hye labi, labu rendu kamu :)


first time mata ai nampak yu masa line up dekat medan senyap.
tertarik dengan jam adidas yu.
tapi tak sangka yu kawan baik ai sekarang
=')

bukan nak bising bukan jugak nak julang
tapi hakikat tiada yang baik yang ALLAH kurniakan selain dia
dia kawan waktu jatuh
dia kawan waktu gembira
dia jugak lawan di gelanggang untuk bertekak
tapi sikit pun tak pernah ubah hati untuk rasa benci

bila ai tau yu liverpool-rian ai jugak nak sebok jadi chelsea-rian (ah pelik gila bunyi.HAHA)
tapi ai tak terror bab bola, yu lagi expert.

yu atlit sekolah. jaguh relay. sapa tak kenal yu kan?
ai tukang sorak tepi padang ja. tolong cabut rumput tanda geram kalau team rumah biru kalah. sapa nak nampak ai kan?

yu pengawas sekolah. tapi kesian selalu kena buli jugak.
ai la selalu buli yu. tapi tak bermakna i'm using yu.
hakikat la kalau jadi budak senget macam ai.

yu suka gila mati dekat dido
tapi ai mengantok bila dengar lagu dia

ai suka gila mati dengan movie harry potter
tapi yu siap nak bawak tilam bantal lagi bila ai ajak tengok movie tuh

sebab nya ai tahu, kita sama sama belemoih sampai sekarang
kita sama sama sepet tak boleh buat apa dah
kita sama sama tahu arwah yasmin ahmad punya movie semua best best
kita sama sama tak suka CR7 sebab nampak sangat dia tak hebat mana pun
dan yu patut tahu orlando bloom bukan gay sebab dia dah kahwin dengan miranda kerr
=D


bila ai cakap impian ai nak jadi jahat yu selalu gelak then cakap

"you nak jadi jahat? tahan la seminit,"

ok, terimakaseh nenda si tukang bebel sampai ai tadak chance nak bebel jugak.

orang cakap kalau ada kawan baik ni kita tahu semua tentang dia. time bila dia sakit. time bila dia tengah down. itu memang tak mustahil. tapi aku dah kawan about 8 years dengan nenda tapi sampai saat ni aku tak tahu nenda sepet ni punya feveret kaler. serius aku tak tahu. gila kesian jadi aku. sorry nenda! =,="

kadang kita tak sedar tisu paling best ialah bahu kawan baik
bukannya tisu jenama scott tuh :)


ai olok olok anggap yu suka kaler hitam,boleh?
sebab yu suka pakai tudung hitam. HIHI.

"u jgn sedeh
xmau sedeh
nk tgk mata u kecik sbb gelak ja
xmau tgk u pejam mata nanges" - safia sulaiman =')


i love you,cikgu safia

kawan kain biru baju putih yang tak pernah di lupa kan :)


november 29 2010, berjumpa dengan perempuan perempuan kesayangan saya yang dah lama jugak tak ketemu. tambah tambah nobby. three years jugak kan kita tak jumpa. yang aku tahu after SPM la tak jumpa since hang pindah pi KL. and also wan hazirah, about 11 months kot eyh? yang ai tahu before you fly pergi sydney la. by the way tengs for the key-chain tuh. made in aussie tuh. HEHE =)

so we meet up at Village Mall. and tengok movie cerita rapunzel. best gilo cerita tu. LAWAK NAK MAMPOS! then dah habis movie fatin and nobby kena pulang. jes and wan jumpa wani dekat oldtown. sorry weh tak dapat join kat oldtown, aku kena bergegas ke bank pulok. HEHE.

and for sure soalan yang tak pernah terlepas dari mulut wan and jes bila jumpa aku,

"haa faliq. apa cerita? dah ada ehem ehem?".

tanpa segan silu tapi tersipu sipu senyum ja yang mampu lalu aku cakap "tadak sapa lagi aih. single mingle lagi,"

"ala, tapi status nak sedeh ja tengok,".

"biasa la hidup.hehe,"

tunggu la aku hantaq kad kahwin terus nah. 6 years from now i guess. HEHE =D insyaALLAH kalau dah sampai jodoh :) tak pa la, kita tunggu nasik minyak jes dulu since dia dah lama ada boifren. kan jes kan? HEHE =D



will we still be best friends 10 years from now and forever?
OH-MESTI-LA-KAN-SAPA-LAGI-YANG-FAHAM-PERANGAI-SAKAI-GEDIK-KITA

^__________^


baca dan faham :)


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.



Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.



Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,



aku terbaca artikel ini di facebook seorang junior aku dan aku sangat tertarik dengan perenggan terakhir artikel ini. tersentuh hati =')



reunion geng rompakan 909


aku memang rendu gila pada ahli kumpulan geng rompakan 909. banyak gila kenangan dulu yang pernah kami empat buat. setelah hampir 6 bulan tak jumpa (melainkan joo, orang terjauh yang susah nak jumpa HAHA), kami empat di persatukan pada majlis perkahwinan kak ton and abang wan 25 november 2010 haritu. tikan and ifa check in di rumah aku ^___^

jumpa ja depa dua ni pok pek pok pek dok bercerita. banyak gila benda nak story story sampai tunggu giliran la nak bercerita :)

ok la malas story panjang panjang. mereka dua stay 4 hari 3 malam saja di sebabkan ifa ada convo ahad ni. tikan pulak ada hal nak di uruskan. tak pa la, atleast kami empat dapat jugak lepaskan rendu :)


kami tiga saja di sebabkan joo sibuk melayan tetamu masa kenduri. gambar from kamera henpon cabuk ja. aku memang sangat geram pokok nyok la hari kenduri tu sebabnya bawak kamera without memory card nak tangkap macam mana????!! gambar tadak save apa aih. gila betui !@#$%^&*. terpaksa la mengunakan khidmat henpon cabuk tuh.ngek la paliq T____T

