biar hati aku tuh jadi tak punya rasa


abu,kau ja faham aku
kau ja sanggup terima air mata aku


kadang kita takut nak percayakan gerak hati. macam aku,kepala hotak dah pesan jangan bukak. jangan baca. jangan tengok. tapi bila hati meminta dan kata "baca la. tengok la. baru tahu kebenaran.baru kau tahu nak menangis ke tidak". aku kalah pada hati. hati kenapa kau selalu nak menang? lepas tuh mata jadi mangsa. kalau semua kebenaran tuh manis manis belaka tak la aku risau mata bengkak aku ni =__="

orang cakap aku ni sensitif bagai. sikit sikit nak terasa. sikit sikit nak merajok lebih. sikit sikit nak nanges. sikit sikit nak emo. sikit sikit nak jiwang. kalau combine sekali dah banyak banyak dah sensitif aku. tapi nak buat macam mana, itu ja salah satu 'KELEBIHAN' aku ada.

aku perlu jaga hati orang sekeliling. aku perlu faham keadaan. aku perlu faham situasi. aku perlu faham kehendak orang lain. aku perlu korbankan perasaan supaya orang lain tak luka. semuanya aku perlu faham sebab aku hanyalah tunggul yang di abaikan. tapi aku tak kisah dah aku tunggul semua orang sebab aku dah biasa di abai dan ter-abai.

sekarang aku nak hati aku tak punya rasa. tak punya kisah. tak punya warna. biar buta hati. biar pekak hati. biar bisu hati. biar jadi macam dulu tika aku di peringkat paling ego tak mengaku aku ada perasaan suka. jadi macam dulu aku susah nak menangis. biar hari hari aku bebai. marah. memberontak bagai sampai orang sekeliling kepala pusing dengan perangai aku. kata nak heartless, macam tuh sudah la kan?

bawak la aku balik zaman 2006. zaman lepas putus cinta dan langsung rasa tak suka sapa sapa. orang lain tak kisah tanya ada boifren ke tak. sekarang bila jangkau 21 tahun ramai bertanya. sebab sepupu/kawan kawan/musuh musuh ramai dah kawen muda. bahagia ja tengok. tapi sekarang aku tak nak semua tuh. tak nak bahagia segala sebab aku dah sebati dengan kisah sedeh sedeh ni. aku nak jadi heartless. heartless. heartless dan heartless. biar orang benci aku heartless dari orang sakit hati aku sensitif.


"the best of me can find happiness in misery"



taylor swift, you still rock my heart




like seriously nak jalan cerita hidup ai macam video clip taylor swift ; mine
and the guy, OH-MY-GOSH GILA SWEET MASA DIA PUJUK PUJUK TUH
!@#$%^&*
bila la nak dapat guy macam tuh and hidup sampai hujung nyawa terakhir
wuuuuuuuuuuuuuuuuu
sweet sweet sweet sweet and sweet
^___^





" I was a flight risk, afraid of fallin'
Wondering why we bother with love, if it never lasts "

kau ratu hatiku,ibunda


dear mama,


dah nak masuk 21 tahun ika hidup dalam hidup mama. since 1989 sampai 2010 dan selamanya i always be yours. be by your side. tak kisah la hidup roda di atas mahu pun di bawah. you always in my heart to wipe my tears, to give strength when i fall down, you support me even you not very satisfied what i'm doing. ^_^

ma selalu ada bila ika sakit. even dulu ika dekat pahang you keep calling me bila dapat tahu ika demam. lagi ma risau bila ika masuk hospital sebab kaki terseliuh masa main netball. tapi mama tahu la anak mama ni memang ketegaq. kaki bengkak sampai tak nampak rupa kaki pun still nak main netball jugak. mama boleh kata "main leklok". ma pernah cerita dulu kecik kecik ika la anak yang paling susah nak makan ubat sampai abah kena pegang dua dua tangan ika, kepit dua dua kaki ika dan mama la heroin masukkan ubat dalam mulut ika. HAHA. tapi sekarang mama tak perlu bantuan abah lagi dah. mama bagi ja leteran kat telinga ika sampai ika sendiri pi ambil ubat kat klinik. tu ja senjata mama sekarang kan? HEHE =)

ika selalu mengadu masalah masalah kat mama. dari masalah kawan kawan sampai la cintan cintun. dulu mama cukup tak bagi ika kawan dengan laki sebab takut jadi apa apa. tapi mama bijak. bila mama dapat tahu ika masam muram mencuka mesti mama tanya "gaduh ngan bf ka?" ika diam ja walaupun dah tahu kantoi bagai. HAHA. tapi mama masih tahan telinga dengar semua masalah cintun tak jadi ika. ika selalu ngadu kat mama ;

ika : ma kenapa ika tak cantik?
mama : sapa kata ika tak cantik?
ika : ika kan huduh, gemok,pendek,tak lawwa. tadak boifren segala =,(
mama : your prince charming will come one day dear. ika cantik laa. =)

even ika selalu cakap macam tuh mama sabar ja. niat mama nak pujuk. niat mama nak bagi semangat kat anak anak. mama tak nak anak mama kecewa bagai,ika tahu. tapi ma, i'm only beautiful in your eyes because only you know me well. i only trust you :)

ma selalu kata ika gopoh. sebab ika kadang kadang suka tersepak kaki almari bila jalan, ika selalu terantuk kepala kat meja. dan paling dasyat masa first accident ika masa dapat lesen kereta, ika dah ter-langgar grail rumah. since tu kalau ika kena bawak kereta and mama duduk sebelah memang la ika bawak 40 km/j jaaa. haaa kawan kawan, kalau nak naik dengan ai without bawak macam kongkang naik lah tika ibunda ai ada sebelah sebab dia lah 'pegawai jpj' paling ai gerun. pegawai jpj dulu masa amek lesen hensem sangat tuh ai tak berapa takot. HAHA.

