kisah semalam tiada gantinya


semalam tetap semalam. hari ini perlu jalan seperti biasa. tiada kisah semalam sebab ia kekal sebagai hari semalam. kau suka semalam pun kau tak akan dapat kisah semalam untuk hari ini. sebab itu pepatah kata "hidup harus di teruskan".

semalam gelak tak semestinya hari ini gelak bersambung. mana tahu tiba tiba air mata datang mintak teman. semalam pasrah tak semestinya hari ini bersama lagi dengan pasrah. mana tahu tiba tiba senyum datang ajak di ukir.

kadang aku tak faham sangat tentang takdir. sekuat mana pun aku cuba katakan dia bukan untuk aku tapi takdir masih berlanjutan untuk aku berkawan dengan dia. apa yang cuba ingin di sampai kan? aku dah tak larat nak follow the flow =,="

jadi, apa langkah seterusnya? duduk diam diam sudah. ikut apa nak jadi hari seterusnya. kalau dia melangkah aku melangkah. kalau dia statik aku statik. okeh. aku kena sambung balik dalam buku lama aku =,='



selamat hari jumaat :)




bilang saja aku gembira saat ini
terimakaseh tulang tulang anlene sekalian
bawak aku jalan jalan
dan to safia , balik cepat
tak sabaq nak ngedate nih
^___^

cerita tamat. tak semestinya happy ending,faham?


sebenarnya aku yang buta hati.
tak dapat tengok kebenaran dengan betul

sekarang aku dah rasa double bodo. aku dah sampai ke garisan penamat. seperti yang aku pernah bagitahu, kebenaran sedang gelak besar. aku kalah. kalah walaupun berada di petak depan. dan sekarang aku akan undur diri dari segala permainan hidup sebab itu yang kau nak kan manusia?

aku tewas di gelanggang. hati beku. hati kaku. otak tak tahu nak bagi idea lagi. aku memang loser dalam semua hal. apa yang aku tahu aku perlu telan kebenaran dengan campuran realiti. itu la satu satunya resipi hidup yang perlu aku buat sekarang untuk santapan pagi petang dan malam. telan dan telan dan telan segala kebenaran.

aku dah tekad. dan kali ini memang tekad betul betul. aku nak lari dari semua benda yang aku pernah buat untuk dia. nak ingat sebesar kuman pun aku dah tak nak. hati aku sakit. hati aku remuk. kalau di akhir cerita macam ini aku kena tamat, maaf. tak semestinya cerita dongeng kena happy ending. sebab cerita dongeng sekarang dah moden. maksud aku versi aku laa.

aku nak beli buku baru. buku lama aku nak tauk jauh jauh. aku tekad demi kawan kawan di sisi. demi hati kecik yang kuat menangis. demi semua orang yang sayang aku. kalau dulu aku boleh tanganinya kenapa sekarang tidak. aku dah sedia angkat kaki cari tanah lain untuk bertapak. cari benda yang betul betul sesuai dengan aku. tanpa dia. dia hanya manusia yang perlu aku kenal.

terimakaseh la awak sebab buat saya sedar, lelaki tak pernah berubah untuk menjadi kejam. perempuan pun kadang ada juga perangai macam awak, tak di nafikan la. tapi sekarang awak watak dalam cerita saya. tiada watak sampingan lain selain awak dan saya. terimakaseh banyak banyak sebab bagi saya kenal orang macam awak.


hati aku dah banyak sakit. dah banyak menangis. aku nak bagi hati tersenyum pulak. kesian aku biar dia tanggung segala kesusahan aku. aku dah berusaha. takat tu ja aku mampu. lepas ni aku tawakal ja. tapi aku dah berdoa, aku tak nak macam dia dah. bak kata nenda, he didn't deserved you. tak pa la, ai ja yang tak layak untuk dia la nenda =]

so, bagi la aku udara sikit untuk hidup tenang dan aman lepas ni. mata sepet dah bengkak. air mata dah kering. aku dah tak sanggup nampak lagi huduh :)


song : fuck it by eamon
mood : bebai
hope : senyum





formspring.me tempat kumpul musuh?


benda alam maya baru, formspring. me. tapi tak dak la baru sangat. cuma sekarang dah berkembang dan maju bagai goreng pisang panas ja. aku ada account formspring.me tapi tak lah maju sangat di sebabkan orang tak dak pun nak tanya soalan kat aku. HAHA. gila kesian.