**tutup kisah kenduri haritu**

jumaat, 26 november 2010. bawak mereka pi penang. jalan jalan kat Queensbay. pergi kereta asing sebab joo nak tunggu fik sembahyang jumaat. jumpa mereka di QB but pukul lima petang baru nampak batang hidung. hehe. then si fik teringin nak pi padang kota. ok la, aku mengaku aku tak pernah drive sampai ke padang kota. selalu orang bawak ja. tak ingat jalan. try meses mama tanya lalu kot mana. ok, cuba beranikan diri jugak. dah sampai padang kota detik dalam hati "ala kacang buncet ja la jalan nak mai sini". bunyi agak belagak di situ. cuba tauk aku kat gurney, sah sah tak reti dah nak balik sp. HAHA.

makan malam di padang kota. gila, baru nak duduk kena ambush macam buat salah ja. tanya nak makan apa minum apa. ok, aku and tikan dah set mind nak makan char kuey tiaw. yang lain nak makan pasemboq. haa sekali datang hambek kau char kuey tiaw gila masin macam garam tertumpah! tapi ni bukan masin garam, ni masin kicap. bblleeerrggghhh memang aku dan tikan makan tak habis laa. T___T

muka penat tunggu fik & joo & farish datang. sempat la bergambaq sat. HAHA.

ifaa, muka pasrah makan pasemboq rm25. haa gila ka tak gila sampai rm25!

ada kejadian la di sebalik gambaq ni. kena percik ayaq kelapa dua kali di sebabkan gagah nak korek isi dia. padan muka! muka habeh belengaih dengan aiyaq nyok =__="

me & ayish. gaya dia tangkap gambaq. gambar shaking sebab tukang ambik gambar tu tangan parkinson. haha. sapa tak kenai joo ^___^

joo & fik
:)

minum kelapa ja nak bagi kenyang perut
kesiankan kat kita tikan T____T

ok la aku sorang ja retard, tikan maintain
=,="


si bapak yang rajin melayan ayish
huhu

muka terpaksa telan pasemboq rm25
huhu.sian ifa :D

duh! atlast! ada jugak gambaq empat orang
but kenapa farish pun sebok nak buat background bubbles tuh?
huhu

nanti jangan lupa hantaq kad kawen ya bila dah menjadi
cepat cepat kumpul duet, tak sabaq nak makan nasik minyak ampa dua
:)

sabtu 27 november 2010. hari semua dah balik. ifa bus pukul 9.30 pagi tadik. tikan bus pukul 2.15 petang tadik. waa. rumah sunyi ja tadak depa. gila rendu mereka dah. lepas ni susah pulak la nak jumpa tapi jangan lupa la ya honeymoon geng rompakan 909 dekat langkawi nanti. tak sabaq weyh! I LOVE YOU GUYS!! ^____^

4 tahun lepas dan jam untuk menjeleskan cikgu safia


saya calon SPM pada tahun 2006, no angka giliran KJ009A072 orang kedua terakhir kalau ikut list nama dalam kelas. belakang aku zinatul bazirah, depan aku wan hazirah, kiri dan kanan tak ingat. kedudukan di tengah tengah. 4 years back, i still remember how the heartbeat feel. first paper kalau tak silap paper seni visual 1. but itu tak terasa sangat ambil SPM sebab just calon yang ambil paper pendidikan seni saja yang masuk dewan SPM. students lain still study paper BM yang akan menjelang nanti. but the dup dap dup dap in my heart still terasa. takut semua pakej lengkap. masih ingat. semua calon kena line up dekat medan senyap. then ada baca doa sebelum masuk dewan.

and paling tak boleh lupa bila paper paper yang killer pecah kepala hotak iaitu add math, fizik, biologi and kimia menjelang. segala formula formula, eksperimen eksperimen semua kena ingat. serius, i'm not a science's brain. kalau di beri peluang aku rela ambil kelas sastera =.="

then paper terakhir (kalau tak silap) seni visual 2. relax banyak paper tu walaupun aku tahu aku tak cukup masa. haha. banyak lenggang sangat buat seni. tapi bila pengawas peperiksaan tu cakap dah habis masa time tu hati sangat lega. semua beban dah hilang. cuma tunggu result SPM saja nanti. keluar dewan dengan senyuman yang panjang ^_________^

and now my sister punya turn pulak nak ambil SPM. bezanya dia nampak lagi relax banyak dari aku. ok budak budak zaman la =___=" and now i miss school sangat sangat!!!!!!!!!!! to anis, good luck la dalam SPM. its your future.

dan perkara yang paling aku ingat 2 weeks after paper seni visual 1, aku dah berhijrah :) masih ingat 18.11.2006 (i tau ni time bday anis =.="), aku dah start pakai tudung. satu pencapaian yang paling besar aku pernah buat. i'm proud of my self. nobody forced me even ramai yang bagi nasihat. yes. pintu hati dah terbukak (: but i'm slowly learn to wear it walaupun saya memang failed dan senantiasa nampak comot until now bila bab pakai tudung but atleast i'm learning. tu semua terjadi masa SPM 2006 :)

GOOD LUCK FOR SPM CANDIDATES!


and now i miss my other half. i miss my kembar sepet. dia sekarang dekat medan perang. tengah berentap dengan final exam dia. sabo ya nenda. 2 weeks ja. then you balik la mai sini kita ronggeng puas puas. HEHE. but motif utama yang i nak bagitahu you ialah i pun ada jam nickelodeon laaaaaa. jam background gambar sandy lagi you tau tak (even i lebih sayangkan patrik starfish.HEHE).

