blog dah bau belacan. maaf ye


nenda dah bising kat talian maxis "bila nak update blog?". maaf lah para pembaca, ai sebok sejak sejak balik dari kuantan. start from khamis sampai hari ini ai tak melekat kat rumah. sebok berjalan sampai mama pun bising "bila nak kemas barang barang yang bawak balik tuh? semak ja kat ruang legar depan pintu bilik".

kalau balik memang best. tapi kalau bab mengemas memang ai paling tak suka. bukan sebab apa, nanti ai yang akan bising satu rumah cari panadol or ubat selsema sebab ai tak tahan habuk. biasa la, hidung murah lagi sensitip. mana boleh bersahabat baik dengan habuk.

dulu balik sini banyak sangat rancangan nak buat. dah balik pening pulok nak buat apa pun tatau. for sure, ai nak cover semua cerita csi. and new ncis : Los Angeles dah pun di tayang kat axn. byeh byeh kerja rumah. haha

but, satu lagi impian yang aku impi impi kan selama ini. tunggu la dulu. aku dah survey benda tuh. cuma belum beli. nanti dah beli ai share kat blog eyh. nenda, ai bukan nak jadi macam dia tau. ai cuma nak berkongsi je. ye?



abah, bila nak bagi benda nih? i really need it. cepat cepat la tanya kawan abah tuh eyh. ai dah geram tengok jongang ai nih. hukhuk :(


byeh nak pi tengok csi new york. hikhik



hanya ucapan terimakaseh yang mampu aku balas budi kau orang semua


kepada juhana raihan jamaludin

  • terimakaseh kerana ada tika masa susah dan senang walaupun kamu cakap banyak sangat :P
  • terimakaseh kerana menolong masa poket kami terkoyak :P
  • terimakaseh kerana menolong dalam masalah masalah yang kami hadapi
  • terimkaseh banyak banyak :)

kepada nor atikah abdul rahim

  • terimakaseh kerana menjadi radio aku walaupun cina sebelah rumah selalu buat konsert. radio kau memang berguna la weyh! :P
  • terimakaseh kerana menjadi doktor cinta aku bila aku menceritakan perihal tentang lelaki itu. nasihat kau memang berguna :)
  • terimakaseh kerana menjadi meneman aku sepanjang aku di sini :P
  • ingat weyh lelaki hensem untuk perempuan tak chantik macam kita. HAHAHA :PP

kepada sarah filzah suhaimi/nur hamizah/ nurul hanis
  • terimakaseh kerana menjadi teman lawak sepanjang 3 tahun kita berkawan.
  • terimakaseh kerana menolong aku dalam kesusahan
  • terimakaseh kerana memberi pandangan dan nasihat :)

kepada muhamad aizat razali

  • terimakaseh kerana banyak mengajar aku pasai autocad/sketchup
  • terimakaseh kerana tolong menginstall autocad/sketchup tika laptop aku baru lepas kena format
  • terimakaseh kerana tolong aku pergi print print segala
  • terimakaseh kerana bantu aku dalam perihal lelaki itu jugak (huhu)
  • terimakaseh jugak sebab jadi library music aku :D
  • p/s: bila nak blanja mekdi nih??

kepada muhammad fikhri ahmad

  • terimakaseh sebab tolong aku dalam autocad
  • terimakaseh sebab tolong aku pi print print jugak
  • terimakaseh sebab jadi kawan aku

kalian lah gula terhebat yang pernah aku punyai. gula yang semut pun tak berani dekati. ingat, persahabatan sampai nyawa terakhir. selamat maju dalam kerjaya masing masing. kawen jangan lupa panggil ^___^


akar sudah tumbuh daun baru nak mula berkembang


di sini lahir sebuah persahabatan yang tidak pernah di rancang. masing-masing datang dengan matlamat yang sama : ingin menunaikan kewajipan sebagai insan yang berguna. kenangan manis pahit tawar masin telah pun kita lalui. bedanya masa dan hari yang berlainan.

hari ini kita jatuh. esok kita bernyawa. lusa tidak semestinya kita mati. jiwa perlu kuat akal perlu jujur hati perlu bersih itu ramuan dalam kehidupan.

julai 2007

aku berjumpa dengan pelbagai orang asing. yang tinggi yang pendek yang kaya yang bergaya yang malu yang sopan.semuanya bukan darah aku. mereka hanya makhuk ALLAH yang mempunyai urusan di dunia ini iaitu belajar.

