yes, i am unpredictable person.


when i know the things couldn't be the same
i realize it's for my own good
but sometime
when i know i can't erase the past
i find out that i should let it be in my old box
it will remain as memories ; less hurt more pain

i try so hard to forget you
this time harder than ever
i try so hard to let it go
this time i should fade away the feeling
i keep on trying until now



"Just pretend that he never broke you down, and maybe that smile will come back to your lips. When someone says his name, block it out so your heart doesn't skip two beats. Erase his memory from your past if you ever want to feel alive again".


p/s: the hardest part i couldn't do is block you from skype
even i know you won't appear anymore.



phaliq, kenapa journalist?


itu pertanyaan setiap kali kalau orang tanya esok lusa dah habeh study nak keja apa. bila dah bagitahu "esok dah habeh study nak keja jadi magazine/news paper punya journalist," kata aku dengan senyum lebar buruk piang itu. ramai yang tercengang 5 saat. "journalist? OMG. phaliq, serious?"kata mereka. aku pulak terdiam 5 saat "eerrr, what's wrong with journalist?"bisik hati aku tapi mulut masih tabur dengan senyuman busuk piang =,="

ya, aku tahu ada segenlintir yang terkedu aku nak jadi journalist. dulu diploma ambil architecture, tiba tiba nanti nak jadi journalist. apa kes derr? oh besa la, dulu kecik kecik aku nak jadi doktor bila naik tingkatan satu hormon bertukar tiba tiba nak jadi akauntan tapi tak sedar aku ni buta nombor =,="

bila dah lepas zaman sekolah tiba tiba teringin nak jadi arkitek pulak tapi tiba tiba jugak bila dah sedar ada bakat menulis (walaupun idea nak tulis tak hebat mana pun) terus teringin nak jadi journalist. berangan pulak tu nak ada ruang sendiri untuk menulis macam watak genie francis as peyton macgruder dalam movie "taking a chance on love". tak apa, berangan percuma walaupun sakit :)

and aku rasa dengan menjadi journalist ni will build my self confident even aku ni kongkang minah kaw kaw punya tapi atleast i let myself follow my choice. tak sangka pulak since form 2 i have ability to write somethings even its so stupid. life change me, i didn't realize it :) i used to write poem. thats why i love a boy who loves to write a love letter. HAHA tetiba masuk bab lelaki dan surat cinta pulak =P

but seriously this is my passion now and insyaALLAH kalau di beri rezeki oleh-NYA aku memang nak jadi magazine/news paper punya journalist. dah tak mau simpan malu piang ni dah. malu piang ni kena kawan dengan dunia luar jugak. nak jadi confident macam orang ber-confident tinggi. if you can achieve it, i also can have what i dream. insyaALLAH:)

grab what you dream
because sometime you don't deserved the second chance
:)
i love you, dream


too much holiday can causes more diseases


my 6 months holiday. macam mana nak mula? hmm. YA-HOLIDAY-KALI-NI-PENUH-DENGAN-DRAMA! chups, its not drama telemovie kat astro ria or astro prima or drama kat tv 3 setiap sabtu malam tu. ini drama hidup busuk piang aku. banyak gila benda jadi in my 6 months holiday. kalau nak cerita pun penat aku nak taip, baca ja la dari post bulan 6 sampai bulan 12. but luckily, december save my life. i can breathe nicely now. thanks december (i should write a lyric and post to taylor swift and ask her to sing it. HAHA. dream it phaliq!)

i gain weight in my 6 months holiday. mana tak gain weight makan tidoq-on9-makan-makan-makan-tidoq-on9-on9-on9-tidoq, memang lemak suka la kan. pi jogging tahan la dua minggu pastu tak pi dah sebab kawan ilek. alasan baik punyo phaliq =,=". tak lah, bukan malas jog tapi sebab bonda masak sedap sangat sampai makan berselera. kalau tak masak bonda jamu mc donald's, memang masyuk la perut, kan perut kan? ALASAN BERNAS PHALIQ! YEY =,="

mana tak gain weight, stress ja makan. stress ja makan. patah hati ja pi secret recipe cari kek. konon makan manis manis boleh tambah gula dalam hati tapi phaliq-kau-tak-sedaq-ka-nak-manis-kan-hati-bukan-dengan-makan-kek? kaya secret recipe VM sebab boleh di katakan tetiap bulan saya manabur duet tabung saya di sana. saya gila, memang macam ni T___T (dah kata hidup penuh drama, ni la salah satu babak dalam setiap episod =,=" )

contoh terbaik kalau tengah hangat bercuti. rezeki jangan di tolak, nanti dah tua tua tak dapat makan enak enak sebab deria rasa hilang. macam nenek, dah buh secukup rasa selalu kata tak rasa apa =,=".