tapi yang bestnya i can stalk people =) *senyum jahat*. HAHA. aku stalk ja bukan pergi maki hamun segala jadi anonymous. kadang best jugak baca pihak soalan gaduh maki hamun pihak jawapan. paling tak boleh blah kenyataan pihak soalan kadang betul tapi si pihak jawapan nih punya nak cover boleh laa cakap "macam aku kesah?" or "hahaha..cari hidup lain la weh" or "aku kenal kau ke?".

ok lah aku tak racist mana mana pihak but sometime formspring.me nih memalukan diri masing masing la dari apa yang aku observe. bayangkan la orang dok panggil kau dengan panggilan yang bukan bukan dan kau automatic jawab tak kisah, kalau mak ayah or kakak abang kau baca tak ka mereka malu anak or adik mereka di panggil sebegitu? mungkin kau tak rasa tapi kalau orang luar tanya family terdekat kau, macam

"eyh, adik lelaki kau gay kah?aku baca formspring.me adik aku yang satu sekolah dengan adik kau kata adik kau gay,".

"abang kau ponteng sekolah semalam. dia isap rokok belakang kedai ah seng, kau tahu tak?aku terbaca formspring.me kawan aku,"

haaa. tengok. tak ke malu. tapi buat masa sekarang aku belum jumpa lagi laaa pertanyaan sebegitu rupa. itu contoh ja. tapi tak kesah laa apa soalan dan apa jawapan sekalipun. sekarang memang laa kau cakap kau tak kesah. tak nak fikir ka apa. tapi cuba kau bayangkan 10 tahun dari sekarang. ku dah kerja, tetiba jumpa kawan sekolah kau yang tak suka gila kau waktu sekolah dengan perangai kau yang kureng tuh. yang pada dasarnya kau memang tak tahu malu perasan bagus ingat hebat habis satu skolah kau nak conquer kata kau la manusia paling gedik, adakah mereka nak hormat kau even kau dah berubah? jawapannya tidak!

ingatlah, benda benda zaman sekolah ni laa akan bawak diri kau ke zaman depan. orang tak akan respect kau kalau kau tak reti nak respect diri kau. tak payah nak berlagak otai or orang paling hebat segala. benda ni tak kemana. kau kumpul musuh ja.

bak kata nenek aku *nih betul punya nasihat*, orang yang banyak musuh or ramai tak suka nanti bila dia meninggal dunia memang sikit saja orang datang menziarahi. aku pernah alami situasi macam ni. memang kesian sampai kain kapan pun tak siap potong even dah mandikan jenazah sebabnya tiada orang nak buat semua tuh.


p/s: zaman formspring.me aku dulu main balas balas atas meja lab kimia, lab biologi dan lab fizik jaa.. memang convent kaya laaa rajin beli cat segala. HEHE.





kalau kau juara 400meter berlari sekali pun kau tak mampu nak lari dari kenyataan dan kebenaran.



kalau dulu, aku tak pernah kisah pasal kebenaran
sebab aku tahu dalam 10 mesti ada 8 yang palsu.

aku ingat dengan buat macam tuh aku boleh lari dari semuanya. tapi malangnya tidak sebab sejauh mana aku lari dari kenyataan pasti ia akan kejar aku di belakang. so bila tiba di garisan penamat kelak, kenyataan akan gelak besar dekat aku sebab semuanya adalah kebenaran. tahu?

aku buntu. aku kaget. aku keliru. itu perasaan aku sekarang. perihal rancangan aku tu pun aku masih was was. kalau aku pergi dia nak hargai kah? kalau aku di sini aku akan menyesal kah?

nenda kata aku terlalu banyak memberi dari menerima. aku tak nak menerima apa apa. cukup untuk aku tahu dia dah tidak buta hati lagi. tapi dia memang buta hati sampai sekarang,kan? kalaupun aku bukan untuk dia biarlah dia nampak ada perempuan lain lagi yang ambil berat tentang dia selain aku.

aku dah muak. kalau boleh tak nak dah fikir pasal ni. aku dah bertekad. aku nak lupakan dia. tapi mesti ada ja halangan bila aku nak lupakan dia. tak kisah la dari segi mental atau fizikal. hari tuh dah nyaris nyaris dapat buang sikit sikit pasal dia, tapi esoknya dia muncul balik. memang chipsmore betul laa =,="

kalau boleh, kalau ok. aku nak kehidupan yang dulu. kehidupan aku yang normal tanpa fikir tentang masalah cinta,hidup,duet. kehidupan masa umur 5 tahun. faham?


kalau la boleh lupa macam nyanyi lagu broken heart,kan best
=____="



song : walking away by craig david ft lynnsha
mood : otak mengamok
hope : tak mau pikiaq dah pasai nih boleh?