ma tahu tak kadang ika bohsan bila orang tanya "eyh tu kakak hang ka?". kadang iya kan ja mama kakak ika. then bila ika balik cerita kat mama, mama mula perasan walaupun hakikatnya mama memang nampak macam kakak ika. HEHE. tapi sekarang ika tak kisah dah bila ada orang tanya macam tu sebab i'm proud to have a beautiful mom like you. ^_^

ma, kadang kadang ika benci sangat dengan laki laki sebab bila tengok mama suffer macam nih. kadang ika tak nak sangat kenal sapa tu laki laki sebab ika takot sangat patah hati macam mana mama rasa. kalau sekarang pun ika dah berkecamuk macam mana kalau dapat life macam mama? ika tak kuat macam mama. sebab tu ika takot bila benda benda macam ni datang. mungkin orang lain akan kata "ala,muda lagi. nak fikir apa. enjoy la dulu". memang la enjoy tapi bila terfikir bab bab macam ni memang gerun hati =__=". perihal lelaki, jangan la datang sekarang atau esok lusa atau bila bila.

ma, if lepas ika habis study nanti i want to live with you. tak kisah la ika kawen or tak (but i'm afraid to get married. i'm afraid i'm not strong enough to bear all those thing =/) ika nak jaga mama. ika tak nak dah orang lain campur aduk dalam urusan family kita. even rumah kita kecik pun kita tak ganggu depa depa yang banyak kata belakang pasai kita. kita survive sendiri. kita tak mintak setitik peluh depa pun nak tolong kita. ma, ika kuat sebab mama. ika tahu mama pun kuat sebab anak anak kan?

ma,even kadang kadang tu kita jarang bersependapat, even kadang tu angin kita tak sama tapi ma ingat la i always proud to be you daughter. i know you suffer a lot. mama dah lalui semua keperitan hidup. ma sorang sorang besarkan kami tiga beradik. ma, if i'm in your place ika rasa ika dah dekat wad gila sebab tak tahan stress segala but you mama, you can survive until now. you strong enough to be my mom and dad. no one can replace you, zanariah binti mohd saman :)


aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untuk ku
sepanjang hidup ku

ungu ; tercipta untuk ku
:)



si anak gopoh mu,
wan nur faliqha



you always in my heart mama :)

bahagia, mana kau?


aku lihat mr.Q. dia dah bahagia. tapi kenapa aku masih di tingkat yang sama. masih seorang LOSER dalam semua hal. sekarang aku masih berfikir lagi "kenapa dia bahagia tapi tidak aku?". selalu muncul tika aku nak lelapkan mata. selalu datang tika mata terbuka. apakah aku tak layak dapat kebahagian macam dia?

hmm.lupakan kisah mr.Q.

kalau dulu aku selalu cakap semuanya tak adil, tapi bila dah matang aku sedar kebahagian aku sedang tunggu aku di hujung jalan. cuma aku perlu lagi kuat untuk mencari jalan betul untuk bawak aku ke sana. aku perlu lupa semua kisah lepas sebab bahagia aku bukan dari episod yang lalu.

cuma sekarang aku tak nak ambil apa apa risiko hati. aku belum bersedia berhati patah macam limatahun lepas. cukuplah sekarang hati aku patah pasal syiok sendiri terlebih sangat. cuma kadang kadang aku terfikir, "aku ja yang ber-inisiatif lebih,dia biasa ja," membuat otak lagi berkecamuk. betul lah kata orang, lelaki dalam bab bab macam ni mereka lebih pada berdiam diri. perempuan pulak yang banyak berfikir.

kata seorang teman rapat aku , "perempuan dia membezakan kawan dan kekasih. kawan biarlah di label kawan sampai mati dan tak ada yang boleh berubah. kalau sekali kata 'kita kawan baik ya?' perempuan pegang kata itu kawan baik selamanya. tak akan berubah untuk menjadi kekasih. tapi kalau lelaki menganggap dia kekasih, sayang nya lain. sayangnya bukan sebagai kawan. tapi sebagai teman istimewa di mana orang lain tak akan dapat. sebab itu perempuan perlu kata mati. sayang sebagai kawan atau sayang sebagai kekasih".

kata lagi seorang teman rapat yang lain , "kalau ada lelaki kata 'tunggu saya tahu. saya akan datang nanti', perempuan sanggup tunggu sebab lelaki itu betul betul nak kan dia. bezanya lelaki yang betul betul nak kan kita lebih dari seorang kawan dan yang hanya anggap kita kawan biasa"

kata aku pulak? tak perlu di kata lagi sebab kedua-dua pendapat itu ada benarnya. kalau aku saja yang menunggu untuk menjadi lebih dari kawan dia pulak hanya anggap aku kawan baik aku kekalkan sebagai kawan baik selamanya. pisang tak akan berbuah dua kali. aku tak akan mengulangi kesilapan lama yang menjadikan kawan baik sebagai kekasih dan di akhir cerita aku hilang dua dua.

dan aku tahu lelaki lain yang akan jadi teman istimewa aku di masa depan bersama kebahagiaan aku. aku tak akan lari lagi. tapi tak bermakna aku akan follow the flow segala. aku jugak ada pendirian. tak kan nak hidup kosong setiap saat. aku dah berusaha, takat tuh ja aku mampu. tapi aku tak akan give up untuk mencari cuma bukan untuk saat ini. bagi aku hidu udara segar, bagi aku bernafas seperti dulu. aku bukan mahu menjadi heartless cuma biarlah hati aku ni di sembuh dulu.

rupanya syiok sendiri lagi sakit dari putus hubungan dengan kekasih.
tak pa lah, semunya perlu aku telan.
tak rasa sekarang mungkin aku akan rasa pada masa depan.
terimakaseh hidup.
:)

you still make me smile even
you are the main reason why i'm crying,awak



membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
membuatku merasakan yang telah terjadi
semua yang terbaik dan yang terlewati
semua yang terhenti tanpa ku akhiri

kau hancurkan hatiku
tak tertahan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
kau terangi jiwaku kau redupkan lagi
kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

peterpan ; ku katakan dengan indah


i'm done with all the stuff


just now, baru update the disember intake of uitm. change the course again and i only have one left chance. ouh,may be lepas ni tak tukar dah kot. still, i'm not happy with the course that i choose. i mean for the pilihan 4 5 and 6. entah apa apa la course aku ambil tuh. cheessseee!

