supernatural season 4 buat aku malas nak study!

for my information, minggu ni minggu test.. memang sibuk baca buku laa.. but not for me.. aku baru membeli supernatural season 4! oh yeas, aku perlukan menghabis supernatural season 4 nih before september 1 then baru leh baca..padahal september 1 aku ada paper sejarah asia tenggara! gila aku..

supernatural lebih penting! eh tak, JARED PADALECKI n JENSEN ACKLES lagi penting!! dah lama aku menunggu season 4 nih.. ceh banyak la kau faliq, end of sem baru la nak menyesal meleleh ayaq mata call mama nangis nangis kata tak boleh nak proceed sem.. huhu..

serius aku malas baca buku, jangan tanya kenapa sebab mood aku sekarang hanya pada hero dua beradik ni jaa!! rendu rendu!! :PP

geng bank rompakan 909 merompak pizza hut megamall


fine saturday i guess..heh.. hari ni berbuka posa dengan budak-budak rumah.. makan pizza hut ja,hanya itu saja yang mampu :)) but for me its just a bless.. i mean i felt so happy duppy weppy wooot wooot.. entah kenapa nak saja stop kan masa tuh.. al-maklum laa, bukan senang nak bermesra alam keluar sama-sama dengan budak-budak rumah.. masing-masing busy dengan kerja skola.. huhuhu.. yea budak-budak.. dulu rabbani, skang tinggai inteam ja :PP

btw, tengs for the day babes!!! i love you guys A LOT!!



meet tikan,my radio tadak frekuansi
haha
meet eifah,my story-teller

hanya ini saja yang bertahan, inteam :DD
me/tikan/eifah/joo

meet nina, the junior

:))

:))

nah tudia spot jerawat gegeh aku.. amek kau

muka gelojoh
huhu


eifah and joo
all of us :))


yea eifah, i know i'm a GOOD FRIENDS
haha *muka perasan*

statement berani mati
tapi memang i lonely
haha
muka busuk
ini sebab gara-gara menunggu yang lain
tikan sedang bergayut
nina and joo tgh beli barang
so eifah and i buat la gegeh depan MBS tuh sampai ada mamat mana tah sebok nak join tangkap gambaq skali.. ceh
five of us
:))
p/s: megamall sale gila weenng weeeng!! abah masuk duit cepat!!haha

lelaki itu dan lelaki sana

can i guess what really i meant?


aku pernah suka dua lelaki yang
  • berbeda mental dan fizikal
  • berbeda hati dan perangai
  • dan juga berbeda sifat kimia yang lain dari lain

kenapa perlu ada unta kalau kambing pun sudah memadai
kenapa perlu ada tangisan kalau ketawa senang di hati?

ya, kau dan kau adalah lelaki yang berbeda pernah aku suka sebab dua-dua ada ciri-ciri lelaki yang aku nak.. si A mempunyai separuh dan si B pulak mempunyai separuh..nasib la perempuan tak boleh kawen lebih dari 1..hahaha.. ceh macam la dua-dua tuh suka aku.. bleeekk!

oh dia dah dua tahun!





SELAMAT DUA TAHUN HARI LAHIR

AZ-ZAHRA BINTI AZHAR!!

dear zara,

i know you won't read this because you can't read yet.. hehe.. but for me you are the most BUAS-NESS cousin i ever had! (kalau compare ngn kazen laki memang la zara kalah).. i love the way you spoke.. (budak-budak punya bahasa laa.. macam langau cari makan)..hehe..

masih k.ika ingat time zara kecik-kecik belum boleh jalan lagi, memang la sangat merap..menangis tak payah habaq mai laa..haha.. but you are so damn cute!! yela budak mana tak comel kan..hehe

you did call me kaka.. sebab sambungan kak ika..yea,k.ika faham zara tak pandai cakap lagi.. semua perkataan di sambungnya..huhu..

zara, tak payah la besaq.. biaq jadi dua tahun sampai bila-bila.. jadi orang besaq payah.. banyak masalah kena pikiaq..haha..