mulanya hati agak tegar untuk menerima kehidupan baru kerna aku perlu bina satu hubungan jarak jauh dengan kaum darah aku nun jauh di utara. tapi aku percaya aku mampu untuk berjauhan buat kali pertama.

kawan-kawan semua baik. cuma yang segelintir suka main pisau tikam belakang. dan ada jugak dapat madu sepah di buang. itu lah realiti SEBENAR kehidupan kalau mengambil risiko untuk berkenalan dengan manusia baru yang bukan darah.

macam macam ragam macam macam aksi. itu semua sebahagian gula cuka untuk menambahkan keenakan kehidupan. yang pasti aku berjaya harunginya selama tiga tahun. memang penat tapi kepenatan aku berbalas berganda. aku sangat bersyukur :)

apa yang aku hendak sampaikan, tiga tahun adalah permulaan kehidupan aku di dunia luar. masih banyak lagi dunia luar yang aku belum terokai. belum lagi di usik jiwa tekanan aku. dan yang pasti belum lagi aku kenali dan rasainya.

kepada KUANTAN, terimakasih kerana menempatkan masa depan permulaan aku disini :)

ALHAMDULILLAH, aku bersyukur


terasa bagai semalam aku masih menangis mengenang nasib yang selalu di bawah. aku selalu berdoa supaya satu hari nanti aku akan berada di atas. tapi aku tahu bukan untuk selamanya aku di posisi itu. cuma saat ini aku sangat bersyukur kepada Mu Ya ALLAH kerana mendengar doa-doa aku. tidak aku lupa mama dan abah yang tak pernah berhenti berada di sisi aku dan berdoa supaya aku terus berdiri. =,)

penat lelah selama ini dah pun berbalas (mintak mintak paper structure 2 aku lepas. amin). terimakaseh semua. terimakaseh mama,abah,lecturers,bebudak DDR :)

3 nights to keep awake. 4 days left



alangkah indah kalau dalam fikiran aku hanya ada warna
bukan garis garis yang menjulingkan mata aku
=_____="''

aku belum bersedia untuk berjumpa dengan BENDA PALING MENAKUTKAN nanti. perasaan takut ini bukanlah seperti aku berjumpa cicak-paling-tak-hensem berkeliaran di siling atau tikus-gemok-gedempal-terkedek-kedek-lari-jumpa-musuh dekat belakang kedai-kedai makan ka apa. ini perasaan lagi takut dari semua tuh.

kalau jadi students architecture UTM-KSP mesti sekarang tengah kelam kelabut menyiapkan persiapan terakhir sebelum pergi berperang hari isnin ini. selepas itu sambung perang hari selasa. hari rabu reda sikit. hari khamis semua terbungkang. bukan sebab kalah tapi sebab penat berjuang selama 5 bulan ini.

kami tak di beri gaji tapi di beri ilmu. itu dah cukup terbaik dan benda yang paling berharga kami warga pelajar punyai.

tapi sekarang perasaan aku sangat lah gentar. seumpama ada bom nuklear sedang menunggu aku. bagai aku akan terpijak semua periuk api yang ada nanti. YA ALLAH, pinta aku berikan lah kekuatan kepada aku supaya aku boleh harunginya dengan baik. amin.

kepada para pelajar studio DDR
selamat menempuh portfolio minggu depan.
BEST OF LUCK!!
macam mana chelsea juara
macam tu lah kita kena menang!
HARHAR-tetiba noh :PP

kita akan tua dan tua dan tua


2010. dah berganjak lagi satu tahun. apa perasaan? heartless lagi. tak. aku tipu. perasaan agak tua bila pergi kedai orang akan panggil "yea akak, semuanya rm2.50. akak ada duet kecik tak?"
gila kau. kau tuh yang tua pada aku boleh pulok panggil aku akak! *hati emo la pulok*

pastu bila dah tanya umo berapa, bila cakap " dah nak masuk 21 dah this year",terlopong pulak muka-tak-caya tuh. HELLO, pipi ai nih bukan botox local ok, ni ORGINAL-VIRGIN punya botox. kalah KD tau tak. MUAHAHA :P

yela, aku sedar la aku dah angka 20 tapi aku masih kaget menggunakan alat alat solek di muka. masih lagi kaget memakai heels tika jalan. gila kau dah rupa macam monster pakai kasut tinggi tau dak?! gila sedeh T_______T

apa yang benar aku takut bila usia naik. satu langkah tahun bermakna satu tanggungjawab yang perlu di pikul. satu benda baru harus di pelajari dan yang penting satu sahaja perlu ingat bahawa dunia ini hanya sementara.