i'm not good in science. so tak kan la nak ambil science pulok. biologi,fizik and kimia pun cukup cukup makan ja for SPM result. and i'm not good in mathematic even though my math's result for SPM boleh laaa lepas. HARHAR. don't think my dad is an officer bank anak dia pun teeerrrreeerr gila mati dalam math. mampus la kalau aku keja bank, memang cepat bank tuh krap. =P
engineering? lagi laa lawak kalau aku ambil. belajar asas for structure pun sakit otak dah. grrr. bonda & ayahda, sorry lah. anak mu ni bukanlah berkerjaya nak jadi doktor la,engineer lah, acountant lah. heh.

nak tahu aku ambil course apa? dah mesti ada yang gelak. =,="

Program Pilihan 1
:
# MC221 - SARJANA MUDA KOMUNIKASI MASSA (KEPUJIAN) (KEWARTAWANAN)
Program Pilihan 2
:
# MC223 - SARJANA MUDA KOMUNIKASI MASSA (KEPUJIAN) (PENYIARAN)
Program Pilihan 3
:
IS220 - SARJANA MUDA SAINS PENGAJIAN MAKLUMAT (KEPUJIAN) (PENGURUSAN PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT)
Program Pilihan 4
:
CT224 - IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (PENULISAN ARTISTIK) KEPUJIAN
Program Pilihan 5
:
CT223 - SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (SKRIN) KEPUJIAN
Program Pilihan 6
:
CT226 - IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF (PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF) KEPUJIAN

nah. kan dah cakap. cacabarma punya pilihan. dah tak tahu dah nak ambil course apa,aku tengok yang ada kreatif kreatif tu la aku bubuh =,="
jangan tanya la kenapa takdak course architecture. aku dah bagitahu dah dekat post sebelum ni. aiigggooo.

tak pa la apa apa pun. my passion still in journalism. kalau ada suara sumbang memaki hamun aku pasai aku ambil masscomm aku redha ja la. mulut orang sapa boleh tutup. as long i didn't bother them its fine for me. wish me luck and pray for me. hope i got the interview ^__^

next thing, google pasai course penyiaran. ai masih kelabu asap apa punya course tuh T____T

my heart doesn't fit you anymore, mr.Q.


saja tetiba teringat zaman kelam. saja nak patah balik zaman tingkatan empat yang broken heart bagai gila. saja nak teringat masa air mata gah bermaharaja-mat-lela. semuanya saja sebab kalau tak saja semua tak jadi.

dulu,kita kawan baik. saya kenal awak masa hujung tahun darjah enam. lepas habis upsr baru la saya tahu dunia it. tu pun curi curi online. saya tegur awak sebab nama awak sama dengan nama saya. mulanya saya tak percaya. saya tanya awak dua kali betul kah nama awak macam saya. awak iya iya cakap ya. okeh saya percaya.

awak mintak email sebab nak add saya dalam msn massenger. saya bagi. mula saat tuh kita rapat. kadang kalau tak chatting pun kita balas balas email. awak kirim kad saya balas kad. saya suka kawan dengan awak sebab awak baik even kita tak pernah jumpa pun sebab awak duduk jauh.

bila naik tingkatan dua saya kena pindah sungai petani. malangnya line internet tak ada. biasala, kawasan baru, ibunda pun tak sempat bubuh line telefon (even sampai sekarang pun masih tak sempat =,=" ). saya beranikan diri mintak no fon awak kalau kalau saya tak sempat balas email awak. nasib awak bagi. since that day kita jadi makin rapat =)

sampailah naik tingkatan tiga kita masih bersahabat baik. betul, awak lah kawan paling baik saya pernah ada sebab saya in new town,kawan tak ramai. awak ja faham saya. tapi saya tak pernah bagitahu awak saya in crush dengan awak since tingkatan dua. since saya mintak no fon awak tuh. saya simpan saja perasaan saya sebab saya tak nak hilang awak sebagai teman baik.

saya selalu cerita pasal cinta monyet saya dekat awak. awak banyak bagi kata kata membina dekat saya bila saya gaduh dengan dia. awak sabar. even masa tuh kita dua masih mentah tentang dunia dan cinta. sampailah bulan jun 2004,awak luahkan isi hati awak dekat saya even awak tahu masa tuh saya ada boyfriend. saya kaku tapi saya jugak luahkan isi hati saya dekat awak.

tanggal jun 3 kita couple. saya suka sebab saya ada awak. saya putus dengan dia sebab awak. bunyik bodoh kan? tapi masa tuh masih mentah. tapi hubungan kita tahan tak sampai dua minggu ja sebab awak kata awak nak fokus dalam PMR. saya redha sebab tu alasan munasabah tapi awak tak tahu saya kecewa agak teruk. lepas pada 12 jun tu kita tak pernah berhubung sampai lah paper terakhir PMR. awak contact saya dengan nombor baru. awak tahu, saya happy gila sebab awak tak pernah lupa saya macam mana saya tak pernah lupa awak. kita kawan baik balik. awak selalu sembang pasal bola sampai saya pun dah ter-minat bola.

awak tahu, saya tak pernah berhenti suka awak lepas kita break. awak ingat lagu tema kita? only one ; yellow card? kalau lagu tu ada dekat hitz.fm masing masing akan hantar meses kata lagu tuh on air. saya tersenyum. awak cuba nak cakap sesuatu tapi saya selalu buat buat tak faham. sebab saya takut hilang awak lagi sebagai teman baik. tapi kita masih lagi tak pernah jumpa each other even dalam gambar pun.

sampai lah januari 12 2005 awak mintak couple balik. awak cakap awak tak boleh hilang saya bla bla bla !@#$%^&*. saya terima awak. tapi sebelum tuh saya ada cakap yang saya memang tak chantik.saya hodoh.saya gemok.saya gelab. tapi apa awak kata,awak terima saya seadanya. awak tak kisah semua tuh.

tapi suatu hari bila awak nak jugak tengok saya,saya bagi gambar. saya letak dalam alam maya. awak tengok. lepas tuh 3 hari awak tak meses saya. saya bingung tapi saya tahu dah kenapa awak act macam tuh. sebab saya tak sesempurna yang awak fikir. kan saya dah cakap saya macam mana.

masuk hari ke-empat awak meses. awak cakap awak nak pergi sekolah teknik dan hari tu jugak awak mintak break sebab saya bukan yang awak inginkan. awak lupa janji awak. masa tu awak tahu tak tarikh berapa? februari 12 2005. sekarang awak tahu kenapa saya tak suka bulan februari?