I LOVE YOU A LOT, ZARA :))

love,

kaka

btw, zara ini adalah sepupukupu aku ok,bukan anak buah.. :DD

kenapa perlu ada dua jalan yang sama?

i should not take that road
and yet i already regret it



Semalam aku TER-MIMPI kan si gay tuh.. oh tak, dia menyebok tetiba masuk dalam mimpi aku.. mungkin dulu aku memang syiok gila nak mati pabila dia masuk dalam mimpi aku tapi since kejadian petang semalam pabila aku men-stalk profile dia, aku berasa sangatlah kecewa.. entah kenapa aku rasa sangatlah benci padanya..


Bangun pagi ni (sampai aku tak jaga sahur,punyala sebok nak tau apa la dia buat dalam mimpi aku),aku terus meses nenda memberitahu perihal semalam.. besala ayat nenda mengatakan aku suka padanya.. tak tak, aku suda benci padanya since petang semalam punya kejadian..


Betul kata nenda, aku senang jatuh cinta. Senang jugak patah hati. Tapi adakah ini pinta aku? Aku jugak tidak mahu sebegini tapi takdir yang mencatatkan segalanya. Bila fikir-fikir balik, memang patut aku lupakan dia dari awal lagi..


Joo peka terhadap keadaan aku yang banyak menyepi tentang si gay itu.. aku tak angau macam hari-hari lepas, aku dah tak memekak dengan lagu-lagu jiwang karat keparat,aku dah tak 24 saat melihat gambo-gambo si gay tu di laptop dan aku juga tidak menceritakan perasaan aku terhadap si gay tu pada joo..


Oh ini adalah tanda-tanda aku perlu senyap dari memikirkan tentang lelaki.. muhasabah diri buat seketika..

Kepada si gay tu,
Aku tau kau tak pernah tau aku suka kau..tapi biarlah saat ni kau tau aku sudah benci pada kau.. aku ngerti kalau kau tidak respon pada aku.. aku faham sapa aku..aku faham kalau kau tidak mahu kawan dengan aku.. aku pun pelik kenapa kau yang aku suka?

ku seperti kapas
yang putih hampa dan terkulai
meratapi cinta yg hitam
ku jatuh cinta
jatuh cinta yang salah

salah jatuh cinta : agnes monica

p/s: mungkin jugak aku salah jatuh cinta pada orang yang salah? Mungkin mungkin

p/s p/s: aku jugak akan stop panggil dia gay,KOT?haha

p/s p/s p/s: perempuan juga punyai hati

kenapa aku buat blog tapi bukan mengarang buku macam A.SAMAD SAID?


Aku mungkin bukan pemuisi
Jauh sekali nak jadi penyajak
Penyair? Buat air boleh la :PP


Aku buat akaun blogspot ni pun secara tiba-tiba.. kejadian berlaku masa aku di semester 2.. entah kenapa aku terfikir nak buat blog.. before ni aku dok blog dekat friendster ja.. tapi di sebabkan aku jarang-jarang bukak friendster terjebaklah daku dalam dunia blog yang dah MEN-TAGIH kan jari-jari gemok aku ni..

Blog aku ini adalah umum TAPI mostly aku tuleh pasai aku laa.. kadang mungkin jiwang keparat paku hampir karat sangat post-postnya, kadang mungking marah mengunung api sangat post-postnya, kadang mungkin gedik mendik gendut kedut sangat post-postnya tapi lantaklah kan.. nak terasa apa boleh aku buat.. semua manusia punyai hati dan perasaan.. tak semestinya aku tuju kat orang yang terasa tu *maaf ayat aku agak kasar*


Tapi apa yang penting aku bikin blog sebab aku suka tengok telatah orang sekeliling aku.. gelagat hidup sesetengah manusia.. ada yang macam tu ada yang macam ni dan kadang pun hidup aku macam sesetengah manusia tuh.. kalau YUNA tulis lirik berdasarkan keadaan sekeliling dia aku pulak buat blog sebab orang dan kejadian sekeliling aku..