bila penyakit malas berleluasa dalam diri


semenjak minggu ni semua kerja jadi malas. terkejut tak kalau aku kata aku malas gila nak on9? haaaa. mesti tak. sebab mama kata on9 la breakfast aku setiap pagi. tapi sekarang tak dah sebab aku nak melatih diri tak breakfast pagi pagi dengan on9. puasa kan nak dekat. *ok tiada kena mengena dengan hidup pun pasai berenti breakfast dengan on9*

aku malas gila nak tekan suiz bukak laptop. malas gila nak connect line. malas gila nak bukak fb dan blogspot dan twitter dan tumblr dan youtube dan google. tak teruja sangat kalau jumpa notifications even ada 2 pun sebab malas nak angkat tangan pegang mouse klik kat situ. malas gila nak bukak chat box *padahal senantiasa berstatus kan "online" =,='

kalau dulu aku boleh on9 dari pagi sampai petang. sampai bijik mata lebam. sampai tak tahu nak buat apa depan laptop. tapi sekarang boleh la tahan sampai sejam dua ja. kalau lepak cc baru charge rm2.50 per/hour. hahaha.

itu pasai malas nak on9. ni pulak pasai malas nak drive. tak kisah la nak pi amek anis kah hantar anis kah beli barang kah memang malas gila! sebab asyik lalu jalan yang sama sampai mata pun naik jemu dah =__="" . kalau pagi pagi mama suruh hantar anis, aku asyik bagitahu aku sakit perut lah aku tidur lambat semalam lah sebab aku malas nak tukar baju ambil kunci kereta start kereta reverse kereta dan pecut. dah jemu bawak kereta, nak jugak bawak kapai terbang =P

oklah, aku dah malas gila nak taip. saja malas nak exercise kan jari gedempul nih. aku taip post ni sebab malas gila nak korek idea cari idea baru untuk post. sebab malas gila nak ambil mood jiwang kapai karat. malas oh malas~


sekarang aku rasa normal sedikit.


diri aku saja rasa normal. kalau kondisi hati aku tak payah cakap apa. dah macam terlebih minum kopi o' ada laa. aku pun tak tahu kenapa susah sangat nak menjalani kehidupan normal seperti dulu. masalah semakin hari semakin bertambah. rasa takut. rasa rungsing. rasa gementar. rasa perit. semua jenis rasa yang scary mary lah.

aku pun tak tahu dah nak operate perasaan aku ni macam mana. hari hari lalui benda yang sama. patah hati setiap masa. boring la asyik feeling macam nih. tak larat dah nak layan lagu broken-hearted girl. jemu dah dengar lagu bila cinta. nak layan rock pun mood tadak lagi. nak keluar meronggeng pun semua pakat balik sarang dah. nak kerja? mama pulok tak bagi sebab dia suruh tolong dia nanti. haiih. kenapa hidup bohsan sangat? =,='

apa yang aku cari sekarang adalah ke-normal-an diri sepenuhnya. dah banyak kali aku mungkir janji. konon nak lupakan dia. konon tak nak ingat dia. konon tak suka dia dah. tapi hasilnya, hati aku jugak yang lebam teruk. bila aku nak nokhtah semua nih pun aku tak tahu. hmmmm

aku banyak sangat fikir. aku banyak sangat planning. aku banyak sangat angan angan. tapi satu pun tak berguna. tak menjadi. dan tak akan jadi realiti. phaliq, tolong lah stop dreaming all those things! it couldn't happen =__="


2 weeks left, rasa rasa menjadi dak?
:(

if i say those 3 words 8 letters, would you say it back to me?
totally no,right?



lama mana tali tu nak bertahan kalau asyik main tarik tarik tapi tak mula langkah?



langit dan bumi tak pernah berbeda
malah saling memerlukan antara satu sama lain


hari berganjak hari. masa berganjak masa tanpa sedar 24 jam tergadai begitu saja. kehidupan masih biasa. masih menunggu benda yang tak pasti. masih mengharap di tepi kaki. apa esok masih ada harapan yang di tunggu?

lelaki sebenarnya susah di duga. hari ini dia layan kita baik. rasa bahagia gila. tapi esok dia diam seribu bahasa. seolah kita nih asing darinya. kita pulak bodoh. menunggu macam batu. risau mungkin ada tersalah cakap atau terkasar bahasa sampai terguris jiwa.

