di sini lahir sebuah persahabatan yang tidak pernah di rancang. masing-masing datang dengan matlamat yang sama : ingin menunaikan kewajipan sebagai insan yang berguna. kenangan manis pahit tawar masin telah pun kita lalui. bedanya masa dan hari yang berlainan.
hari ini kita jatuh. esok kita bernyawa. lusa tidak semestinya kita mati. jiwa perlu kuat akal perlu jujur hati perlu bersih itu ramuan dalam kehidupan.
julai 2007
aku berjumpa dengan pelbagai orang asing. yang tinggi yang pendek yang kaya yang bergaya yang malu yang sopan.semuanya bukan darah aku. mereka hanya makhuk ALLAH yang mempunyai urusan di dunia ini iaitu belajar.
mulanya hati agak tegar untuk menerima kehidupan baru kerna aku perlu bina satu hubungan jarak jauh dengan kaum darah aku nun jauh di utara. tapi aku percaya aku mampu untuk berjauhan buat kali pertama.
kawan-kawan semua baik. cuma yang segelintir suka main pisau tikam belakang. dan ada jugak dapat madu sepah di buang. itu lah realiti SEBENAR kehidupan kalau mengambil risiko untuk berkenalan dengan manusia baru yang bukan darah.
macam macam ragam macam macam aksi. itu semua sebahagian gula cuka untuk menambahkan keenakan kehidupan. yang pasti aku berjaya harunginya selama tiga tahun. memang penat tapi kepenatan aku berbalas berganda. aku sangat bersyukur :)
apa yang aku hendak sampaikan, tiga tahun adalah permulaan kehidupan aku di dunia luar. masih banyak lagi dunia luar yang aku belum terokai. belum lagi di usik jiwa tekanan aku. dan yang pasti belum lagi aku kenali dan rasainya.
kepada KUANTAN, terimakasih kerana menempatkan masa depan permulaan aku disini :)
0 budak busuk tengit:
Catat Ulasan