Kau orang tak suka ka cerita pabila sesetengah pasangan gaduh si dara tarik muncung tanda merajuk manakala si teruna gigih habis kudrat nak pujuk si dara..last-last jadi macam iklan ribena tuh..hehe..tak kisah la macam mana pun sebab semua orang merasanya..


Setakat ni aku dah ada followers.. itu sudah besar tuah untuk aku.. bukan mengharap followers yang banyak tapi cukup la sekadar pembaca misteri yang datang menyinggah mata di link blog aku.. blog aku tak cool macam sesetengah blog orang lain.. tapi aku hargai sangat kepada para pembaca misteri yang sangat gigih dan tekun membaca post aku yang merapu
merapa ni..haha


Last but not least, tengs to SENDRA yang mensogok aku untuk gelemerkan blog dia..haha..tak tak, aku pun harus menuntut habuan aku setelah meng-post kan entry ni huhu.. btw, tengs la kat ko yang sudi sekang mata baca post-post aku yang entah papa ni.. aku pun tak kenal sangat dengan dia ni tapi yang aku tau SENDRA ni adalah ex-junior course aku..haha dunia ni tak la besaq mana pun :DD to people kalau terasa nak makan kueh tart pi la kat link blog nih www.kuehtart.blogspot.com... Blog dia sungguh manis macam kuehtart.. ((: *aku dah promote, janji habuan aku ko tunaikan..hahaha*

kadang kenangan terpahat pada hati bila terlihat gambar lama


ENOUGH SAID, I MISS YOU GUYS A LOT!!
BILA NAK KETEMUK LAGI DONK?
;((

i meant it to call you A GAY

anak panda cina gemok plastik



gila kejam punya tajuk post kali ni.
memang berani mati kalau 'dia' dapat tau.
haha
chup bukan salah aku.
sapa suruh dia tidak respon pada keadaan sekeliling dia.
saja kan buat-buat tatau aku kipas-susah-mati dia
cis..
banyak la dia nak amek berat dalam hal-hal macam nih
memang dia tatau pun
ppfffttt *muka malang*

suka hati aku ja cop dia GAY
bulan-bulan posa tuduh bukan-bukan noh paliq
tak tak, saja-saja ja panggil dia GAY
GAY pun maksud GEMBIRA
haha
tengok dah merapu merapa dah
haiihh
p/s: aku tengah menghitung hari :DD

alangkah malangnya kalau semua lelaki aku suka semuanya GAY


respek la dekat kau wahai GAY.



kenapa lelaki hensem mesti GAY?.. dan mesti kecewakan kalau dapat tau lelaki yang kita suka tuh GAY..
actually tajuk kat atas sebenar-benarnya aku tipu ja.. aku tak tau pun lelaki yang aku suka tu GAY ke TAK.. haha
*sebab mereka-mereka tidak balas cinta aku,sebab tu aku cop mereka-mereka GAY*
kejam kan??
eh tak perasaan yang kejam
sapa suruh suka dekat lelaki yang tidak punyai respon tindak balas balik.. padan muka
tapi aku harap kau tak GAY..hehe




i rendu minah tembam nih.. muncung sama muncung.. i pulun la habeh edit gambo nih nak lindung rambut sammy vellu tuh tapi malangnya nampak macam pakai rambut palsu @ ketayap daaa.haiiih..



p/s: i rather friends with REAL GAY then REAL LESBIAN.. *haha statement nak kejam!*
p/s p/s: jangan terasa dengan entry ini!! ini hanya rekaan semata-mata kecuali tentang bam bam :DD

dulu sepi sat tapi kini dah kembali

ma,rendu T_T

thambi, i rendu you jugak




lama sepi
blog pun tengah posa
takut nanti TER-kutuk orang
pahala kena potong
tinggai suku
aku ni dah la jahat
nak kumpul pahala banyak-banyak pun
time bulan ramadhan
sebab pahala berganda *hehe*
aku tau ada orang rendu
kan kan kan??
baik hangguk!
haha *muka perasan*
tak maksud aku rindu blog aku
kan kan kan??
tak sokong aku tauk lombong!
haha
sorry lama tak update
sibuk banyak-banyak
nak buat cam na
kuli pelajar ja
repot banyak nak kena siap
tangan juling mata kaku
ah! kalau panda tuh panda jugak
banyak benda nak cakap
tapi tetiba otak blank
memory otak tetiba tinggai 250 MB ja
yea otak pun posa
ppfffttt
tetiba rendu lak dutch lady cokelat nih *dugaan posa la paliq!*




to mummy:

ika rendu rumah

rendu mama

rendu anis

rendu nak bukak posa ramai-ramai

rendu semua kat SP!!