tapi ada jugak lelaki suka memberi harapan. tak kisah lah harapan kosong harapan dua harapan empat. buat perempuan tertanya tanya. kenapa perlu bagi harapan tapi diri tak nak mula melangkah? walaupun ramai cakap sekarang dah moden, perigi cari timba. tapi tak semua perigi tahu di mana timbanya berada. tak semua timba nak air dari perigi tuh. erti kata lain, pemalu.

dalam bab percintaan, jangan banyak sangat main tarik tali sebab takut di akhir cerita masing masing bawak diri sebab tiada siapa mula langkah ke hadapan. sebab bosan menunggu semua melepas. tak salah mencuba tapi kalau masih ada tanda tanya yang besar bawak bawak la angkat kaki ambil inisiatif lupakan orang tuh dan cari orang lain.

cinta ni macam cari ilmu, berusaha untuk dapatkan. tapi kalau masih belum di beri nur untuk mendapatkannya bertawakal lah supaya jumpa suatu hari nanti.



macam mana kau nak se-bar chocolate cadbury
macam tu la kau nak seluruh hati dia
^_^

tak payah tipu diri
lama lama daging diri tinggal nipis
sapa nak lepas tuh?nobody nak pandang dah



atleast kita try dari tak buat apa apa :)




ubat untuk lupakan seseorang,pernah wujud tak?


kita selalu kata "ok saat nih aku nak lupa kan kau. buang masa ja aku ingat kau". tapi tak sampai setengahjam tup tup dia meses. tanya khabar. tanya itu ini. tanya macam macam sampai kita pulak terlupa niat nak lupakan dia.

orang selalu cakap, kalau nak lupakan dia ingat benda buruk buruk tentang dia. macam dia pernah sakit hati kita ka, dia pernah kutuk kita ka, dia pernah malu kan kita ka. so dengan itu kita akan rasa geram dan rasa macam nak tumbuk tumbuk dia ja buat belacan. tapi bila tiba tiba dia ajak keluar tengok wayang terus lupa apa yang buruk tentang dia sampai terlupa sebenarnya tadik nak ambil dia buat belacan.

tapi bila orang tua selalu nasihat, "jangan benci orang.jangan fikir bukan bukan tentang seseorang nanti lama lama orang lain pulak akan benci kita. kata kita bukan bukan". betul jugak. sampai bila kita nak simpan musuh. sampai bila kita nak orang dok kata kita bukan bukan. konon dalam hati kata "ah, ada aku kisah orang kata bukan bukan tentang aku?". tapi naluri sebenarnya kisah orang dok kata bukan bukan. itu hakikat manusia,ok?

macam mana kita nak lupa kan orang itu kalau teringat kan dia setiap saat? sampai masuk mimpi kering. sampai dok tengok henpon setiap 5 minit tunggu meses dia. sampai dok bilang hari dia nak balik. sampai hati ni sakit dok menunggu. ini memang kes gila bayang sorang sorang =__="

tapi bagi aku kalau betul betul nak lupakan dia, slowly let him go even susah macam mana sekali pun. lupakan benda benda baik yang dia pernah buat kat kita walaupun tuh memang kejam dan susah untuk di telan. buat buat sebok dengan hal lain. dan benda paling susah dan sampai sekarang aku takut nak buat ialah delete and block dia di alam maya. maaf kan saya =,(

orang lain jugak selalu pesan, kalau ada jodoh tak kemana. tunggu ja jodoh datang walaupun menunggu itu sangat memeritkan. kalau dah sembang pasai jodoh tak ke mana dah tak ada idea nak jawab. itu ja solution untuk diam kan hati.


kenapa kau? aku pun tiada jawapannya.




Can we pretend that Airplanes
In the midnight sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now wish right now wish right now

airplanes ; B.O.B ft hayley williams




Viva EspaƱa

syabas SPAIN!

dah habeh. game paling panjang dan lama pernah aku tengok. gila la. extra time. extra time and extra time. penat tau ai nak tunggu even satu goal pun. berjaga sampai limapagi untuk tunggu satu goal kalah aku berjaga buat autocad dulu. HEHE

so, spain the champion of world cup 2010! ouh yeah! first time masuk final dah dapat champion! itu kerja hebat namanya! walaupun david villa tak score tapi tak pa, atleast its a team job. masing masing pulon nak sepak bola masuk kan bola dalam goal.

team belanda jugak hebat. tak di nafikan trial robben agak meluruhkan jantung aku. but casillas is more great! a great goal keeper weyh!

dan kepada pengadil yang suka gila kaler kuning, terimakaseh la. kerja anda amat di hargai. tapi kesian team belanda. sikit sikit kad kuning. tapi memang patut pun sebab main ganas sangat. HUHU.