see, i told you so. i tak pernah tipu you. even i nak tipu you mesti bau i tipu you. you kan ada lebih dari 6 deria. memang tak dak peluang la i nak tipu you T___T. ok back to the motif mesti you tertanya tanya mana i dapat jam nih sebab KFC mana ada buat free gift jam dah kalau ambil set chicky meal. tapi sekarang KFC buat free gift spongebob & patrik kalau kita beli chicky meal set. oh bonda, jom pi KFC! T___T

ok lari topik lagi. sebenarnya i curi jam zara. tapi first time tu dia dapat bau jugak i curi jam dia. berebut jugak weh nak ambil jam ni. siap marah i lagi kata "KITA SHARE LA!!" dengan membeliakkan mata dia i pun kalah =,="

i tukar dengan g-shock i. dia ambil g-shock i, i ambil jam nickelodeon dia. ok i tau you tak caya. you tau i buat apa? i punggah laci cari jam mickey mouse dia. i cakap "kek ka pakai jam zara yang ni, zara pakai jam mickey mouse ni dulu nah,". dia setuju tapi still cakap "KITA SHARE LA!" =,="

lama lama bila dia tak sedar i masuk kan jam nickelodeon dia ni dalam beg tangan i. MUAHAHAHAHAHAHAHA. jahat dak? jahat dak? tak pa i tau you akan cakap apa "ala, you tu boleh la jahat seminit,". ok terimakaseh nenda. janji i dah ada jam nickelodeon!!! even masa jam tu pun dah tak betol. hahaha

nah muka tak senonoh i. khas buat you. i tau you rendu muka gila gila i kan?? sebab i pun rendu you buat muka gila gila you. hehe ^___^


this one for you jugak. buat buat la ada angin flying kiss (i tiba tiba rendu zara punya flying kiss.HEHE). dan paling penting i suka mata i dalam gambar ni. dah terpancar i pikul banyak gila masalah. tengok mata pun tahu i nak sangat semua benda ni selesai T__________T. ok tetiba mood nak touching bagai pulok. dah story close. nenda cepat pulang. i tunggu you,CIKGU SAFIA! ^__^


keju cair dengar suara kau wahai arjuna :)




*faint*

okeh, firstly since day one i heard this song by nelly at hitz.fm hati dah jatuh jatuh dengan lagu ni. nelly you never let me down. since dulu you feat with kelly lagu delimma and then you came out with song ber-title over and over semuanya best best. nelly, you superb bebeh ^___^

then secondly i'm so melting with a guy who have ability playing piano. sebabnya jari jemari yang comel tuh pantas menari nari di atas piano. jari jari cantik macam maxim! oh maxim si gila piano yang aku adore gila! macam mana la nak main pantas macam maxim? T____T. bonda nak kawen dengan orang yang terror main piano. oh kenapa guru piano aku dulu perempuan ha? patut la sampai grade dua ja aku belajar. HAHAHA.

thirdly aku baru google pasal sam tsui. OMG! dia sangatlah hensem! mix chinese american. mata chantik. rambut chantik. suara sedap. dah la dalam video kat atas dia pakai kemeja kotak kotak. ya, saya tidak boleh melihat jejaka pakai kemeja kotak kotak dengan lengan di sinting ke paras siku. cair weh cair =___=" bonda nak kawen dengan dia. sam tsui ada taik lalat dekat tengkok. bak kata orang orang tua sapa ada taik lalat dekat tengkok maknanya penyayang. *faint again*



di sebabkan aku pernah bagitahu nenda aku nak sangat prince charming aku nanti nyanyi lagu just the way you are by bruno mars ni kat aku. gila sweet lagu ni. but tak pa la, malam ni mimpikan saja sam tsui nyanyi kat aku lagu ni. dah sweet dah. tak payah tunggu prince charming nyanyi dah. HAHA. ok saya nak pengsan sekarang sebab sam tsui main piano lagu ni. ya lagu JUST THE WAY YOU ARE dengan PIANO!!! =___=" *faint faint faint*

to jaja leman, sorry kacau you nah. k.faliq tak boleh download lagu lagu dia tatau pasaipa. before ni lagu lagu lain bolej ja download. sorry noh kacau kacau you. bila lagi kan nak kacau k.chik? hahaha =P


langkah untuk episod lain :)


kalau kita tahu apa akan jadi esok lusa hari ini jugak kita prepare untuk menghadapinya. tapi kita manusia. langsung tak punyai kuasa. cuma kena redha dengan setiap ketentuan-Nya. telan dengan semua yang kita dapat. pahit perit itulah ubat kehidupan.

jangan banyak bagi peluang. tak semua orang akan manfaatkan peluang yang di bagi. tak semua jugak akan hargai peluang yang ada. bila esok hilang peluang baru datang merayu cakap nanti tak buat lagi kesilapan lama. itu janji manusia. tapi sekarang aku tak nak dengar apa apa janji sebab jangan mintak apa apa peluang dah lepas ni. aku dah penat bagi peluang. simpan la peluang yang hilang tu sampai berkulat. kau kan suka buat macam tu :)

karma dah pun jadi. aku tak gelak. aku jugak tak cakap 'padan muka'. cuma aku ingat pesan bonda dan ayahda dan juga ustaz/ustazah bahawa ALLAH itu maha adil. DIA yang memberi DIA juga boleh tarik balik apa manusia ada. mungkin hati aku kecewa sekarang. mungkin bukan sekarang giliran aku nak rasa kebahagiaan. tak apa, aku percaya one fine day nanti ada bahagia di hujung jalan cerita aku :)

sekarang jangan kacau aku nak cari balik serpihan hati aku yang berkecai dulu.
jangan kacau aku nak kumpul balik semua kekuatan aku yang hilang dulu.
jangan kacau aku nak ukir balik senyuman yang aku tinggalkan dulu.
aku hutang kebahagian dekat hidup aku dan sekarang aku nak langsaikan nya.
dan tolong jangan kacau, itu yang aku pinta :)


" :( dun cry over someone who doesn't worth for us to bazir our tears. takes time though chill ;) "-sarah sulaiman. TENGS TOKEH! =')


you will never find a right person
if you don't let go the wrong one....
............and now i will let you go

:)


boleh aku lari sekarang?
lari tanpa sebakul masalah
lari bawak sekeping hati yang parah
untuk tatapan masa depan yang belum tentu cerah
tapi dengan harapan kembali tenang tak seperti orang yang kalah.


i've accepted the fact that things changed
my fairytale died yesterday



"you don't get another chance, life is no nintendo's game, but you lied again".
"next time? there won't be no next time".

love the way you lie ; rihanna ft eminem


"then this thing turned so evil,
i don't know why i'm still surprised".

