kau ratu hatiku,ibunda


dear mama,


dah nak masuk 21 tahun ika hidup dalam hidup mama. since 1989 sampai 2010 dan selamanya i always be yours. be by your side. tak kisah la hidup roda di atas mahu pun di bawah. you always in my heart to wipe my tears, to give strength when i fall down, you support me even you not very satisfied what i'm doing. ^_^

ma selalu ada bila ika sakit. even dulu ika dekat pahang you keep calling me bila dapat tahu ika demam. lagi ma risau bila ika masuk hospital sebab kaki terseliuh masa main netball. tapi mama tahu la anak mama ni memang ketegaq. kaki bengkak sampai tak nampak rupa kaki pun still nak main netball jugak. mama boleh kata "main leklok". ma pernah cerita dulu kecik kecik ika la anak yang paling susah nak makan ubat sampai abah kena pegang dua dua tangan ika, kepit dua dua kaki ika dan mama la heroin masukkan ubat dalam mulut ika. HAHA. tapi sekarang mama tak perlu bantuan abah lagi dah. mama bagi ja leteran kat telinga ika sampai ika sendiri pi ambil ubat kat klinik. tu ja senjata mama sekarang kan? HEHE =)

ika selalu mengadu masalah masalah kat mama. dari masalah kawan kawan sampai la cintan cintun. dulu mama cukup tak bagi ika kawan dengan laki sebab takut jadi apa apa. tapi mama bijak. bila mama dapat tahu ika masam muram mencuka mesti mama tanya "gaduh ngan bf ka?" ika diam ja walaupun dah tahu kantoi bagai. HAHA. tapi mama masih tahan telinga dengar semua masalah cintun tak jadi ika. ika selalu ngadu kat mama ;

ika : ma kenapa ika tak cantik?
mama : sapa kata ika tak cantik?
ika : ika kan huduh, gemok,pendek,tak lawwa. tadak boifren segala =,(
mama : your prince charming will come one day dear. ika cantik laa. =)

even ika selalu cakap macam tuh mama sabar ja. niat mama nak pujuk. niat mama nak bagi semangat kat anak anak. mama tak nak anak mama kecewa bagai,ika tahu. tapi ma, i'm only beautiful in your eyes because only you know me well. i only trust you :)

ma selalu kata ika gopoh. sebab ika kadang kadang suka tersepak kaki almari bila jalan, ika selalu terantuk kepala kat meja. dan paling dasyat masa first accident ika masa dapat lesen kereta, ika dah ter-langgar grail rumah. since tu kalau ika kena bawak kereta and mama duduk sebelah memang la ika bawak 40 km/j jaaa. haaa kawan kawan, kalau nak naik dengan ai without bawak macam kongkang naik lah tika ibunda ai ada sebelah sebab dia lah 'pegawai jpj' paling ai gerun. pegawai jpj dulu masa amek lesen hensem sangat tuh ai tak berapa takot. HAHA.

ma tahu tak kadang ika bohsan bila orang tanya "eyh tu kakak hang ka?". kadang iya kan ja mama kakak ika. then bila ika balik cerita kat mama, mama mula perasan walaupun hakikatnya mama memang nampak macam kakak ika. HEHE. tapi sekarang ika tak kisah dah bila ada orang tanya macam tu sebab i'm proud to have a beautiful mom like you. ^_^

ma, kadang kadang ika benci sangat dengan laki laki sebab bila tengok mama suffer macam nih. kadang ika tak nak sangat kenal sapa tu laki laki sebab ika takot sangat patah hati macam mana mama rasa. kalau sekarang pun ika dah berkecamuk macam mana kalau dapat life macam mama? ika tak kuat macam mama. sebab tu ika takot bila benda benda macam ni datang. mungkin orang lain akan kata "ala,muda lagi. nak fikir apa. enjoy la dulu". memang la enjoy tapi bila terfikir bab bab macam ni memang gerun hati =__=". perihal lelaki, jangan la datang sekarang atau esok lusa atau bila bila.

ma, if lepas ika habis study nanti i want to live with you. tak kisah la ika kawen or tak (but i'm afraid to get married. i'm afraid i'm not strong enough to bear all those thing =/) ika nak jaga mama. ika tak nak dah orang lain campur aduk dalam urusan family kita. even rumah kita kecik pun kita tak ganggu depa depa yang banyak kata belakang pasai kita. kita survive sendiri. kita tak mintak setitik peluh depa pun nak tolong kita. ma, ika kuat sebab mama. ika tahu mama pun kuat sebab anak anak kan?

ma,even kadang kadang tu kita jarang bersependapat, even kadang tu angin kita tak sama tapi ma ingat la i always proud to be you daughter. i know you suffer a lot. mama dah lalui semua keperitan hidup. ma sorang sorang besarkan kami tiga beradik. ma, if i'm in your place ika rasa ika dah dekat wad gila sebab tak tahan stress segala but you mama, you can survive until now. you strong enough to be my mom and dad. no one can replace you, zanariah binti mohd saman :)


aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untuk ku
sepanjang hidup ku

ungu ; tercipta untuk ku
:)



si anak gopoh mu,
wan nur faliqha



you always in my heart mama :)

2 budak busuk tengit:

t-k-a-n berkata...

oi..hang ni sedih2 tau post blog..ala liq bkn hang ja mengalami situasi kakak dan adik..kami kat sini pun sama tau..pastu mula la org yg kena puji tu senyum melebar2..hehe

Liq Lerman berkata...

hahaha
tu la hang dah lama xbc blog aku
semua dah jd busuk ayaq mata...
hehehe situasi adik kakak....macam lawwak ja :P