nah amek, nih la aku terkini
dah punyai anak :)
ANIQ ZAFRAN, I LEVIU MORE
hikhik >___<


tips untuk kekal muda : minat la pada budak budak lelaki yang muda pada kita. example macam ai minat gila mati dekat david archuleta.. HAHAHA :P

TAPI APA YANG PENTING CIK NENDA SAFIA LEBIH LEBIH TUA DARI I EVEN KITA KONGSI TAHUN YANG SAMA. HAHAHA



header mozila aku rawk! hahaha


ariel the little mermaid
i used to adore her than cinderella
i used to love her than snow white
she's my fairy tale story



i miss my childhood too bad! T__T



p/s: mama, where you put all my ariel the little mermaid videos?

p/s p/: ada selingan pulak justin bieber punya header kat situ..haha


its not the end yet


final presentation dah tamat tapi tak bermakna its the end yet. there's portfolio will coming up the end of may. i don't know what should i feel unless feeling scared. may be my mind set "i'll never done the best from the beginning" . mom & dad sorry if i disappointed you again and again. i already try my best and the rest i keep on praying. i don't want to be the biggest loser again.

may 11 2010, the others and i lepaking at TC. where else kami orang nak lepak carik benda nak makan after struggle dengan design? MEKDI TC la weyh the best port. jumpa pantai, main ombak di persisiran pantai. hehe. bila lagi la nak lepak lepak sepak sepak air pantai macam semalam? T__T

tengs to joo,rara,manis,miza,aizat,fik and alif haikal sebab lepak sama sama. i'm gonna miss you guys la weyh! T____T

the girls without miza sebab dia yang tangkapkan
hehe

and the always best port to lepaking after struggling with design :P



setiap hari ada cerita. setiap hari ada tamatnya. yang bedanya cara kita noktah kan setiap perjalanan seharian itu. gembira atau sedih?



detik jam 1700 p.m


jangan banyak tanya jangan banyak kata. final exam dah tamat. dari jam 0900 pagi sampai 1700 petang berperang dengan nota nota tangan kontot dan encik calculator peneman dari form 4 akhirnya paper final dah habis.

paper tasawwur islam dan kerangka 2 jatuh pada hari yang sama. membaca dan mengira. apa kata anda? bagi saya ini kerja gila! otak saya dah stuck dengan gam uhu walaupun kerja tukang tukang buat model belum start. blleerrgghh. otak mati sekejap =__="'


seriously i need V-A-C-A-T-I-O-N! mama, jom la pi jalan-jalan. sabah ka :D huhuhu

chup chup. portfolio tak habis lagi! its not the end yet PHALIQ!! come on!!! wake up wake up!! T___________T *saya leteh gila leteh sekarang. tolong tolong*


tiap hari sayang



SELAMAT HARI MAMA, ZANARIAH BT MOHD SAMAN!
I LOVE YOU FOREVER AND ALWAYS.

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
MAMA :)

tag by keon kulat


1) Adakah anda rasa anda hot.
hot tuh apa??? sejuk kan??


2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang!



3) Cerita pasal gambar.
-sebab dia laki i. i set la gamaq dia as wallpaper..hehehe

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
- 4 may 2010...huhu

5) Lagu terakhir anda dengar.
-favorite girl ; justin bieber. wah! kan best kalau dia nyanyik kat aku :PP

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
-buat autocad laaa...