"you hit me twice, yeah
but who's counting?"

love the way you lie part 2 ; rihanna ft eminem


aku tak tahu kenapa aku suka lirik dekat part tuh. ulang banyak kali sampai boleh hafal pun tak jemu. mari menyanyi lagi sampai sakit anak tekak :D


jangan pernah tanya mana aku hilang
jangan pernah soal mana aku sepi
jangan pernah kembali
kerana itu mungkin yang terakhir.

kisah kelmarin yang teruk


kelmarin oh kelmarin. kalau ingat detik kelmarin petang aku rasa itulah perkara paling gila dan teruk pernah aku buat. tapi apakan daya aku memang selemah alam ='(

serius, itu tindakan berani mati. menangis ter-esak esak sampai pengsan. hanya aku di rumah sorang sorang. masa tu memang tak ingat apa dah. sesak nafas sakit dada semua cukup pakej lengkap! aku tak tahu apa yang aku fikir. yang aku tahu aku nak lupakan semua benda yang aku dok ingat sekarang T__________T

26 missed call from safia's home. aku tahu dia risau bagai sebab aku send dua meses dekat dia bagitahu kondisi aku and apa aku buat ke atas diri aku. tapi masa dia call tu serius aku dah tak sedar apa dah. pengsan ikut dunia sendiri. lemah dah diri aku nak bangun. aku hanya ingat satu, aku nak tidur tak bangun bangun dah sebab aku tak nak ingat semua ni. aku tak nak ingat apa yang aku rasa sekarang ='(

then aku terjaga masa maghrib. memang kepala dah pusing pusing. tapi lepas isyak aku tidur balik sebab mata memang berat. lutut lemah. hati dup dap dup dap. tapi aku bukannya mengantok. mungkin effect ubat yang aku telan siang tadik. sebab itu badan selemah alam. nak berjalan pun melelong. kepala pening.

malam tadik dia meses. tanya aku ok ke tak. sah sah la aku tak ok. cuma aku malas nak bicara panjang sebab aku tahu end up aku akan gaduh dengan dia. aku cuba kawal emosi tak nak cari pasal ke apa. cuba tipu diri cakap aku akan ok. bagi masa saja. tapi betulkah esok esok aku akan ok? entah. aku pun tak tahu =.="

today, 10 missed call from safia's home. aku tak tahu no maxis dia ada call ke tak sebab henpon maxis dah mati nadi (bateri habis derr) dari semalam. hmm. sorry i can't pick up you call. belum bersedia nak bercakap. nanti kalau semua dah ok i will call you. T___T

dan sekarang aku tak tahu nak buat apa dah. serius. aku mintak maaf pada semua orang sebab aku selalu buat semua orang susah hati and rasa bersalah bagai. aku tadak niat pun nak buat macam tuh. tapi aku tahu aku dah ter-buat semua orang rasa susah hati and bersalah kan? maaf. dan sekarang aku tahu aku tewas lagi. sekian terimakaseh.

T___________________T



realiti itu bukan ilusi dalam hati


mungkin lepaskan semua itu ada baiknya
tapi mana nak cari kekuatan untuk terus senyum?



kalau ikut hati mati
dengar semua realiti lagi patah hati
telan perit biar betul betul pulih diri
terima dan redha,itu kunci untuk saat masa ini.

entry fynn jamal bertajuk "mahal" memang betul betul kena batang hidung aku sendiri. segala persoalan dah terjawab tapi kenapa aku nak terus mengejar? apa lagi yang aku kejar pun aku tak tahu. padahal dah tahu realitinya. dah tiada apa dah nak di kejar. TAPI?

suara belakang tabir banyak dah cakap "berhenti mengejar benda yang bukan milik kita,".
ada jugak yang cakap "dia milik orang. dia hak orang. jangan ikutkan hati untuk tunggu dia lagi,".

bila aku fikir semua tu memang betul tapi kenapa hati sangat kejam untuk seksa diri lagi? dah terang tang tang dah nampak cerita ni dah tamat. dia pun dah bagi hint theres no chance. phaliq, kali ni kau pulak kena bukak mata hati untuk terima semua yang jadi. ini bukan cerita dongeng.

ya aku dah faham keadaan. tapi bagi masa untuk hati memahami semua yang jadi. bak kata wani ardy "hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah".


"saya tak tahu kenapa saya boleh baik dengan awak. kenapa saya perlu risau apa apa jadi dekat awak. kenapa saya perlu ambil berat pasal awak sedangkan awak dah ada orang yang di kasihi. orang lain cakap tak salah kalau nak ambil berat tapi orang tak tahu situasi hati saya. kalau saya rapat dengan awak, saya sendiri akan patah hati. tapi saya ambil semua risiko ini sedangkan saya tahu saya selemah alam yang tak mampu nak lawan sakit hati sendiri. awak mungkin tak perasan sebenarnya saya takut pandang wajah awak. awak mungkin tak perasan bila saya emo emo bagai dan awak telefon saya saja tak nak angkat sebab saya takut nak cakap dengan awak. dan awak mungkin tak perasan saya ada depan awak. kan sanod?" *siggghh* =___=""


phaliq, kau kan kuat
='/


lagu ni buat aku teringat masa form 3.
ya. dulu gila mati suka lagu ni.
hafal pagi petang siang malam.
sebab lagu ni sedeh gila T__T


If I die tonight
You know it'll be alright
Just smile for me
Reminisce the fond memories

If I die tonight
Would I be forgiven
By all the people
I been slackin' with
When I was livin'?

if i die tonight ; too phat ft liyana


selamat hari raya aidiladha


kebanyakkan manusia dah upload gambar gambar raya korban mereka di facebook. semua gambar gambar mereka best best dan lawwa lawwa belaka. aku belum dan mungkin tak kot sebab gambar tak lawwa. dah la tak lawwa, sikit pulak tuh T_____T. bukan apa, photographer yang selalu di upah free tiba tiba demam pulak harini. so, just tangkap pakai selftimer ja. hasilnya, sangatlah kurang sopan. HAHAHA.

so raya kali ni macam biasa. tak meriah mana pun. salah satu sebabnya aku baru tahu kelmarin bahawasanya harini raya =,=" kan aku cakap, gila kesian jadi orang macam aku.hukhuk. macam biasa jugak, balik kampung kota kuala muda. abah jugak macam biasa raya kat kelantan dengan geng sana. dan macam biasa jugak jugak mama bikin rendang ayam dan daging.

