa aku dok online myspace and ber-komen-komen dengan one stranger nih aku mula terfikir.. kenapa aku main myspace?? kenapa aku buat account myspace?? bukan setakat myspace, tapi friendster, facebook, tagged,twitter and seangkatan dengannya.. kadang aku terfikir jugak, main myspace and sebulu dengannya adalah untuk menambah kawan ka or sebab lain..?? ada jugak yang main untuk connecting with the long last friends yang berkurun tak jumpa.. ada jugak yang buat myspace ni tempat agensi mencari jodoh..
- ok, sebab ke-3 tuh aku tak berapa boleh percaya laaa.. MYSPACE? tempat mencari jodoh ke?? ada cakap ramai yang kenal kot myspace then end up jadi couple and ada jugak yang dah kawen.. huhu.. sejauh mana kebenaran tuh aku tak tau la kan.. kalau dah jodoh jumpa kat cerok mana pun nak buat cam na.. huhu
- tag line myspace pun dah tertaip "a place for friend"... so benda-benda cam ni hanyalah untuk suka suka sahaja.. bagi aku la kan.. aku ber-myspace pun tika boring and just for fun.. bukan nak serius apa pun.. kadang aku suka tengok picture-picture yang ada di antaranya pandai gila edit!! *muka jeles*... then myspace nih juga tempat aku menghilangkan tensi dan tempat merapu aku dengan rakan-rakan yang aku kenal dan tak kenal..
- dulu mungkin ya aku addict dekat myspace tapi skang aku rasa myspace hanyalah satu website yang agak gila.. haha.. kadang kalau aku ada mood nak approve aku approve tapi kalau aku rasa nak deny aku deny.. bukan sombong atau belagak tapi aku tengok jugak jenis orang.. nanti mai tah papa punya orang then buat mendrem kat aku suh aku kawen ngan dia mati aku... haha merepek ja aku nih.. tapi bak pepatah sediakan payung sebelum hujan ;)
- kepada adik aku jangan la terlalu addict ngan myspace and facebook.. benda-benda ni melalaikan kita jaa.. ahha.. cakap lebih kurang ja aku nih ;PP
sang merah aku akan benci kau
so today ada la kan kejadian yang xsangka la kan.. tapi biaq la aku ngan adik aku ja tau..hahaha
tu la, bak kata orang 'ingat lah orang yg tersayang'.. paliq oiii, hang ni dok pulun tekan minyak apa hal... terkangkang kat jln raya baru tau!! yea yea aku cuba untuk melupakan niat aku mengambil ia sebagai hobi baru aku.. aku baru sedaq skang.. merah x cun.. *nak sedap kan hati*
so pasni jadi la pemandu yang berhemat lagi terhormat yea paliq... ala cik kiah tak kesah kau bwk 40 km/j pun walaupun keta belakang kau bengang tahap dewa nak bagi fireball kat kau, kau cool ja.. kalau kena hon kau cakap ja.."apa ingat nih jalan bapak kau punya nenek ka?!! suka hati aku la nak bawak gaya gerak geri gasing pun..bweek (sambil menjelir lidah tanpa menunjuk isyarat jahat)"...
ingatlah pesan atok nenek mak saudara kau paliq.. hidup ni skali jaa.. enjoy2 jugak nanti tak dan nak kawen baru tau.. ;PP

merah tandanya bangang! jadi jangan lah anda suka merah yang ni ok.. kalau jumpa kat jalan raya tuh tunjuk f**k ja.. sebab sang merah ni la hidup aku trauma sebentar.. hehe

mulai hari ini aku akan berjinak pulak dengan sang hijau yang ni.. moga-moga dia selalu menyinari hidup aku.. cheewaaaahh hahaha
haaa paliq lepas nih patuhi laaa arahan undang-undang jalan raya.. buat penat ja kau habiskan duit bapak kau p belajaq keta then kena tahan telinga dengaq ceramah 8 jam tup tup satu kejadah pun kau tak praktikan ;PPoh ya, pas ni aku nak tukaq kerjaya pulak laaah.. tak mo lagi jadi drebar part-time.. buat aku seram dan menambahkan lagi trauma hidup aku jaaa... haiihh... aku nak jadi suri rumah pulak.. leh blajaq selok belok tentang rumah tangga...ala ada jugak la kan bau bau bacang dengan course yang aku amek skang nih.. ada jugak tentang rumah ;PP
and plus kalau accident pun accident dalam rumah jaa.. tadak orang nak tatap.. and then aku boleh femeskan bandar perdana nih hahahaha...tak macam kat jalan raya.. semua berenti nak tengok.. then jalan tuh yang femes...huhu.. ok now i talk nonsense.. melalut apa tatau paliq nih haiiihhh..