T_T

belum terlambat kot nak ucap

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!

:)

kalau saya bunga awaklah kumbangnya tapi dalam mimpi saya saja la

open your eyes,let your dream conquer everything
yet you regret what should you left


hari demi hari,aku kira dengan jari hari-hari yang aku lalui
(best dak pantun sekerat aku haha).... gelak laaa gelak laaa

hehe sebelum nak merapu tuh siangkan la ikan kerapu dulu.. dah dah.. sebenarnya aku tengah juling tangan kaku mata.. penat bikin dan edit repot yang entah bila la nak siap (yang aku tahu before final exam la habis noh)

tadik di tambah satu lagi projek ber-MODEL untuk subject SEJARAH ASIA TENGGARA.. selama aku belajaq sejarah ini la kali pertama subjek sejarah kena buat MODEL.. weyh, blajo tentang asia tenggara kenapa kena buat rumah-rumah di MALAYSIA pulak?? tidak daku faham tapi ikut sahaja kehendak pensyarah TER-SAYANG rakan-rakan seperjuangan aku (ahha mampus aku kena cepuk ngan mereka-mereka esok esok :PP )

*iklan pulak


tatap gambo kau hari-hari pun tak jemu
bila agaknya ya aku nak jemu tengok gambo kau?
mungkin satu hari nanti
tak jumpa depan-depan
tapi dalam gambo pun
dah jadi..haha
kassim sudah bising
dia bilang dia takut aku terlebih angau
yang parah aku
safia jugak risau dengan tahap kondensi angau aku
aku bilang pada mereka
ini lah lumrah mengharap pada yang tidak pasti
selagi terdaya aku suka kau
selagi itu kawan-kawan aku perlu sekang kan telinga mereka
haha *muka tak kesian langsung* kejam kejam :PP


"selamaku masih bisa bertahan
selamaku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengijinkan
ku ingin selalu menjagamu"
romance-ku ingin kamu

apa penyakit yang susah nak ubati?

bangun pagi bukak laptop tengok gambar dia

tengah hari selepas makan bukak laptop tengok gambar dia

petang sebelum termenung sorang-sorang bukak laptop tengok gambar dia

malam sebelum tidor bukak laptop tengok gambar dia


ini orang tua-tua kata penyakit angau. penyakit ni memang susah nak dapat ubat. dan aku rasa memang tadak ubat kot. haha. ya, saya memang sudah gila. i know someone will say it,kan kan kan? no biggie deal for me :DD

apa khabar mr.blogspot?

heeyooo..



dah about one week kot aku rasa macam tak post blog..*padahal baru 5 hari tak post* ahha.. too many things happened the past few days.. besa la kalau dah mereng tuh mereng jugak.. hmm.. *muka penat*



tapi trip ke kelantan cancel may be sebab H1N1 bermaharajalela skang! pfffttt
baru la nak syiok dapat fill in the blank peta semenanjung malaysia.. hampeh benor!



kolej so far ok KOT.. tapi ura-ura cakap bebudak UiTM kena extend sem.. YA UiTM!! UPM and UTM tak dengaq habaq apa pun lagi..haihh..tapi kalau bebudak UTM and UPM kena extend sem jugak la kan banyak keburukan dan kebaikan KOT..




  • keburukan extend sem- tak larat ouh nak sambung sampai ujung taun depan T_T

  • kebaikan extend sem- cuti sampai naik berat badan mendadak haha

  • keburukan extend sem- mesti la alaun mara di bekukan,ye tak??