since that day kita jarang berhubung. awak dekat asrama saya pulak kecewa terok gila sampai obses diet. mata bengkak bengkak pergi sekolah sebab setiap malam menangis. saya ingat lagi hari awak mintak putus saya jerit dalam telefon kata awak jahat.

lepas pada kejadian tuh saya tekad nak lupa awak. saya tukar nombor. saya bagi alasan nak SPM tapi sebenarnya saya nak lari dari awak. saya nak lupa yang kita pernah jadi sahabat baik lebih kurang empat tahun. saya kecewa tapi awak happy ja.saya faham. awak tahu kenapa saya susah lupakan awak? because you're my first love, M.F.A.G

tak kisah macam mana sekalipun,
aku dah buang kau jauh jauh mr.Q

sepanjang 5 tahun aku tutup pintu hati aku,aku tak percayakan lelaki 100%. aku tak kawan dengan lelaki sebab aku fobia. aku tak nak sahabat baik aku lelaki sebab aku takut benda yang sama jadi. aku tak percayakan cinta segala nih.

jadi sekarang dah tahu kenapa aku penakut dalam semua hal ni? even baru kena sekali aku dah serik. tapi bila lepas 5 tahun aku bukak pintu hati aku dan aku mula jatuh cinta macam ni pulak cerita. kenapa lepas 5 tahun?sebab aku susah nak suka dekat orang yang aku betul betul suka. err. WEML, ini cerita aku,cerita kau macam mana pulak?



goncangkan hati.





like seriously i love this song
terasa nak menari nari macam stacy
tapi aku kayu,mana pandai menari =,='

whatever lah,lagu nih best hehe
thumbs up stacy :)

p/s: kalau boleh ai nak potong rambut pendek macam stacy
macam dalam video clip nih.
tunggu la nanti ^__^

surat untuk orang nun jauh di tanjung malim


dear nenda sepet,

ai tau yu sekarang tengah hilang pertimbangan hati. hilang keyakinan diri di sebabkan manusia bernama lelaki. tapi apa boleh kita buat sebagai manusia bernamakan hawa? sabar banyak banyak. itu ja kunci hati kita. ai penah rasa apa yu lalui sekarang. rasa macam di ignore gila punya ignore. rasa kita ni tak wujud ja depan depa. lagi terok kita ni di label SYIOK SENDIRI. sakit benar kan? depa tak rasa macam mana kita rasa sakit. depa tak nampak semua tuh. depa datang suka hati depa pergi bawak diri sendiri. yang kita pulak terkapai kapai dengan satu juta tanda tanya dan persoalan.

sekarang ai nak mintak maaf dengan yu banyak banyak sebab kenalkan dia dekat yu. ai rasa bersalah gila sebab in the end he broke your heart. end up yang ada big question mark. ai bukan lah matchmaker yang bagus. sedang kan ai pun belum ada special bla bla bla lagi. dah tu ada hati nak kenalkan guy kepada yu =,=" sekarang bila yu sedeh ai pun sedeh sebab kembar mata ai dalam keadaan hati hancur.

ai harap yu dapat move on. sebok kan diri. ingat mak ayah family. kawan kawan ramai support yu dari belakang. yu jangan la sepi sepi kan diri lagi. ai risau kot kot yu marah kan ai. yala, sebab ai kenal kan dekat yu, then yu patah hati, then yu diam ja. cerita cerita ja dekat ai, ai sanggup dengar. kalau yu boleh bagi tumpang bahu yu tika ai hilang pertimbangan hati kenapa ai tak boleh pulak kan? may be ai jauh dari yu tapi ingatlah persahabatan selalu dekat ja dekat hati =)

sudah. lepas ni jangan sedeh sedeh lagi. ingat ayat ai bagi yu "ALLAH selalu beri kita jumpa orang yang salah sebelum dia betul betul bagi jumpa orang yang betul kepada kita". jodoh yu ada di luar sana. ingat tuh ya =)


sahabat,
sepetkuasadua =)


disember intake for uitm dah bukak,tapi


ya. ini yang aku tunggu tunggu selama hampir 3bulan memerap diri kat rumah. seriously memang tak sabar gila nak bau buku buku. ok lah sebenar tak sabar nak jumpa environment baru.hee. tadik lepas subuh saja la bukak website uitm. bak kat aizat intake uitm sahaja dah bukak pada 16 ogos. its mean yesterday la.

so belek belek course semua nah amek ai tergamam depan laptop. saraf otak tiba tiba kaku. ok, like i said before memang aku nak ambil masscomm in journalism. punya la bodo aku ni, "oh uitm tadak jounalism pun?" ngadu kat ibunda. dia cakap "nak amek journalism kena la amek kewartawanan dulu,". haaaa tudia. phaliq singh walia la pulok =,=" tu ja first impression otak aku bila ibunda bilang sebegitu. kawan dia kata *yang jadi lecturer masscomm* kena ambil kewartawanan dulu kalau nak journalism. ok phaliq sila jerit sekarang =_________=""

itu satu hal. seperti sedia maklum, masscomm punya course memang semua jugak la interview segala. and i'm the one yang zero-self confident kalau bab bab interview. seriously nak berdepan dengan orang orang atasan yang muka garang ala-ala hitler *ok bayangan aku ja ppfffttt* aku memang taaaakkkoooootttt nyah oiii T___T. mama,skip interview boleh? bbblllleeerrggghh

tapi aku ada buat back-up kalau kalau tak dapat uitm. aku mintak masscomm jugak tapi dekat unisel. sebab dah observed banyak ipts lain semua mahal mahal belaka seumpama bapak ai tokeh mercedes la kan. ceh. unisel laa antara ipts yang ai rasa tak mahal dari ipts2 yang lain. tapi kalau boleh nak jugak masuk uitm sebab tak nak menyusahkan bapak ai bayar segala pinjaman yang mahal mahal belaka. cukup la dengan course architecture yang lepas. nasib bapak ai maintain ada rambut =__="

ramai bertanya "kenapa tak sambung in architecture.sayangnya kalau belajar sampai dip ja,". firstly aku tak larat nak stand the tension of architecture. i'm afraid i can't go with the architetcure anymore. ya, semua course ada tension masing masing, tapi cukup la sampai dip ja tension archi aku tahan. lagipun my passion tak dalam architecture sangat pun. orang cakap bazir tiga tahun belajar buat rugi ja. bagi aku tak rugi pun, atleast aku belajar benda baru. aku tahu nak guna autocad even tak la terreerr mana pun. aku tahu apa itu scale ruler. aku tahu apa itu architecture. kenapa kau orang tak bebel orang sekolah teknik yang amek civil tup tup habis sekolah keluar jadi akauntan? sama ja weyh. mana mana belajar kalau passion dalam bidang lain just go on ja dengan apa yang di minati. aku tak nak menyesal kemudian hari.. errrmmm.