yang tak best kali ni raya, abang di warded di pantai hospital petang tadik sebab demam tak kebah kebah and doktor suspek denggi. so keadaan agak kelam kelibut sikit. perancangan nak pi beraya terpaksa di batalkan sebab mama bergegas pulang ke sungai petani nak bawak abang masuk hospital. mintak mintak la demam biasa ja. tadak denggi denggi apa semua tuh. amin =,="

kesimpulannya, raya kali ni biasa saja. tak sambut dengan meriah mana pun. tak apa lah, janji ALLAH masih kurniakan nyawa dekat aku dan kaum family serta sahabat sahabat aku. alhamdulillah =)

we are happy family and always be :)
tengok abang, trying so hard to make a smile
^___^

tak tahu la apa gilanya aku ni
=___="

aniq si penyebok. padan muka kena dera dengan aku.
sapa suh dok tak diam sangat. hahaha

my paru paru kanan dan paru paru kiri

=')



SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM



kawan biasa hilang sendiri. kawan baik sampai mati.


i know i'm kind of a spoil brat friend. i spoil everyone's mood. senang cerita. aku musnahkan semua hati kawan kawan. aku banyak sakitkan hati kawan kawan dengan perangai kongkang aku ni. aku pun tak tahu kenapa buruk benor perangai aku ni. kuat touching. kuat emo. kuat menangis. kuat bebai. kuat sentap. kuat bebel. dan semua yang buruk buruk lah =,="

aku banyak buat salah dan aku banyak buat silap. mungkin sebab aku nak berubah di mana dulu aku tak pandai jaga hati kawan kawan. aku selalu abaikan kawan. aku selalu lupakan kawan. aku selalu buat kawan sentap bagai. dan sekarang ni, Tuhan dah bukak kan pintu hati aku untuk aku buktikan kawan kawan adalah segala-galanya :)

mungkin ada cakap aku baik hati sangat untuk jaga hati semua orang sedangkan ada orang tak pernah jaga hati dan perasaan aku. mungkin jugak ada cakap aku tak perlu bertindak nak puaskan hati semua pihak sedangkan pihak lain tak pernah peduli apa aku buat. aku just ingat satu ja pesan hassan (bukan nama sebenar) kawan baik aku, "jangan cuba buat musuh dengan orang. biar kita sakit. lama lama sakit tuh akan di gantikan dengan satu penawar yang amat baik". jadinya, ALLAH maha adil. aku ingat itu saja :)

kalau aku kuat emo ingatlah aku sebenarnya ber-muhasabah diri untuk jadi kawan yang terbaik.
kalau aku kuat terasa hati ingatlah aku sebenarnya rindu berada di sisi sahabat sahabat aku.
kalau aku kuat bebel ingatlah aku sebenarnya ingin menjadi penasihat terbaik di kalangan kalian.
kalau aku kuat bebai ingatlah aku sebenarnya mahu sahabat sahabat tahu aku wujud di dalam hati mereka.

=')


dan untuk kawan saya cik bahulu, awak tetap kawan sampai mati saya. even awak tak ada di sebelah saya dalam gambar tu doesn't mean awak di pinggirkan. awak tetap ada dalam hati saya sampai nyawa terakhir saya. sebab saya suka buat awak blushing sorang sorang =*)



aku adalah patrik si tapak sulaiman kaler pink yang bodoh tapi masih pentingkan persahabatan. aku jugak adalah spongebob si span kuning yang banyak cakap tapi masih takut hilang kawan. tapi aku bukanlah squidward si sotong hijau yang penting kan diri dan tak tahu langsung jaga hati kawan kawan. dan aku jugak bukanlah mr.crab si ketam merah yang gila kan duet tapi tak tahu macam mana dunia ni tanpa kawan kawan.



kawan bukan untuk di kianati tapi untuk di percayai.
jangan goyahkan kepercayaan pihak lain
sebab dengan kepercayaan la tali persahabatan ni timbul.
hargai kawan sebelum mereka mati
sebab kita tak tahu bila lagi boleh bersama
:)

i am a spoil brat for today.


bangun pagi air mata dah meleleh leleh menangis. macam budak hilang mak pun ada. sebabnya terasa lebih dengan kawan baik. bukan apa tapi tak tahu lah. sebab banyak sangat menyimpan kot. hmm. lepas tu on facebook gaduh lagi dengan orang yang sekarang selalu sangat aku suka cari pasal. tak tahu lah kenapa on chat ja ada ja tak kena. hari hari gaduh. penat pun ada weh. haiiih

lepas tu pergi hantar anis ke lagenda height for her class party at le boss and dalam hati aku cakap "nak lepak mana nih????VM? sure sure penuh!". ya VM memang full di sebabkan ada pc fair dalam tuh. end up aku pergi pelita konon nak pi makan la. dah parking cun punya betul betul depan pelita niat kat hati di batalkan sebab aku pun tak tahu kenapa. masuk kereta start enjin balik bergegas tanpa tujuan. tak roger sapa sapa pun untuk ajak teman lepak. entah rasa macam hari ni nak dating dengan diri ja. mukhsin pun aku tak bawak sebagai teman. hmm

ok. bila dah sampai dekat traffic light simpang empat depan balai polis sebelah saifuddin tu tiba tiba kereta depan aku ni meletup. eerr may be enjin dia kot meletup. asap berkepul kepul. orang orang dalam tu pun lari keluar. yang aku kat belakang dalam kereta pun panik. tapi belum keluar kereta la. "meletup la biar api keluar. biar mati kat sini. tak gaduh la fikir semua masalah nih" kata setan di sebelah aku =,="

tahu aku pergi mana? kalau bagitahu mesti orang gelak. tapi nak bagitahu jugak. aku pergi CS. ya. ingat ada wayang best kat CS tapi hampek. nak pergi mekdi tapi kaki belum kuat untuk jejak kat situ. gila kesian jadi aku. haiih. last last lepakkan diri dekat KFC saja. sorang sorang pulak tuh. haiiih.