nah. the real champion of spain.
si mata chantik ;
ANDREAS INIESTA.
:)

what say more, kalau aku boleh botak dah lama aku botak ikut dia
HAHA
:P


gila lu, masa iniesta score ai pun macam nak nangeh weyh. tetiba teringat game netball masa form 3 and game handball masa form 4. HAHA. tak pa la, kenangan weyh :)

and paul the octopus patut di ikhtirafkan si kasut emas. kena provide banyak banyak sebab paul berkaki banyak :)

terimakaseh paul noh :P


jangan menyesal kemudian hari. ingatlah orang yang tersayang.


aku baru tersedar akan sesuatu ; manusia selalu menyesal dengan apa yang dia pernah ada dulu bila benda/orang itu hilang di depan mata. tapi mostly segelintirnya tak pernah hargai orang yang betul betul sayang dan ambil berat terhadap diri mereka. bila dah hilang depan mata baru gelabah nak mencari balik seorang yang ikhlas itu.

kita suka dia. dia tak suka kita. dia anggap kawan. kita pasrah tapi kita follow the flow ja. dia nak kita jadi kawan baik. kita ikut lagi tapi kita juga rasa sedih. tiba tiba dia diam ja. kita ingat dia dah tak nak kawan. kita rasa macam kena tipu. dia masih diam. kita rasa sedih. kita pergi tanpa bagitau kita sebenarnya suka dia lagi. tapi dia masih ikat tali gantung. kita nak buat macam mana lagi. flow dah hilang untuk di follow. dia tak hargai pun kita suka dia. dia ada orang lain la kan?

macam orang selalu cakap, kawan baik akan kekal sebagai kawan baik. susah untuk jadi musuh selamanya, susah untuk menjadi kekasih terakhir kerana atas dasar kawan biarlah kekal sebagai kawan. sebab kalau satu hari kawan baik hilang masa itulah baru kita sedar kawan tetap kawan dan tak pernah berubah. saat itu baru rasa kehilangan sebuah persahabatan. *antara kawan baik yang lain gender la. yang sama gender biarlah kawan baik selamanya. tak boleh pusing kot len dah =,='*



jadi, buka mata buka hati hargai orang depan mata sebelum dia lari bawa diri.






aku sedang mencari kaler kehidupan aku sendiri.
aku tak nak menyesal kemudian hari.









mama pernah bilang, "tak payah menunggu orang yang tak nak di tunggu dah". kalau mana mana orang di situasi aku sila angkat kaki cari jalan lain.
buat apa nak tunggu orang yang tak pernah hargai kita?





walaupun sakit jiwa tapi game paling relax pernah aku tengok

nah hero baru.
lepas ni player player bola sepak pakat pakat kerinting kan rambut
mudah mudahan tanduk masuk goal
hehe

game spain vs germany. perkara pertama memang ai takut gila sebab germany agak kuat apabila membelasahkan argentina 4-0. tapi game yang agak relax dan tak kelam kelibut. tak macam game spain vs paraguay =,='

ai dah cakap awal awal memang ai tak harap sangat spain menang tapi kalau spain menang memang spain terbaik. kalau kalah pun good job sebab dah sampai semi-final. germany pun not bad. cuma nasib la kan tandukan puyol masuk :) terimakaseh puyol bagi layak masuk final.

anis si semangat nak tengok bola. ai dah cakap esok sekolah. dia tak endah. katanya demi germany. dia kata lagi germany akan menang. ok. aku pasrah sebab time tuh memang aku rasa spain kalah. 20 minit kemudian dengar bunyi dengkur yang tak la kuat mana pun. blleerrrgghhh penyokong semangat germany nih dah tidoq! =,='

ingat ada la peneman nak tengok. kot kot boleh lawan tumbuk ka apa ka tengok tengok dok mimpi pi main bola dengan germany.anis oh anis!

defender spain memang kuat. tambah tambah pique! hehe. kau abang terhebat pique. auuwww~
dan kepada ref, kau orang memang tegas gila kot. serius. kesian pulok kat germany. hehe.

terimakaseh la nenda sebab teman dan terimakaseh sebab bagi semangat ai tengok bola. haaaaa dah puas hati germany kalah?hehe

tapi tak pa la. good game!both are the best team.



p/s: abe villa ai tak jadi hero pulok game kali nih. tadik tersasar masa depan goal. huhu

p/s p/s: the 1st time final ever? kalau tak salah telinga aku dengaq laa. wow o_O



boleh kah?