nah amek kau, panjang gila membebel. err. ok lah, tetiba hari ni kepala tumbuh batu pulok. sakit sangat perit. padah ketegaq tamau pi klinik. =,="


awak tahu tak awak lelaki kedua paling cooool lepas abah saya.


ok. petang semalam dah sihat satu malaysia sepenuhnya. dah boleh angkat beras sepulohkilo kira sihat la tuh kan dari dua hari lepas nak angkat camca pun tak larat. hehe. so semalam masih emo sikit banyak sikit. entah la. eerr


heeeee muka sihat
cuma mata ja bengkak
SEBAB?
!@#$%^&*


dah banyak kali dah saya bagitahu awak memang kawan paling coooooool kategori lelaki. saya bebai pi la macam mana pun. saya memberontak sampai nak runtuh bangunan sekali pun awak tetap nak kawan dengan saya. saya pulok termalu sendiri sebab bebai mak nenek kat awak *___*

kenapa awak sabar sangat? not every guys yang boleh sabar sampai macam tuh. tapi saya rasa kalau lepas nih saya bebai lagi awak mesti bengang kan? =D saya bukan nak perli tapi betul, manusia ada tahap kesabarannya. maaf kalau selalu buat awak rasa bersalah lagi =,='

kadang serius saya rasa pun tak faham kenapa saya nak bebai bebai kat awak. benda remeh pun kadang nak take serious =,=" ada ja kan saya nak carik pasal dengan awak. eerr tak tu bukan maksud saya,cuma saya nak awak bukak mata ja. tadak niat langsung nak bebai. tapi dah TER-bebai la pulok. sorry sangat sangat sangat.

bila saya baca balik meses saya hantar kat awak saya termalu sendiri pulok. gelak sorang sorang macam orang hilang akai pun ada. aha. tapi saya sukalah awak hantar meses macam tuh. macam pujuk tapi bagi awak bukan pujuk. saya ja syioookkk sendiri kata awak pujuk. tak pa la, saya kan selalu mengada. HARHAR =P

saya mintak maaf pasal post lepas. tah macam mana ada idea nak taip sebegitu rupa. maaf sekali lagi =,='



p/s: balik cepat, janji nak blanja ai tosey teloq kan?raya kat husen kata yu.HAHA =P


ini bukan mimpi lagi


masuk hari ni dah dua hari demam. cuma hari ni dah kebah banyak sikit.hanya selsema ja masih bermaharaja-mat-lela. heeee. semalam demam sangat lah panas bagai air yang baru didih. lepas berbuka posa terus tidur sebab tak tahan daulat nak berjaga lama lama. kepala bagai kena tindih batu. nak bernafas pun terseksa. sampai aidak meses tanya ok ke tak pun aku tak reply. sorry ya aida, semalam pukul 8 malam ai dah bungkang. hehe.

kalau la aku tutup mata dan bila bukak balik aku tak rasa apa aku rasa sekarang
kan best?
=,="


awak tahu tak semalam saya asyik fikir pasal awak. entah la kenapa tetiba awak muncul dalam saraf otak saya. mungkin sebab saya nampak awak dekat alam maya tapi awak tak tegur. tapi tak pa la, saya dah tak kisah awak nak tegur ke tak. pasal meses pun saya dah tak kisah awak reply ke tak. saya tahu awak sibuk. itu ja saya set mind saya.

tapi semalam masa suhu badan saya yang panas bagai tuh tetiba saya termimpikan awak. awak tahu apa awak buat dalam mimpi saya? awak concern gila pasai saya. awak tanya saya ok ke tak? awak tanya saya macam mana? awak dan saya sembang macam macam. awak gelak saya gelak. tapi location dalam mimpi tuh samar samar. awak tahu, saya terharu gila awak layan macam tuh. tapi bila saya bangun sahur tadik saya sedar semua tuh mimpi ja. mimpi yang memang tak akan langsung jadi realiti. saya tersenyum bodoh.

masa aida hantar meses tanya saya ok ke tak malam tuh saya harap awak jugak akan hantar meses macam tuh dekat saya. tapi awak tak tahu langsung saya sakit demam bagai. saya malas nak bagitahu awak. sapa la saya ni kan. errmm.

kadang saya rasa saya tak patut bagitahu saya suka awak. sebab suffer bila dah bagitahu saya suka awak lain dengan suffer bila awak tak tahu saya suka awak. dulu masa awak tak tahu, saya gila bayang sorang sorang. saya sakit sorang sorang. saya tahu awak tak tahu sebab saya tak bagitahu. tapi bila saya kalah pada hati, saya bagitahu awak, tahap suffer dah maximum. nak describe pun tak tahu macam mana sebab saya sorang ja rasa. haa padan muka saya, i deserved it =,="

bila awak cakap awak bersalah segala saya pulak yang rasa bersalah balik sebab saya drag awak dalam semua nih. for the last time, tolong la jangan rasa bersalah segala. saya cuma luahkan apa yang saya rasa. tolong la, jangan rasa bersalah lagi,ok?

dulu first time awak jumpa saya,awak dah kutuk saya. awak bagitahu adik saya cakap kata-kata saya hegeh gila masa kita berbalas komen dekat myspace. saya terima sebab saya tak perfect. tapi awak tak tahu first time saya jumpa awak saya dah tertarik. saya cair tengok awak senyum. tapi tu semua dulu. bak kata awak zaman budak budak =)

tapi sekarang saya dah muak dengan flow flow nih. saya harap lepas nih awak tak meses or contact saya dah. betul, saya harap awak tak meses dah. awak buat lah hal awak, saya buat hal saya. ini ja jalan terakhir saya nak lupakan yang saya pernah suka awak.