dah habeh makan bergerak balik ke VM sebab nak tengok wayang apa yang best. malangnya cerita tak best pun. end up aku beli kotak comel ja kat kedai cina depan wayang tuh =,=" survey beg kamera hampek, tadak pulok. tapi kan D3100 mahal jugak noh. rm2139. boleh tahan harga. canon 500D pun around rm2399. gilo la. bila la canon nak turun harga pun tatau =,="

dah habis ke VM tak tahu nak kemana last last membawa kereta pulang ke sarang. konon lalu jalan belakang tak nak sangkut dengan kesesakan la. tapi lalu jalan belakang pun tak boleh speed. satunya banyak gila lori lori tanah lalu jalan tuh. bawak pun laju nak mampoih serupa naik kancil ka apa. haiih. dan sebab kedua tetiba ada polis. haaa. tetiba jugak aku jadi pemandu 60km/j. dan lepas pada polis still tak leh pecah rekod. takat 140km/j jaa. huuu. tak tahu lah kenapa bila mood macam kongkang lagi hati nak tekan minyak gila babing =,="

hari ni bila keluar sorang sorang banyak sangat mengelamun pasal problem yang menggunung macam gunung berapi. banyak sangat berfikir sampai otak pun dah stuck dengan masalah. lepas tu mula gelabah cari antibiotik sebab tiba tiba sesak nafas. ya stress. terimakaseh T____T


paranoid kehidupan


nak tunggu orang sekeliling berhenti bercakap pasal kita memang susah. dari segi baik mahu pun buruk. nak bagi mereka memahami keadaan kita lagi payah. semua yang kita buat bukan orang lain boleh terima.

aku pernah berada di bawah. selalu. dan makin lama di bawah makin susah aku nak kenal erti menang. bukan menang untuk di banggakan. tapi menang untuk buktikan diri ini laku di mata yang suka mengata yang bukan bukan. tipu la kalau aku cakap tak kisah dengan semua benda yang orang lain cakap even tak benar sekalipun tapi siapa aku nak tutup mulut mereka?

benda yang paling aku takut adalah masalah. aku suka lari dari masalah. ya! lari adalah jawapan terakhir akan aku buat tapi sampai bila nak selesai? tanam dalam diri, masalah tak akan pernah selesai. bila dah sampai ke garisan penamat sekalipun masalah akan terusan mengejar. kenapa? sebab masalah adalah sahabat paling baik dalam diri. tak percaya. fikir balik, kau orang hidup bukan sekadar untuk bernafas tapi untuk kenal masalah yang datang :)

kadang mungkin aku agak emo. mungkin aku suka mencari pasal dengan orang lain dan ramai jugak yang menjadi mangsa. kenapa berlaku? sebab aku tak nak orang lain buli lagi hati aku. aku tak nak orang lain bertindak menoreh perasaan aku lagi sebab itu kadang kadang aku bersikap agak kasar. self defend kata orang putih :)

kesimpulannya semua manusia paranoid dengan kehidupan masing masing. susah nak percaya dengan kebolehan sendiri. susah jugak untuk menerima kebenaran yang di ketahui. jadinya, ramai ramai berubah mencari jalan yang baik untuk di ikuti. sudah sudahlah sakiti hati manusia sesama manusia. tak penat ka sakitkan hati orang lain? (:


aku susah nak cari jawapan
untuk lengkapkan semua soalan
:)


sebab aku hanya manusia biasa :)


aku bukan di lahirkan menjadi seorang pendendam. bukan jugak seorang menyumpah seranah orang tak tentu pasal untuk menjadi seekor katak ke apa. tapi aku seorang yang lemah pertimbangan hati. banyak buat silap banyak muhasabah diri. banyak jugak bikin hati orang lain sakit. kenapa macam tu? sebab aku hanya manusia biasa :)

aku dan orang lain berbeza. mungkin aku tak se-peramah mereka. mungkin jugak aku tak pandai berjenaka. tapi dalam banyak banyak kekurangan aku jugak ada kelebihan. sebab itu manusia saling memerlukan. aku perlu bonda dan abah, mereka juga. aku perlu adik beradik, mereka juga. aku perlu kawan kawan, mereka juga. kenapa macam tu? sebab aku hanya manusia biasa :)

aku tak sempurna. mungkin ada segelintir manusia cuba berlagak sempurna. cuba memenuhi kehendak orang lain. cuba sedaya upaya menjadi ter-baik demi semua orang. tapi percaya pada diri, takat mana kemampuan kita itulah kesempurnaan kita. aku pernah paksa diri untuk menjadi orang lain. pernah jugak untuk menjadi hebat. tapi akhir cerita aku sendiri yang kalah sebab itu bukan takdir aku untuk menjadi orang lain. sekarang aku menelan kehidupan. cuba mula dari bawah untuk mencari balik 'kesempurnaan' aku dulu. kenapa macam tu? sebab aku hanya manusia biasa :)

ramai cakap aku si keras kepala. si kuat bebai. si hati batu. segalanya yang keras kalau di baling pun belum tentu akan pecah. tapi ramai tak tahu, aku sebenarnya hati lembik. hati bubur ayam mcD. segalanya yang lembut kalau rendam dengan air pun cair. sebab tu aku lemah. sekali ujian datang mula gelabah hati. hilang habis pertimbangan diri. sebab tu aku selalu mintak di beri masa supaya aku boleh fikir sebaik baiknya. kenapa macam tu? sebab aku hanya manusia biasa :)

keajaiban sering berlaku
melalui mata kasar ataupun mata hati
:)



kita tak pernah tahu apa akan jadi esok
kita tak pernah tahu apa akan jadi 2 minit akan datang
semua boleh berlaku dalam sekelip mata
kerana itu semua datang dari ALLAH



jangkitan virus di saluran pernafasan?