  • kebaikan extend sem-otak pun beku selama 4 bulan!! haihh

TAPI MINTAK-MINTAK LA BEBUDAK UTM TAK PAYAH KENA EXTEND SEM.. PENAT WEYH NAK DUK KAT SINI T_T


saya dah rendu lalang dan pencawang itu!!

T_T




i'm getting older yet i still want to stay under my smelly old blanket

9th august.. ouh yeah its august already!! just left 4 month nak masuk alaf 2010 *kedah maju 2010!!!* haha.. so everyday we will getting older and older and more older.. chup chup bukan post pasai birthday sapa-sapa hari ni heh..



as i know next month i'll getting 20.. nomore 19.. pathetic! but 20 its just cool i think huhu.. no no.. i'm not ready yet to faced it.. how does it feel hu para mokcik dan pokcik *kawan-kawan sama tahun saya hehe* merasai alam 20.. ?? hehe



ok, kalau kira from age nothing change.. i mean yela biasa la kalau umo 20 tuh.. apa yang cuba beta mahu sampai kan disini ialah, apa pandangan orang lain terhadap umo 20 ini dari segi perangai? perlukah berubah menjadi matured macam orang dewasa berfikir? its depends i think..tapi skarang tak kesah dah kot.. umo 12 pun dah bergaya sakan make up muka bedak tebal 2-3 inci.. ahha *bunyi org jeles ya tak reti pakai make-up huh*

but for me to change what really i am is the hardest thing i'll do.. beta tak ubah secara drastik.. may be pelan-pelan.. tapi untuk buang perangai budak hingusan leleh tuh payah kot.. ahha.. to people yang tahu tahap rebina aku tuh faham kot aku macam mana.. but do i bother a lot if some of you hating me? hell no guys.. tegur aku jika ianya benar dan boleh menerima dek akal,ok?

dan aku tidak berubah demi orang lain jika orang itu tidak dapat menerima perangai aku.. cuma aku akan berubah perangai aku yang teruk ke lebih baik tapi before tuh mesti la orang tu kena terima perangai lama baru la dia boleh tegur aku kan?? *cam kerepek ja aku cakap huhu*




what i know i'm getting 20 with this sepet yang rabun makin rabun macam nenda sapeah i tuh..haha.. usia dah tua.. berubah mengikut peredaran zaman.. nenda, i TER-paksa join your club with jaja.. huhuh

i don't make up myself yet

even lipgloss i don't have yet

i also don't have a high heels yet

i still a mommy and daddy's girl

who tied a pony tail on my hair.

:))

hati berbunga pohon sakura

today just a bless for me.. guess guess guess.. nenda and anis.. diam-diam suda ok.. :PP so today nenda buat kenduri kesyukuran.. so mom,sis and me off to her house makan nasik hujan panas *memang kena la cuaca sp skang hehe* sedap dan kenyang ok..

then pergi ke kenduri kawan kazen mama.. adik dia kawen.. but kami 3 orang tak makan sebab perut dah full ngan nasik hujan panas tadik heh.. pi minum ja :PP

petang plak teman nenda pi gunting rambut and buy something kat tesco.. actually tadak pa pun nak cerita.. saja ja gegeh kan nak tambah post merepek kerepek nih.. haha

but something had happened la today tapi kan bahaya jugak laa nak cerita.. takut-takut terkantoi ka nanti mati aku.. :PP


mom and me
i love her ;))

my other girls..
anis and nenda
;))

gelap gulita anak-anak malaysia

:PP

p/s: nenda dah jatuh hati kat mamat specky tesco tuh hahah

p/s p/s: nenda, i want him ;(( *muka gatai haha*

apa yang penting its my day!! and i have it more than i hope althought its just for a second!!!