saya pernah cakap, jalan terakhir saya akan buat ialah saya akan undur diri jadi kawan awak. awak kawan yang cooooooooooool and baik sangat. saya tak sebaik awak. saya si bebai. saya si hegeh. tipulah kalau saya kata saya tak sakit bila saya buat semua decision ni. tapi saya kena buat jugak jugak. maaflah if the last thing i should do is hurting you. i deserved to move on, M.A.S.


sorry sangat sangat.



terimakaseh ogos sebab bagi ai demam.


di sebabkan dah lama antibodi ni penat bekerja dalam badan aku hari ni tetiba dia ambil cuti. penat dah nak jaga badan aku dan sekarang hidung aku semak dengan mukus mukus yang berkaler hijau dan putih. tekak aku dah tumbuh traffic light merah dah. mata aku panas dan berair macam gunug berapi punya lava. suhu badan aku rasa dah naik 37 kot sebab aku rasa panas semacam. ok ubat jangan kau dekati aku, kau musuh ketat aku =,='

aku demam bukan lah alasan aku boleh tak posa. posa harus di teruskan sebab time demam mana la nak lalu tengok makanan *coih,kenyataan tipu.haha* . aku pulak bukan pesakit yang mematuhi arahan untuk makan ubat sehari tiga kali. kalau boleh tak nak makan langsung pun tak pa. tapi di sebabkan jeneral besaq ni ada mula lah dia nak start lempaq peluru dush dush dush kat aku.

dan tadik lepas balik hantar anis sekolah terus aku bungkang. TV membebel apa pun aku ignore ja sebab aku rasa tidur lagi heaven. nak nak pulok aku sakit kepala hidung tekak badan pakej semua siap apa lagi mari mari bermimpi. dan saat saat roh aku nak kembali kepada jasad boleh pulok aku dapat mimpi pelik macam tuh tapi memang moden laa. giiiillllllaaaa la lu, ai memang suka tapi ishk takut pun ada. hahaha. dah bangun senyum sorang sorang pulok. heee. bodo kau paliq ^__^ terimakaseh la ye mimpi. HAHA


nah muka sememeh budak posa tapi demam
bak kata aidak ai penakut makan ubat
heee memang pun aidak =P


paru paru sebelah lagi mana awak pergi?


ai rasa macam nyawa ai hilang separuh. paru paru sebelah lagi berdegup perlahan sebab kekasih hati diam menyepi. meses tak balas. game sahur pun macam tak wujud ja tahun ni. yu kenapa? marah ai kah? ai tahu yu busy tapi jangan la menyepi macam ni T__T

yu tau apa yang ai paling rendu? masa kita pi uum dulu. masa kita makan kfc dekat perlis sebab yu belanja ai cheesy wedges. masa kita sesat dekat jitra. masa yu silap masuk highway then yu gelabah. masa kita sembang sembang pasai crush masing masing macam mana kita kecewa dengan depa. masa ai spontan tercakap TAPI BEST KAN lepas tuh jadi trademark untuk hari kita tuh. yu ingat dak semua tuh?

mula mula masing masing malu nak bergambar. tutup muka la. tutup mata la. konon orang tak nampak laa. haha. tapi memang tak dak orang pun. heee. ai macam rasa muka ai comel masa nih. yu tak marah kan? ^_^

ai rendu nak buat aksi gila snap pic dalam keta dengan yu. yu pulok tak kisah aih apa aksi ai suruh buat. lepas tuh masing masing gelak. yu pun tau ai memang gila. yu tak kisah pun ada kawan perangai se-gila macam ai.

yu sampai bohsan menunggu ai syiok sendiri tangkap gamaq. tapi yu tetap tunggu ja sebab ai tau yu kawan ai paling tak kisah bila mood syiok sendiri ai datang. yu tak pernah komplen pun kan?

ai paling suka saat nih. rasa macam nak berenti ja masa tuh. dan yu tak pernah kisah berapa berat kepala ai sekali pun. yu bagi jugak tumpang macam mana yu bagi tumpang bahu yu bila ai hilang pertimbangan hati. yu tetap di sisi.

bila ai dah buat ayu yu pulok buat buat poyo. tak pa la, yu tetap comel. lelaki tu ja tak nampak yu. kita sama sama move on ya?

dan gambar di atas dah tunjuk kita kawan sampai mati
tapi kenapa asyik ai ja ngorat yu.
bila yu nak ngorat ai?
HARHAR *poyo lebih ja ai nih*


tapi tak pa, yu kan kekasih hati sepet ai
^____^



sekarang memang ai rendu masa lalu. sebab tuh ai upload gambar gambar kita kat uum-jitra.
ai nak masa tu sebab kita boleh sembang sepanjang highway. yu luahkan apa yu rasa ai luahkan apa ai rasa. memang rasa segar bugar ja hati masa tuh.
walaupun kadang kita tak bersependapat TAPI BEST KAN?

where have you been nenda?
tak rendu ai kah?
T___T




ukur rambut di umbun sendiri baru tahu hitam original ka local.


nak mengharap lagi pun tak guna sebab peluang dah macam cermin yang makin di lap makin kabur. nak cakap tak kisah pun tak boleh sebab hari hari makan hati. tapi hari hari orang tanya "kau ok paliq?" bila jawab tak ok berjela la syarahan.

lupakan bab tuh. sekarang dah bulan lapan. bulan ramadhan. dah dua hari puasa. aku rasa heaven gila puasa dekat rumah sebab tak payah kalut fikir nak makan apa sebab kat rumah ada ja hidangan makanan yang sedap sedap =D bab pergi teraweh pulak alhamdulillah tak se-sesak masjid. pergi surau dekat rumah ja. tak pa la, kat mana mana pun asalkan ikhlas buat :)

dan sekarang nadi telinga dah ter-suka lagu yuna=penakut. aku rasa dah macam sesuai lagu tuh. heeee.bodo kau paliq. eyh tak pa la. kalau aku buat lagu sure tak laku. so support yuna punya lagu suda. aha. ok lah, layan lagu yuna tak pernah jemu. so kepada penakut penakut cinta macam aku, pergi la rehat kan nadi telinga dengan lagu yuna=penakut nih. sure tak menyesal.