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
-phaliq/falika/liq/ika/

8) Tag lagi 8 orang.
-safia
-tikan
-jat
-joo
-anas
-ieya
-jes
-koda

9) Siapakah orang no. 1 kepada anda?
-nenek saya yang bergigi penuh :DD

10) Katakan sesuatu mengenai orang no. 5.
-anas ; kawan skola rendah tetiba berjodoh jumpa kat kolej nih... dia sangat comel lagi chantik...hehehe

11) No. 3 ada hubungan dengan siapa?
-jat hassan ; member kolej paling ngokngek huhuhu..dia ada hubungan dengan toooooot..hahaha

12) Bagaimana pula dengan no. 4?
-joo ; kawan dari skola menengah yang paling blurr :DD

13) Pesanan buat orang no. 6?
-iya ; good luck in whatever u do! stay comel :DD hehehe

14) Kata-kata cinta untuk orang no. 2.
- tikan ; wah ini i suka. tikan ingat, orang hensem utk perempuan tak chantik macam kita tau!!! ahahaha

15) Adakah no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan?
-no 7 ; cik jes ketot yang comel :DD
-no 8 ; koda busuk yang kongsi bday ngan aku...cuma lain taun ja...
kesimpulannya tak sama la kan... hahahha

16) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda.
-keon si hidung kulat
-keon si ngokngek
-keon si tinggi lampai
-keon si kedekut sebab tak pernah blanja aku..hahaha
-keon si buntot sexxaaayyy :DD hahahaha

17) Persamaan antara kambing dan lembu .
-sempurna cuma akai ja tak sama :PP

18) Perasaan anda buat tag ini.
-heartless hahahahha

19) Adakah anda tahu si Rizman itu sengal?
-aaaa anak sapa plak tuh??haiiihh

20) Gay or Les?
-dua dua cun weyh!
hahahahah

lepas ni tiada la kumandangnya lagu SELAMAT MALAM


kalau dulu malam malam mesti ada ja buat konsert sambung menyambung. mula-mula tikan dengan konsert siti dia. then sambung pulak konsert faizal tahir sampai pukul 2 pagi dari ifa. kalau tikan dia shuffle lagu siti tapi kalau ifa dari kul 12 tengah malam sampai 2 pagi lagu selamat malam ja. *bosan tapi best*.

before tidur mula la dia tengok video dia rekod masa dia pergi konsert FT kat UMP dulu. gila seyh! fanatik! *ok, aku pun fanatik gila dekat DA and JB. diam phaliq!*


dear ifa maldini,

kalau dulu masa mula-mula kita jumpa masing-masing sombong kan. senyum senyum ja.nak tegur payah sebab tak kenal. lain course pulak tuh. tapi Tuhan nak kita jadi kawan. dia jodoh kan ifa kat phaliq. phaliq hargai sangat sangat. ^___^

ifa banyak dah bantu phaliq. dalam soal agama la paling banyak. info-info pasai agama yang before nih phaliq tatau. tapi phaliq tak sekuat ifa. phaliq banyak kekurangan nak di bandingkan ifa. tapi usah khuatir, phaliq cuba lagi belajar. cuba ubah diri phaliq dari baik ke lebih baik. :)

lepas nih sunyi la rumah.
dengan sapa nak sembang pasai bola lepas nih?
sapa nak tolong beletiaq kat phaliq selain macik tikan tuh?
sapa nak bagi nasihat semangat kat phaliq?
sapa nak teman phaliq stay up sampai pagi?
sapa nak dendangkan lagu SELAMAT MALAM?



ingat ifa, phaliq tetap sayang ifa. walau berjauhan beribu batu, ifa tetap kawan phaliq sampai mati.
halal kan makan minum phaliq.
halal kan kicap and sos cili yang selalu phaliq ambek.
halal kan duet terlebih terkurang.
halal kan iron yang phaliq pinjam.
halal kan beg yang selalu phaliq pinjam.
terimakaseh ifa :)

from ;
Liq Lerman




p/s: ingat phaliq dengan seluaq spongebob and kain batik yeah! :D

p/s p/s: kawen jangan lupa roger dan kalau ifa kawen dengan orang tuh, phaliq delete teruih ifa! huhu

fight to the end,phaliq!


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose


the climb ; miley cyrus

lagu semangat untuk saat ini
=,)

geng rompakan 909 tetap di hati


kalau dulu berjumpa sempat saja singgahkan senyuman. pandang pandang jeling jeling manja. nak bertegur sapa, aku bukan lah bermulut ramah. *kesian kan jadi manusia macam aku* sampaikan aku di cop sombong oleh tikan. coih. sombong benor noh raut muka aku :PP

perhubungan kami bermula dari sem satu tapi tak pernah berakhir. gaduh jerit pekik semua dah kami buat. tarik muka masam kelat manis dah kami rasai. menangis gelak tawa dah kami kongsi. apa lagi yang belum kami penuhi?