pagi nih game spain vs germany. ok, aku tak menaruh harapan sangat spain untuk menang *ceh gila punya penyokong. boleh kata spain kalah lak =,=* dak dak, faham di sini, aku rasa germany hebat sangat untuk kalah. serius. sedangkan argentina pun boleh kalah. tapi kalau spain menang memang terbaik la spain.

tapi aku masih 50%-50% mengharap spain untuk menang. dan aku harap sangat david villa score lagi malam nih. mak ai, aku pulok terasa debarannya =__="

best of luck spain and DAVID VILLA
:)

janji temu bersama si kura kura tapi BEST


tepat 10.30 pagi nenda ada depan rumah. janji pukul 9 pagi then ganjak pukul 9.45 pagi tapi datang ambil pukul 10.30 pagi. wooot yu sesat kat cari rumah ai? hahaha.

so program hari ini, ber-ronggeng sampai ke UUM-KANGAR-JITRA-SUNGAI PETANI. nenda nak jumpa kawan matrik dia dulu. so ai peneman bual bagi arah petunjuk sampai sesat lah kat dia. sapa lagi pro selain aku? tapi BEST. HAHA.

sampai UUM dah gelabah tak tau nak pi mana. call kawan nenda nama dhiah tuh rupa-rupanya dia duduk hostel luar. so kami patah la balik setelah dhiah bagi arah petunjuk. tak sampai separuh hutan dah gabra, keluar balik takot takot sesat dalam hutan. konon buat pro masuk celah hostel mana tah. then U-TURN balik. kembali ke jalan hutan. nak cari bank rhb. ppffffttt. tengah hutan ada bank ka? bak kata nenda, tak pa la kita cari bank sampai jumpa. HEHE tapi BEST :)

then jumpa la. rupanya nama hostel based on nama bank. eerrr macam tuh ka dhiah? heh. tak pa la. janji jumpa. HEHE. then pok pek pok pek nak kemana, kami pun culik dhiah. cadangnya nak ke pekan changloon ja then nenda kan anak jati pegheleh, bawak la kami pi pekan kangaq pulok. makan KFC tapi BEST =,='

tak pa la, KFC sungai petani tak sesedap pegheleh sebab pegheleh dia rasa cheesy wedges bau bau padang besaq sikit. nenda belanja tapi BEST :P

dah habeh makan hantaq dhiah balik hostel then kami masuk uum balik sebab aku nak jumpa kawan sekolah rendah yang lapan tahun dah tak jumpa. pusing sana U-TURN sana pusing patah balik U-TURN sana balik last last jumpa jugak building ekonomi. tak pa nenda, kata nak cuci mata kat UUM kan? kebetulan ramai gila intake baru masuk sedang pusing pusing uum. nah, memang rezeki yu. HAHA. tapi BEST kan? :D

dah habeh pok pek pok pek gerak lah kami untuk pulang. on the way pulang nenda ajak ke tasik darulaman tuh. ok, di sebabkan buat kepala tau masing masing sesat. entah lepas ke mana tah. konon dah give up patah balik keluaq tol last last masuk highway pi jitra balik =,='
mak ai, memang nenda gelabah jugak la. masuk jitra U-TURN balik jumpa la highway ke arah aloqstaq. haha

tapi di sebabkan tasik tuh dok goda goda, try sekalik lagi masuk. kali ni memang ai call orang yang betul betul terrerrr laa. mama :) so mama pok pek pok pek masuk sana sini sana sini sampai jugak la destinasi kami dua nak ke tasik tuh. HAHA tapi BEST kan nenda? :P


lagi BEST kalau ada jihah jamil kan nenda? tak pa jihah, nanti kita pi len nah :) HEHE.

kawan yang memahami memang susah nak cari
julai enam dua kosong satu kosong
:)

selamat hari isnin


tak. selamat datang julai yang moody. baru limaharibulanjulai, tapi mood dah makin down and down and down. kalau dah tigapulohsatujulai nanti entah entah dah meniarap kat lantai =,='

berita hari ini. aku dah check result. aku tak harap apa apa samada pointer naik or turun tapi aku harap tak ada paper yang repeat dan aku boleh konvo bulan sebelas dan insyaallah akan continue study bulan duabelas.

dan. jeng jong jang. perkara pertama : result memang turun mendadak. perkara kedua : alhamdulillah tiada paper repeat *selamat paper structure aku* . perkara ketiga : aku layak konvo bulan november nih.

dah. aku memang tak puas hati pasai result and i'm not expecting i would get that pointer. memang aku dapat instinct pointer aku turun tapi tadak la mendadak macam nih :( mama abah maafkan ika sebab hampakan mama dan abah =,(

abah bilang "tak pa la. boleh grad aih dapat pointer tuh. nak buat macam mana kita dah cuba. lagipun semua lulus kan"

mama bilang "alhamdulillah. tiada repeat pun. boleh konvo jugak kan?"