genap sudah satutahunduabulansatuhari patahati.

lama mana lagi boleh tahan?kita tunggu saja
saya pun tak sangka se-lama ini saya suka awak.
macam mimpi pun ada saya pernah bagitahu awak
bak kata nenda,saya berani
tapi nenda tak tahu saya la manusia paling takut bila patah hati.
=__="

dan sekarang aku dah sedar
macam peribahasa aku buat sendiri
ukur rambut di umbun sendiri.
so sedar sedar lah paliq,ya?


hello cucuwanhamid.blogspot, kau sedeh lagi kah?



berkecai lagi hati tak bermakna aku hilang senyuman.



ramai bertanya kan "phaliq,kau ok ke?". "phaliq,kenapa blog kau sedih post postnya,". "kau sehat phaliq?sedih ja aku baca blog kau,". aku terdiam sebentar, memikirkan jawapan yang aku perlu balas dan aku berkata sambil tersenyum "biasa la kehidupan,"

kalau aku kata aku gembira menjalani kehidupan mesti orang boleh bau di sebalik pembohongan lagak okay aku. tapi bila dah sedih aku tak tahu macam mana nak bagitahu aku sedih. tak kan laa aku nak menangis depan orang ramai? melalui blog saja aku boleh bagitahu. sebab blog saja faham isi hati aku.

aku pergi bertapa hujung minggu lepas. bertapa kalau kalau aku dapat petunjuk apa yang aku fikirkan selama empat hari. tapi masih kosong. aku masih tak dapat buat keputusan yang okay pada aku dan orang lain.

masih ternyiang di sebalik anak telinga aku, " kau menangis sedeh sedeh nih dia pulak happy ja dengan hidup dia,sapa rugi? kau ke dia? dah la faliq,kau move on ja,". aku tahu tapi di sebabkan kebodohan aku nak menunggu benda yang memang aku tahu mustahil akhir cerita aku merana tah papa.

bagi peluang aku move on, boleh? hati aku sakit sangat sekarang.


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


yuna : penakut

because i love the way it hurts


i see your eyes
every time i close mine



its not the thing i should forget
but its the thing i should let it go.

=,=

cerpen kisah benar untuk awak


pahit manis tawar masin masam kehidupan dah pun aku telan.
lepas ni apa pulak?


semalam tarikh tamatnya kredit celcom saya. saya bergegas ke 7e untuk topup. saya takut kalau tiba tiba awak meses saya tengah malam. saya takut esok tuh saya lambat reply meses awak sebab kredit expired. demi awak, saya korban kan rm5 untuk topup walaupun kredit makin bertambah sebab saya tak meses sapa sapa pun. tak pa awak, demi awak rm5 tak jadi hal lah =)

semalam awak meses,cakap dah naik bus apa suma. saya terharu sebab awak bagitahu saya. walaupun mungkin saya orang terakhir awak khabarkan tak apa, saya rasa di appreciated sikit :) bila awak mintak diri nak tidur tak apalah janji malam semalam saya gembira dapat meses dengan awak.

hari ini, saya jumpa awak dalam alam maya sekejap ja. sebab awak online lambat sangat saya pulak kena offline dah. tak apa la awak, jumpa sekejap pun saya dah suka. janji hari ini saya dapat jugak chat dengan awak.

saya tak dok diam. setiap 5 minit saya pandang henpon saya. manatahu awak meses ke even henpon saya tak silent. saya tunggu kalau kalau awak ajak keluar ke. sampai tengah hari hati berdetak kencang, menjerit suruh meses awak jugak jugak. saya kalah pada hati. saya meses awak. 2 minit kemudian tiada respon dari awak. 15minit kemudian saya masih tengok henpon,jugak tiada meses dari awak,sejam kemudian masih sama. saya tak give up. saya masih lagi melihat henpon.

sampailah jam 3 petang, baru awak reply. tapi kan awak, masa tuh saya dah tak dak mood nak meses ajak awak keluar. saya dah tawar hati nak ajak awak tengok wayang. perihal awak lambat reply saya tak nak buat spekulasi apa apa dah. terserah lah awak nak bagi alasan apa pun. saya faham, awak letih. awak sibuk.

sekarang saya hanya nak tunaikan niat saya pada awak yang tertangguh dari minggu lepas. saya dah niat nak bagi awak kek untuk hari lahir ke-duapuluh awak. saya dah janji dengan diri nak blanja awak mekdi untuk hari lahir ke-duapuluh awak. lepas nih saya tak ganggu dah hidup awak sebab saya letih dengan semua flow flow ni sebab in the end saya yang sakit hati menangis sorang sorang. awak tak dengar sebab awak tak tahu.

awak cooooool sangat. saya pulak kuat bebai. kadang saya kesian kat awak sebab ter-lepas bebai dekat awak tak pasal pasal. baru saya sedar, awak terlalu baik untuk saya. saya tak layak untuk dapat orang sebaik awak.

saya buat semua ni tak mintak pun di balas jauh sekali nak tarik simpati awak. saya buat ikhlas sebab saya suka awak ikhlas. tapi sekarang saya kena faham awak suka kawan saja dengan saya. awak tak anggap lebih dari kawan. jadi untuk tak bagi saya sakit hati lagi saya kena undur diri kalau itu perkara terakhir saya kena buat. terimakaseh sebab jadi kawan saya ye awak. semoga awak sukses dalam bidang yang awak amek tuh. dan semoga awak jumpa perempuan yang betul betul awak suka :)

mungkin awak anggap saya ni gila atau tak tahu malu. tapi ini lah yang buat seseorang manusia tuh normal. saya tak pernah mintak nak suka dekat awak. jauh sekali untuk awak sukakan saya. ini ja takdir yang dah tulis untuk saya suka awak tanpa awak suka saya. saya terima sebab semua DIA yang tentukan. maafkan saya sebab ganggu awak selama hari ni. maafkan lagi sebab bukan apa yang awak impikan =)

terimakaseh M.A.S sebab bagi peluang kenal awak.