kami dah fahami apa itu persahabatan.
apa itu kawan, apa itu lawan.

kami dah rasai apa itu kenangan.
apa itu indah, apa itu luka.





makan banyak banyak. kongsi suka duka. mcdonald's memang memahami kami
:)



buat gila sama sama. buat rungsing hati pening.



pagi petang siang malam kami bersama.
senantiasa.

dari lapan tinggal empat.

apa lagi perkataan yang harus aku khabar kan selain terimakasih?

ya!
terimakasih kerna menjadi teman kawan
terimakasih kerna menjadi teman gaduh
terimakasih kerna menjadi teman ayah ibu abang dan adik
terimakasih kerna menjadi teman di sisi

selamanya.

terimakasih

juhana raihan bt jamaludin
nor atikah bt abdul rahim
nur afifah bt jusoh

^_________________________^

maaf di pinta kalau aku menyakitkan hati kalian
bersahabat lah kita sampai umur meningkat
sampai rambut putih kepala
sampai kaki tegar berjalan
sampai nyawa ini nyawa terakhir

tagged by ieya




1. Thank and link the person that give you the award
tengs ieya (http://ieyaayaya.blogspot.com/) for the blog award. and tengs sebab sudi singgah baca kat blog ni even my blog always bau tengit lagi busuk :PP


2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

1.safia
2.jesrina
3.aizat
4.joo
5.tikan
6.jaja busuk


3. Contact said blogs and let them know they've won this award

okies dokies

4. State 7 things about yourself

1. cakap banyak bayar kurang :PP
2.pemalu kot :PP
3.baran baran baran :DD
4. gemok dan gemok ://
5.milo's addict
6.i love blogging
7.mata sy besaq dari safia sulaiman

kenapa kaki kanan aku TER-SANGAT pelik?


ok dulu dengan isu kenapa ada bonjol kat tepi ibu jari kaki aku. aku terang sambil tersenyum

"ini kaki keturunan. orang lain mana ada bonjol kedabak kat dua-dua belah tepi ibu jari kaki"

"ooo...pelik pelik"

hati detak. tiada yang pelik. ini semua kuasa ALLAH untuk mencipta setiap hamba-Nya.

dan hari ini setelah 6 tahun aku tak beli high heels, for the second time aku menghabiskan duet beli wedges di sebabkan pra-konvo khamis ni..tak kan la aku nak pakai sandal buruk,memang aku kena halau balik la nanti kan.

kaki kanan muat saiz 7 kaki kiri muat saiz 6. =.="
penat otak aku nak cari saiz yang padan.
serius, memang kaki kanan aku besar dari kaki kiri.
kalau tak terang-terangan nampak kekekatan kaki kalau amek saiz yang muat kaki kiri tak pa jugak. ini memang nampak seyh. =___=""

kalau mata besar sebelah aku boleh terima
tapi kalau kaki besar sebelah macam mana?
serius aku tak pernah tau ada kaki besar sebelah.


kalau dah malaysia tuh memang macam tuh la speaking english


bukan nak kutuk jauh sekali nak mengata tapi tajuk di atas sesuai la untuk rakyat malaysia gaya speaking english macam loghat cina. aku tak salah kan mana-mana pihak. benda ni atas diri sendiri. aku rasa kebanyakkan golongan melayu la banyak loghat cina ni. kalau kaum cina tuh kita tak payah la nak bandingkan.

ok. senang cerita contoh terdekat aku la. tak di nafikan gaya speaking aku memang la ada loghat cina. chup! ini post tiada kena mengena dengan mata sepet or keturunan yang terrer makan sarang burung *padahal mama la orang yang paling takut dengan sarang burung..huhu*

sejak sekolah kalau speaking mesti nak ada "la" kat belakang.tak pun "ma". "pa" nya tak pulok noh? huhu...perlu kah ada penambahan "la" atau "ma" di hujung ayat?

kenapa dan kenapa dan kenapa? aku pun tak faham kenapa? boleh sesapa tolong explain sejarah asal mana datang nya speaking "la" and "ma" di hujung ayat???????

ouh tetiba post pasai speaking nih sebab tadik speaking muet TER-HAMPIR nak sebut "la" di hujung ayat. selamat sempat cover kalau tak memang kena potong markah laaaaaaaaaa =.="