dulu bila masalah datang boleh rilex lagi. boleh tenang lagi walaupun banyak sangat berfikir. cuma tiba tiba hari ini mungkin diri dah tak dapat bertahan, aku tiba tiba sesak nafas. dada sakit. saluran pernafasan tersekat sekat. tak la teruk tapi sakit tu hanya ALLAH yang tahu. =,="

bagitahu bonda, bonda cakap mungkin stress sebab banyak sangat fikir masalah. ya. masa zaman kolej dulu kawan aku pernah bagitahu tanda tanda stress salah satunya dengan sesak nafas dan sakit dada. aku cuba bertahan. cuba buat tak endah walaupun hakikatnya memang susah untuk bernafas di sebabkan saluran pernafasan hidung tersumbat dengan mukus mukus hijau kekuningan yang tak reti nak hilang. sekarang nak bernyawa kat mulut pun agak payah =,="

petang tadik masa nak pi photoshoot dengan geng ex-convent keadaan makin sakit bila nak gelak dan batuk pun amat perit tapi masih berlagak cool. tapi photoshoot petang tadik di cancel sebab cuaca tak mengizinkan. masing masing balik rumah. aku and nazihah ja pi nasmir lagenda height untuk makan makan. ya rabbi, time aku nak makan pun sungguh seksa jiwa raga tapi sebab jijah kat depan cuba lagi berlagak cool. habiskan jugak roti canai dan milo ais tu.

dah janji dengan diri malam ni nak pi klinik. ajak jijah teman. tahu doktor cakap gapo? doktor bilang saluran pernafasan terkena jangkitan virus tapi tak terok sangat la. dia jugak tanya nak tambah/pam gas tak? aku blur terus cakap tak. sebab tak dapat imagine tambah/pam gas macam mana. aku just fikir sure sure sakit. then doktor check paru paru, dia cakap ok. tak sempat nak suruh doktor check hati aku sakit terok tak sebab tengah patah hati. GEHEHE =P

dah dua jenis ubat batuk, dua jenis ubat selsema, dua jenis ubat deman, satu jenis ubat antibiotik aku ambil dekat klinik yang berbeza, kalau lepas ni tak baik jugak aku pun tak tahu nak buat lagumana dah. dan aku dah cakap kat bonda if by thursday or friday aku masih sesak nafas and sakit dada aku nak pi check kat hospital. T_________T

orang lain sedut oksigen ok ja. aku pulak sedut oksigen sambil tersedut masalah yang bertubi tubi mana tak sesak nafas. haaaiiihhh. lepas satu satu masalah datang. bertubi tubi pulak tu. lepas ni apa pulok? tolong la. ='(

YA ALLAH, kuatkan lah hati aku untuk tempuhi semua ujian-Mu. amin. dan to nazihah tengs ya belanja makan tadik dan teman aku pergi klinik. HEHEHE =D



p/s: abah, ika rendu abah T_T

tiada air mata untuk di kesat lagi


hari ni lain. lusa lain. tulat lain. kau lain. dia lain. dan aku mesti jugak lain. aku cuba tutup buku. tutup cerita lepas tapi aku tahu benda ni tak akan selesai. sebab tu aku cuba diam. cuba ambil langkah untuk tak peduli dan ternyata ada jugak pihak yang baik hati berkata macam macam seumpama dia hakim dalam hal aku ini. terimakaseh hakim sebab nilai sebelah pihak saja. cuma aku rasa kalau hakim nak cakap apa apa datang tepat ke telinga aku. faham?

hal ni perlukan masa. macam mana waktu aku dan mr.Q dulu. kalau lima tahun masanya lima tahun la tak kawan. kalau sepuluh, dua belas tahun sekalipun. hati dan perasaan bukan bahan uji kaji. kadang masa lah ubat yang paling mujarab even perit sekalipun. bagi aku masa sebab sekarang dalam semua hal masa yang jadi ketua.

aku paling suka post waniardy bertajuk tempat asal cinta. http://waniardy.com/blog/?p=8320
(sila baca). post tu memang memberi semangat untuk aku terus move on. even sakit tapi atleast aku ada inisiatif untuk cuba. sebab aku juga percaya jodoh di tangan ALLAH. cinta datang dari ALLAH. DIA dah aturkan setiap kehidupan manusia. jadi tugas manusia sekarang hanya perlu menerima bukan membebel buta. terima keadaan sekarang tak seperti dulu. terima semua nya sebab ada hikmah di sebalik benda yang jadi :)

aku memang sungguh sungguh nak move on. aku tak mahu sakit lagi. aku buat keputusan tapi ada hati lain yang sakit. aku mintak maaf tapi aku jugak perlu kasih pada hati aku. aku dah muak hari hari makan hati. bagi aku peluang dan aku akan guna peluang untuk move on ni sebaik baik yang mungkin. aku perlu kuat. demi hati demi diri dan demi masa depan.

hati aku dah fragile. dok mencari serpihan
nak cantum balik. makin huduh la nampaknya
=,="


and may be a happy ending
doesn't include a guy,
may be it's you on your own,
picking up the pieces
and starting over,
freeing yourself up for something better,
in the future.
may be the happy ending
is just moving on.


p/s : ada sebab kenapa aku tak boleh terima kau sebagai kawan balik.
dan kau pun tahu sebab tu.
:)

semalam punya cerita banyak rojak


"ma! sakit perut! semalam tak boleh tidoq! T___T"

"pedih hulu hati la tu sebab tak makan"

"ha?selalu tak makan ok ja. pedih hulu hati sebab stress kot nih"

"banyak la stress *sambil gelak gelak"

mukadimah dulu. pagi pagi dah rungut macam budak budak sebab perut memang sakit piang! aku dah give up dah nak baik kan selsema aku. batuk pulak hebat sekarang ya. makan ubat pun anti-bodi masih lemah. apa ni apa ni? baik la cepat! ok la aku tipu. dah seminggu selsema dan batuk baru semalam betui betui makan ubat.ubat tak best la! bodo paliq T____T

abaikan. semalam pergi tengok wayang cerita YOU AGAIN. gila lama tak masuk dalam bilik gelap tuh. last tengok wayang cerita THE LAST AIRBENDER. tengok dekat kuantan 2 days before puasa. ok kira la berapa lama dah tak tengok wayang. hee.