p/s: kalau saya tak bagitahu saya suka awak, kita dua kawan rapat macam ni tak?
rasa saya tak sebab dari dulu awak bukan pandang nampak saya pun.
tak pa, saya sedar sapa saya.
^__^

masa memang menyeksakan


kadang aku rasa layak kah aku bercakap pasal jodoh pada usia duapuluh-an? bukan terasa muda untuk di perkatakan tapi terasa banyak sangatkah pengalaman nak di titik berat kan? memang pengalaman sekeliling bagi kita sedar mana betul mana salah, tapi tak semua tu kita rasa. kita hanya pandang dengan mata kasar bukan dengan mata hati.

kalau dah bercinta semua nya suci. semuanya indah. tapi bila dah putus di tengah jalan mula la gelabah maki hamun segala. dan ayat terakhir yang di ucapkan "kita tiada jodoh". itu ayat sakti di mana tiada pihak boleh lawan. memang. semua jodoh di tangan TUHAN. kita berusaha ja untuk selamat kan jodoh sebab jodoh jugak salah satu ujian yang DIA nak bagi. untuk kita sedar bahawa perempuan di cipta untuk lelaki dan lelaki di cipta untuk perempuan.

semua manusia nak rasa di sayangi. nak rasa di miliki. tipu lah kalau kau kata kau tak nak semua tuh. fahamilah, kasih sayang keluarga dengan kasih sayang jodoh kita amat lain. kau gaduh sekalipun dengan darah kau, kau tak akan pernah bertukar darah. tapi kalau kau putus dengan jodoh kau, kau akan putus selamanya dan tunggu jodoh lain pulak datang.

semua manusia istimewa. di cipta ada perasaan. menangis hari ini esok ketawa riang. pasrah semalam hari ini tersenyum senang. tiada siapa nak di sakiti. tiada siapa nak di pinggirkan. ingat, jodoh tak akan kemana. 'dia' sedang tunggu anda pada hari yang sesuai untuk muncul =)


aku tak larat tunggu kau, aku tunggu jodoh aku ja

=,="


zaman ja berubah tapi memori dulu tetap ingat sampai bila bila


kadang kadang kalau duduk saja sambil goyang kaki tangan sebok menaip tiba tiba teringat sejarah lepas lepas. ini bukan lah sejarah pasai perang dua kedua atau sejarah tentang macam mana tanah melayu dapat kemerdekaan. ini sejarah asal usul kehidupan zaman hingusan tiba tiba teringin nak jadi chantik tapi tak tahu macam mana. hampek~

ya. aku mengaku kadang kadang sejarah lepas masih menghantui hidup aku sekarang. teringat zaman sekolah menengah. teringat cinta monyet beruk mak yeh. teringat zaman broken heart gila punya mati menangis tetiap malam. itu kalau zaman yang terok terok susah nak lupa. kalau zaman gula maneh melecaih lagi laa aku tak akan lupa. hari hati pusing gelak riang. hari pem-buli-an pengawas beramai ramai *selalu nenda la kena buli hehe*. hari tiba tiba nak emo gaduh dengan kawan kawan. zaman sekolah menengah laa paling kewl weyh. asam garam gula cuka semua ada. wah rendu rendu.


gaya rambut ala-ala punk rock
sebab lagu lagu depa pun syiioookkk punk rock habeh!


nah. aku hidup pada zaman simple plan. dan aku adalah perempuan kipas susah mati simple plan. ala ala die hard fans gitu. auuww bodo paliq =,=' tapi aku bukan la minah punk buat rambut macam trojan ka apa. cuma lagu lagu depa kena dengan jiwa aku. hehe.
kalau dulu mogok tak nak makan sebab kena bletiaq ngan mama, nah aku sumbat ja telinga dengan lagu lagu simple plan. tapi zaman aku mana la aku mampu beli ipod kejadah tuh. pakai radio sudah. radio lapok tu pun dah bagi anis. konon radio keturunan. hahaha



lagu lagu masih maintain bessstt
semua ada perubahan kecuali jeff n chuck ja masih maintain gaya rambut.
huhuhu



kiranya depa nih band paling lama la pernah aku minat selain nickelback.
yala, dua dua band superb!
i love both! :)





tapi sekarang semua tuh memori ja. kalau nak buat balik macam dulu memang susah. mana ada benda yang boleh ulang ulang banyak kali kecuali astro ja boleh buat. memori memori lepas semua simpan dalam hati ja :)




nah lagu kenangan waktu zaman kain biru baju puteh muka belemoih ai.
:)

perfect ; simple plan




pierre bouvier tetap menjadi pujaan hati ai. auuuwww bodo paliq =,='


head damage with this song :)


i LOVE this song
:)



"I miss everything about you
Can't believe that I still want you"

colbie caillat ; i never told you

^___^



hai ogos,aku harap kau akan baik baik saja =,='


bulan lepas banyak unexpected things jadi. macam macam lah. nak list down pun tak sanggup sebab ada part yang mengguris jiwa raga betui =,=' tapi percaya lah, semua benda jadi ada hikmah. kita merancang TUHAN yang menentukan. kuat kan hati phaliq =)

sekarang dah satu ogos. dah nak masuk 3 bulan membela diri di rumah ni. cepat la bulan sepuluh, nak jugak hirup udara udara buku. ceh yela tuh, dah dapat keluar pergi belajar mahu tahu menangis pulok nak balik. manusia, tak pernah stabilkan minda dan hati =,='

hidup makin hari makin susah sebab umor makin lama makin meningkat makin banyak benda nak kena fikir. tu belum kawen, belum fikir makan minum suami, belum fikir lampin anak anak, belum fikir bayar kereta rumah bil api air. dah la, tak sanggup pulok nak kenang semua tuh. hidup macam sekarang pun masih tunggang langgang. adoi~

kawan kawan dah banyak bagi semangat para para sakura kat aku. terharu gila sampai bawak aku jalan jalan pi kulim. terimakaseh banyak banyak. semalam hangout ngan anis and mama pi penang. tenang jugak hati dan fikiran. TERIMAKASIH TULANG TULANG ANLENE =)

so ogos, janganlah meng-disappointed kan hati dan diri aku lagi. nak posa dah, tak larat nak nangis bulan posa. leteh tau?


nah muka hati gundah gulana
mata pun serupa panda
=__="