ya. memang aku niat nak bagi konvo dan tak nak repeat apa apa. dan alhamdulillah aku tak ada repeat tapi.................................. )= berserah ja lah kan.

terimakaseh TUHAN kerana memberi peluang pada aku untuk buktikan aku juga boleh konvo on time macam orang lain. ALHAMDULILLAH :)



kata dulang paku serpih kata orang kau pun sama


kadang karma itu betul. apa yang kita kata kat orang kena balik kat kita. sebab tuh orang selalu berpesan, jangan sedap mulut nak cakap kat orang lain nanti terpaku diri sendiri. dan tak di nafikan aku pun selalu kena dengan cik karma nih =,='

cuma sekarang aku nak gelak besar maki hamun dekat sorang budak nih. gila sedap paku orang tapi tak sedar kena balik paku tuh kat dia. tak pa la kau. kau rasa kau bagus sangat kan, go on la dengan life kau yang suka paku memaku tuh. tapi ingat lah wahai budak, ramai lagi sedang gelak maki hamun kutuk kau sebab perangai kau yang annoys belagak macam gunung tuh. ppfffttt.


ai dah cakap, dia memang hero forever ai kan si janggut sejemput


dua game best malam/pagi nih. ouh. tadik teman anis tengok german vs argentina. argentina di belasah 4-0 weyh. baru main 3 minit, muller dah score. yang best minit ke 89 klose sempat lagi bagi. gila malu argentina. 4-0 weyh. england better lagi la ada jugak 1 kan ^__^

then 2.30 pagi menonton spain vs paraguay. macam biasa la, bopren janggut sejemput ai score. ^___^ 1-0 pun jadi laa dari ada penalti penentuan. tapi masa paraguay dapat penalti kick memang takot jugak. nasib casillas terrreeerrr. hehe. and ai ingat goal xabi alonso masuk time penalti kick tuh. ya 1st memang masuk then 2nd tuh tak masuk pulok. menggila jugak la ai dok tengok sorang sorang. =___=""

dah sampai minit ke 83, villa score. ingat tak masuk sebab kena palang goal. tapi dah nama pun luck kan :) terimakaseh la spain sebab bagi layak pi semi-final

so germany jumpak di semi-final noh. ok i'm not expecting germany jumpak spain. gila kot. germany memang hebat =,=' so just harap harap lah spain kalah kan germany and dapat masuk final. hehe




p/s: ai nak mimpi yu la david villa :D



aku dah kata aku lemah.


kan aku dah cakap. minggu nih memang post post aku berbau emo. hari tuh emo pasal bola hari ini emo pasal saja saja gedik. esok nak emo sebab duet dalam purse dah k.o. huhu

aku nak cakap selamat jaga diri pada A yang akan berangkat esok. hati-hati kat sana nanti. hmm =,= *sekarang dah tau kenapa aku emo saja saja gedik?haa pasai nih la :( *
ok, lantak lah segedik mana pun aku nak emo sebab aku memang sedeh dia nak pi dah esok.

lepas nih tadak la jaga bola pagi pagi buta then masing masing meses kalau team yang sokong tuh jaringkan goal. tapi match spain and brazil ja kot kami dua jaga tengok. eerrr aku ja la. dia tatau la team mana lagi dia berjaga :P

lepas nih tadak la dok buat lawak sampai ai gelak hentak hentak meja sampai mama datang tanya "awat nih?ika ok dak?"

lepas nih tadak la kan panggilan "tosai" dan "bawang" tuh? tunggu bulan 9 pulok la noh :(

apa lagi lepas nih tadak? =,=

hmmmm. tak pa lah. saya doa awak sukses kat sana. jangan lupa kawan suda :/ *ai dah speechless dah nak taip apa. hati tetiba beku*

and one more thing. ai dah bagi lagu invisible dan superstar nyanyian taylor swift kat dia. seriously lagu lagu tuh memang ai tuju kat dia :(


kita tunggu la mata untuk bulan sembilan macam mana pulok
=____="




maaf lah tadik saya emo banyak banyak
sapa suruh awak emo lebih lebih time brazil kalah tadik
bbrrrr




kalau saya gedik lebeh saya tunggu awak bulansembilan nih
hahaha
^___^



game bola paling emotional pernah aku lihat =,=


tadik tengok game brazil vs netherlands. gila saiko punya pengadil japang tuh @#$!%^&*. seriously time dia jadi pengadil spain vs handuras lagi aku tak suka. gila unfair. seriously netherlands banyak gila kot main tolak tolak serupa ada mega sales tapi tak kena tiup. erti kata bahasa kedah main kahaq gila =,=

tapi player player brazil tadik memang main emotional gila. tambah tambah kaka and robinho. tapi memang patut pun depa emo marah marah pengadil japang gila tuh. kalau aku jadi depa pun aku saiko gak. gggrrr.