movie YOU AGAIN memang banyak bagi moral of the story. firstly jangan menipu sebab tak semua pihak boleh terima benda yang di tipu. no offense. aku cakap umum. siapa terasa ambek, free ja. secondly semua orang boleh berjaya. loser sekarang esok pasti akan senyum bahagia dengan pencapaian hidup. anggap orang sekeliling tu sebagai semangat untuk terus hidup. and thirdly all people deserved second chance. ok yang ni aku sendiri bengong sebab entah. aku tak berani nak cakap banyak. for me not all people deserved a second chance kalau pihak yang di beri peluang tu sendiri tak tahu nak menghargai peluang yang diberi. no offense. umum ya umum.

so the conclusion aku suka charlie! haha. gilo smart charlie even dia selekeh rambut messy messy. ai suka auuuwww!~

nak tahu apa aku buat minggu lepas? aku add mr.Q! hah! gila tak gila. entah dapat mana keberanian nak add dia. nenda dah pesan jangan add tapi aku dah move on. tu cerita lima tahun lepas. aku pun tahu dia bahagia ngan girl friend dia. and aku tau dia pun dah move on sebab kalau dia tak move on aku rasa dia tak akan approve aku macam dulu aku add dia dekat myspace. tapi aku rasa dia tak kenal aku. 1) sebab aku hide profile picture aku. 2) aku tak buh nama aku. HEHE.

lepas tu semalam dok tunggu tunggu shahir af8 nyanyik lagu gio-bila cinta. OMG!! bonda, chek dah jatuh hati dengan braces boy! huhu. tapi aku tak berapa boleh dengaq lagu tuh. ada la cerita di sebalik lagu tu. but seriously masa shahir nyanyik tuh memang tergoda habeh.haha bodo paliq! =,="

ok tu ja nak cerita. mood emo jiwang kapai karat tiba tiba hilang. HAHAHA =P

aku cuba satu langkah


aku tabik sikit pada hati
aku terimakaseh kepada teman itu
aku jugak tersenyum senyap
sebab aku cuba mula satu langkah

walaupun pada asalnya takut
walaupun pada awalnya malu
walaupun pada tujuannya gugup
tapi gagah jugak cuba mula satu langkah

sekarang aku rasa semua tu mimpi
mimpi yang datang sekejap
tempat singgahan dunia
sebab aku baru cuba satu langkah

aku pun masih di sini
tak menanti apa apa lagi
cuma aku cuba satu langkah saja :)


banjir di alor star sangatlah teruk.


ya. sekarang musim hujan. banjir melimpah limpah di belah utara. tapi tak sangka, alor star makin teruk sampai nenek pun kena datang sungai petani sebab rumah dia pun dah naik air. dah la banjir, air pun tadak. nak mandi apa semua susah. kesian T___T

tapi dua hari lepas aku dan family safia pi aloq staq, time tu ok lagi. cuma highway ke perlis ja di tutup. tadik aku ada tengok video dekat jalan sultanah dah naik air. dua hari lepas lalu ok ja lagi. kira cepat gila kan air naik. dasyat sungguh kuasa ALLAH.

harap harap everything gonna be okay. kepada semua family yang kena banjir banyak banyak bersabar. ini semua dugaan. i pray for all my family who live at alor star semoga semua okay. abah, you ok kan? =,="


bibah tertipu lagi weh,terimakaseh :)


tipu besar
tipu kecik
tipu tetap tipu
itu fakta yang tak pernah berubah

kalau kau bangga kau dapat tipu aku faham
tapi
kalau kau rasa selama hari ni kau tipu tak pernah terkantoi
itu memang silap.

ini dunia, bukan milik kau
ALLAH maha berkuasa. DIA maha adil.
setiap yang jahat di balas jahat.

kau bahagia sekarang tapi kau tak tahu esok esok
kan aku dah bagitahu kau dulu, ALLAH maha adil :)

kau selesa dengan helah kau
aku bangga dapat tahu kebenaran
kau rasa kau akan aman dengan semua tipu
aku hanya boleh tersenyum diam

percaya la apa yang kau buat dekat orang,
orang lain akan buat dekat kau
suatu hari nanti
karma beb karma
:)

kau tetap kau
tak akan berubah.
jadi penipu kau rasa hebat
itu memang diri kau




terimakaseh TUHAN ^__^
sebab bagi peluang bukak mata hati aku
dengan semua kebenaran ni
jangan terlalu percaya pada laki
sebab air yang tenang jangan di sangka tiada buaya
dan aku bertuah dapat kenal laki kaki tipu macam kau
terimakaseh weh tolong sedarkan aku :)

kalau kaki aku boleh di hati kau
memang sekarang jugak aku pijak pijak kan hati kau
:)




p/s: atleast aku dapat tau satu lagi penipuan kau,terimakaseh :)


ya, aku memang bercakap pasal kau
kisha kingston/hitma
:)


terimakaseh linkin park :)




feel the lyric
seriously, memang kena dengan situasi aku sekarang
:)

i really love this part ;

waiting for the end to come
wishing i had strength to stand
this is not what i planned
it's out of my control

sitting in an empty room
trying to forget the past
this was never meant to last
i wish it wasn't so

ini november. harap cerita lain pulak :)


november.
tak mintak untuk menjadi serabut lagi,
hanya mintak ketenangan jiwa datang.
tak mintak untuk menjadi gagal lagi,
hanya mintak hati tenteram.
tak mintak untuk diam sepanjang hari lagi,
hanya mintak semuanya kembali aman.
harap harap :)

aku tahu orang akan cakap cakap
orang akan menuduh dengan silap
orang akan cakap melalut sampai sentap
tapi mereka tidak di situasi hati ini yang selalu malap

cuma yang faham akan mengerti
yang tahu asal pangkalnya cerita tahu apa kata hati
aku tak salah pada yang tak tahu isi
cuma jangan banyak 'kutuk' kalau tak tahu macam mana cerita ini
terimakaseh :)

semua jadi dah tertulis
manusia harus menerima
yang perit telan
yang manis simpan
semuanya ada hikmah di sebalik yang berlaku
sebab sekarang aku harus belajar berdiri balik :)

yang perit lupakan. bina tembok baru dalam hati.
insyaALLAH semua akan baik baik saja :)



"sometimes it takes a long time for heart to find a new
place to rest and trust again"