hoooowwwwwyyyyyeeeeehhhhaaaaaaa

kalau la prince charming aku tu tau aku suka dia

dulu kecik-kecik ada tertengok cerita si katak bertukar menjadi seorang prince charming yang gantang bangat tapi dengan syarat seorang perempuan yang betul-betul cintakan katak/lelaki itu dan mengambil risiko untuk mencium katak tu la baru bleh bertukar.. lebih kurang cam tuh la.. tapi aku lupa tajuk pa.. hehe.. biasa la zaman hitam putih mana la nak ingat pi semua cerita-cerita dongeng tu segala.. :PP

dulu-dulu bila cerita ja pasai kisah dongeng semua pakat nak jadi macam cinderella.. konon-konon tertinggai la kasut kat tangga, berlari-lari naik labu.. yang si prince ni terkejar-kejar then jumpa la kasut yang tertinggai nih...dan.. ah korang pun tau cerita dia macam mana :PP

tidak pulak aku dengar ada yang nak jadi snow white ka, sleeping beauty ka.. ahha.. mungkin cinderella nama lebih gelemer kot.. huhu.. tapi waktu kecik-kecik dulu aku tidak berapa suka sangat cerita dongeng mat saleh nih... may be sebab mama tak expose sangat aku kearah kedongengan nih.. haha..

dulu cerita katun yang paling aku suka LITTLE MERMAID.. dia ada kawan nama sebastian (si ketam) dan ikan belang biru kuning tuh aku lupa nama pa.. hehe.. cerita tuh berepisod.. so kalau ada episod baru abah akan bawak aku ke kedai video sebelah pustaka union (kalau sapa dok alorstaq tau laa kot huhu..tapi kedai video tuh sekarang dah tak dak hukhuk) pi pinjam video... harap maklum, zaman dulu mana la wujud lagi vcd/dvd segala.. balik rumah pasang la video tuh.. tengok diam-diam tanpa kacau mama buat kerja.. anis menangis pun aku tak peduli janji aku dapat tengok mermaid tuh hehe..

tapi ada la satu hari tuh, mama marah pasai pa tah dia baling video mermaid aku (abah belikan sebab tak larat dah kot nak pi pinjam).. huhu aku menangis teresak-esak hingus meleleh.. nasib tak rosak.. tapi since aku darjah 3 or 4 macam tuh aku sudah tidak lagi tengok cerita katun mermaids tuh.. dan semua video-video tuh ada dalam kotak bawah katil ja.. ;//

tapi bukan tu yang aku nak khabar kan di sini.. huhu.. fyi, aku da jumpa dah prince charming aku.. dia gemok, mata besaq, pendek,botak dan berkaler hijau?? erk?yang penting bukan hulk..
tapi dia bukan pilihan hati aku.. fiena yang 'bagi' kat aku.. katanya ini hadiah.. aku terima dengan hati terbuka walaupun prince charming nih bukan pilihan hati aku.. bagi aku dia tetap comel ;))


nah.. ni la prince charming aku.. malam-malam kalau balik sp aku tidoq la dengan dia.. dok mengharap kot-kot bangun pagi esok prince charming nih bertukaq jadi prince harry kaa.. haha.. *muka berangan*..

dan


atas permintaan tikan, aku upload la picture mata ceme aku nih.. mulanya teragak-agak jugak takut orang berkenan ka haha.. tapi abaikan perasaan itu.. chewaaaahhh.. find the different.. pelik tapi benar.. ahha.. dan aku rasa mata kiri aku nih pun dok sakit sikit-sikit.. ini bukan sakit mata yang berjangkit tuh.. ni sakit mata kena rogol ngan binatang kecik-kecik dok hirup darah manusia tuh.. ahhahaha :PP *aku tipu ja :P *

jangan terkejut lak kalau nanti jumpa aku mata tutup atau tak bermata.. aha.. kesian kesian jadi aku nih ://

mata oh mata, segak sangat ka macam nih?

kau orang tau tidak, mata kanan aku kena tumbuk *dush dush* bengkak sampai ceme sebelah.. kesiankan?

aku kat hospital skang.. kena tahan dalam wad.. dokter nak pebaik mata kanan aku nih.. kena bedah barangkali.. kesiankan??





ouhyah aku tipu ja.. aku masih di rumah.. dok on9 dalam busuk-busuk nih.. tapi kenyatannya mata kanan aku memang sakit dan bengkak *kecik ja* ..ceme sebelah.. bukan gara-gara kena tumbuk.. tapi, aku pun tatau sebab apa.. kejap lagi baru nak pi kat dokter..