mak ai, jangkaan aku memang meleset. final bukan brazil dan world cup kali nih memang kejutan beruk-daya betul. dengan kekalahan brazil takut pulok aku game spain vs paraguay julai 4 nih.

erm tak pa lah. may be brazil tadak luck untuk world cup kali nih. cuba lagi ya next 4 years :)


p/s: mintak mintak la nanti game spain bukan pengadil japang tuh lagi. buang mood ai ja nak nonton bola kalau pengadil gila tuh ada =___="


bila aku tersekat antara dua jalan yang berbeda,kepala hotak pun boleh sakit jiwa


dalam hidup aku paling tak suka kalau kena memilih antara dua jalan. pokok nya antara sejuta jalan highway sekalipun aku tetap kena pilih satu yang aku rasa baik untuk hidup aku. tapi aku memang lemah dalam membuat keputusan sendiri. beribu nasihat hinggap kat telinga aku biar sekalipun memang 100 peratus berguna aku tetap takut nak melangkah.

bukan apa. aku masih mengharap pada peluang yang memang kabur sampai aku sendiri sedar aku tak mampu dah nak lap kekaburan tuh. =__="

dan aku tahu aku dah tak punyai peluang. aku tak mampu nak teruskannya sebab aku yang sakit. aku bodoh sebab aku tipu diri aku. so perhatian, jangan sesekali menipu diri anda sebab nanti diri anda yang termakan daging sendiri *baik punya peribahasa. HAHA*

kalau itulah keputusan yang aku perlu buat, ok aku akan lupakan dia. pelan pelan aku akan buat. aku tau ramai yang menyokong. aku tak dapat buktikan yang dia suka aku balik. maaf la kawan kawan. aku gagal di medan tempur perang cinta. aku akan kembali ke markas lama aku. dok sorang sorang pegang control tv sambil tengok csi,bola,e! news dan buat buat lupa aku pernah ada account facebook =,=

saya tunggu awak dekat alam maya sekalipun awak tetap tak muncul. awak pun ada instinct saya nak jauhkan diri dari awak eyh? tak pa la awak, tu bukan jodoh namanya.



kalau hari hari patah hati
dah boleh main jig-saw puzzle dah hati aku nih
=,=




if waiting you such a waste i rather waiting eric zmanda
purpose me in my dream :)





tak pa la mama, ai tunggu prince charming ai datang naik kereta kuda cap bmw ka crv ka. HAHA.



if the last decision to let you go, my heart will let it be. i'm sorry i'm too weak.


you weird but i'm more weirdo
you hurt but i'm more hurt-toooooo
:(

i don't know what i feel about you. the feeling towards you. unpredictable. i try my best to realize the reality and in the same time i want to fade away those feelings. i don't want to get hurt anymore. i don't want to waste my time crying for the same damn thing in fact you just feel nothing about it. at least you can open your eyes widely kan?=____=""

everybody will say "babe, its take time to forget the feeling towards him. just be friend with him or wait somebody else. your mr.right will come one day"
yes. its true and i also ever said like that but its hurt me back. to wait or not to be wait. TIMES HURT ME TOO MUCH. what say more, i'm weak. totally weak! pppfffttt.

the truth, i like to be friend with you. seriously you make my day,chad. you make me laugh. the laugh i kept 5 years ago. you make me to be who i am. but the real thing i can't stop loving you but i try to love you as a friend, like they said. at least i try kan? :/


*can someone knock my head with a big fat stone?* bblllleeerrrggghhhh.

peanut : let him go slowly.
me : yeah i should let him go :(

macam orang selalu cakap, "hati aku hancur lebur" tapi tengok boleh ja berdengup? macam orang selalu cakap, "hati aku berdarah dan luka" tapi tengok tak dak pulok darah meleleh. ya aku tau itu perumpamaan ja. saja la buat lampi sikit. tapi kan kau orang tahu, hati bukan bentuk LOVE pun. serius aku pernah tengok real.

dah. abaikan kerepekan aku.




song : bila cinta by gio
mood : i don't know
hope : empty my mind please =___="


deep in my heart, i still love you chad :(