ini bukan sebab h1n1 kan?? tadak pun sebab-sebab kena h1n1 mata bengkak.. hati mungkin.. haha..

dah mengganas tanpa bagi amaran

sebok di perkatakan di perhebohkan di jajakan cerita sini sana sampai naik muak tapi hati tetap suka dan girang.. (sebab dapat cuti hehe) masih tertanya-tanya kenapa aku merepek merapu macam mami jarum jaja cerita (part mami jarum tuh memang out of list).. ahha...

h1n1, ada apa dengannya?? tampak semakin hebat merebak di seluruh dunia.. ingatkan MALAYSIA selamat dari jangkitan segala nih.. tapi biasa la, orang MALAYSIA kan kaya, hari-hari pi overseas melancong tanpa menghiraukan jangkitan virus yang kita tak nampak nih.. dah dapat h1n1 salah kan orang lain pulak sebab tiada penawar..

macam mana nak cari penawar kalau h1n1 ni pun para doktor tak penah kenal.. entah masa belajar dulu tidak tahu pun wujudnya h1n1.. kalau tau kewujudannya mesti laa ada penawarnya ya tak?? mampus lepas nih para doktor ligan aku dengan parang.. cakap banyak lak haha..

tak kesah la macam mana sekali pun, yang aku tahu virus nih dah semakin mengganas sampai membawak maut.. boleh kah ia di kategorikan penyakit no 1 dunia (masa kini) setelah sekian lama penyakit jantung @ cancer mendahului carta satu ketika dulu? tanya la pada yang pakar.. tapi bagi aku sekarang penyakit h1n1 dah berjaya meng-femeskan 'diri' di mata dunia..

so bagi sesiapa yang nak jadi penyanyi atau pelakon terkenal buat masa nih, aku nasihatkan lupakan dulu niat tuh.. sure-sure diri kau orang tak dapat di femeskan.. bantutkan niat anda dulu.. pi bekebun ka apa dulu nah *muka kejam*


MENCEGAH DAHULU SEBELUM TERKENA


aku tercari-cari mask free kot-kot ada orang nak bagi ka tapi sampai kini tiada sorang pun bersimpati dengan aku *muka kesian*
doktor,tutup hidung,mulut pakai tapak tangan pun boleh kot noh *hehe*



p/s: entah kenapa syiok lak nak sembang pasai h1n1 :PP

p/s p/s: aku dah cuti h1n1(lambat gila kolej aku nih tutup)



akhirnya!!

kolej tutup.. cuti h1n1 (ada pulak kan cuti h1n1).. ahha.. seminggu ja.. tapi tak jadi hal.. i tetap sukaaa.. hahahaha..

so balik ni boleh ketemu nenda.. but i kena pakai mask ka kalau jumpa u?? :PP

tak jadi hal, i tetap nak jumpa u.. :))

balik lagi... ouh ya membesar la saya dalam bus durian burung tuh noh..

so sp, tunggu daku yah!!!

jangan bagi virus tuh kat saya lagi


  • nenda hope you'll get well soon
  • makan ubat ikut time
  • jangan malas malas
  • ingat i pulang nanti you jangan bikin virus tu lagi
  • *even cakap phone pun u boleh bagi virus tuh kat i noh*
  • huhu
  • get well soon
  • get well soon

  • imy la babe..
  • serius gila miss nak lepak jubli ngan u and anak-anak kecil tuh
  • *anis/jaja/mimi/min/adik min*
see you masa raya nanti nah!!
byeh!!
p/s: i tau bkn h1n1 tapi kena hati2 jugak tau!!!
p/s p/s: bila laaa kolej i nih nak tutup tah hahaha

kau percaya cinta??

cinta itu busuk macam nyamook
:PP




"cinta kau luluh kan hati ini membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba"
"aku akan terus melangkah walau tanpa mu oh cinta
aku yakin akan akhirnya setiap ceritera yang tiada akhirnya"
chinta by butterfingers