if you guys have TOO MUCH TIME,DON'T EVER WASTE IT. rugi weh! sebab kalau dah ada masa terluang, isikan dengan tangkap-gambar-syiok-sendiri lagi best hidup sebab tak kacau orang lain. guna saja self-timer pastu nak pose gedik maut sekalipun tadak orang nak tengok dan gelak kan. ok la, aku bagi cadangan sebab aku pun buat jugak. sebabnya aku belum jumpa dan tak akan jumpa pun boifren photographer untuk ambil gambar aku. heh. ayat nak loser :P


and its work when every time i hold mukhsin in my hand and pose in front of him, all the problems fade away but until when i should hold mukhsin? he also need to rest :)

and the hardest part in my 6 months holiday when i always argue with this cute little girl. ya, makin lama makin dah pandai cakap sampai merajuk dengan aku. sapa lagi kalau bukan zara. balik aloqstaq ja ada saja pasai aku nak cari dengan budak ni (hah, terbuktilah aku memang suka cari pasai =D ). kalau irfan balik sungaipetani, dengan dia la aku cari pasai sampai jeles aku tonton chipmunk dengan dia. siap shut off cd tu. itu lagi kejam T__T

i'll miss her, i'll miss to argue with her
i miss you now, az-zahra =')



p/s: lepas ni masuk 2011, macam mana pulak dengan holiday aku?

kerana dirimu begitu berharga


dear mama,

mama, perempuan pertama dalam hidup ika. perempuan yang selalu ada di sebelah ika tika ika jatuh. perempuan yang tak jemu bagi kasih sayang. ibu mana tak sayangkan anak dia kan? =')

bila ika ada masalah mama cukup faham. mama kan wanita mesti tahu bila anak dia ada masalah study masalah cinta masalah kewangan and bla bla bla. and my famous aduan yang selalu ika ngadu kat mama bila

ika : ma kenapa ika tak lawa?
mama : sapa kata ika tak lawa? ika lawa la.
ika : ika tak lawa la. ika gemok, gelab, pendek. tengok gigi ika ni tak lawa. senyuman ika huduh.
mama : your prince charming will come one day and accept who you are. abaikan orang yang ejek ika tak lawa :)

dulu orang selalu tanya, "tak nak bagi mama kawen lain ka?". dalam hati ni bisik "buat apa nak bagi mama kawen lain kalau mama dah menjadi ayah yang terbaik?". tapi di bibir hanya senyum saja. ika tahu mama kuat. 13 tahun mama jaga kami tiga beradik. even tak sesempurna orang lain tapi bagi kami tiga beradik dah cukup sempurna. ada jugak tempat untuk berteduh. ada jugak kereta untuk bergerak ke hulu ke hilir.

sekarang kalau orang tanya what the best thing ever happen in my life, aku jawab mama. terimakaseh ALLAH sebab kurniakan wanita yang terbaik ini kepada saya :)


anak gopohmu,
ika :)


mama, tengs for everything!
love you the most :)

HAPPY BIRTHDAY
ZANARIAH MOHD SAMAN
semoga panjang umur dan murah rezeki
:)


Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

sempurna ; andra & the backbone

caca merba punya hidup :)


hectic gila life this week. serius, too many things happen. everyday balik kampung di sebabkan masalah family. sampai rumah pun dah jadi macam hotel. check in pagi check out malam. hee. but now alhamdulillah semua dah nak hampir selesai. i keep on praying my family members will be alright. ALLAH maha adil. DIA maha penyayang lagi pengasih. DIA maha pendengar =)

now banyak gila benda nak kena redeem balik. csi entah kemana (las vegas, new york & miami). cinta kirana lagi la tak tahu jalan dah tup tup hari tu bukak ada baby kia anak riana. haiiih. nampak sangat dah lama tinggal =,="

sekarang memang tengah catch up balik rancangan soal asyraf kat oasis. hee. aku tahu ramai yang akan terkejut bila aku cakap aku tonton rancangan tu. dan ya, memang aku dok ikut jugak tapi kadang kadang terlepas hari sebab busy dengan kehidupan busuk harian aku. huhu. and now dok catch balik spongebob kat nickelodeon. tapi nasib hari tu ada spongebob marathon dekat tv 9. dari jam 2.30 ptg - 5.30 ptg. anis tak habis habis merungut bohsan. haha. padan muka! spongebob dah banyak mempengaruhi kehidupan harian aku. maaf ya nenda =,="

di sebabkan terlalu busy, banyak movie kat wayang aku tengok lewat. macam harry potter, orang lain dah tengok movie baru yang lain aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. sama la ngan narnia. dah heboh dalam facebook, aku baru la terkedek-kedek nak pi tengok. bukan apa, aku tadak kawan ja nak temankan. ok nenda, sila terasa di sini T___T. dan paling kesian, baru kelmarin dapat beli cd album taylor swift ; speak now dekat speedy. orang lain dah jemu dah dengar lagu lagu dekat album baru dia aku baru hegeh nak beli (yang minat dia laa). nampak sangat la hidup aku memang sengket. haiih. gila kesian jadi aku T___T

oh ya, sekarang sedang mencari supernatural season 5 part 2 di sebabkan hari tu aku beli season 5 part 1. mana nak cari kat sp ni?? haritu tengok kat speedy the whole part 5 gila la harga mau rm100++ tak silap. tabung mana lagi aku nak pecahkan ni?ihsan sapa lagi aku nak goda haa? HAHA.

seriously aku rasa hidup aku agak tenang sedikit sekarang. tak kalut fikir hal yang tak sepatutnya. alhamdulillah dengan izin-NYA aku dapat senyum sedikit demi sedikit walaupun hati ni kadang rasa tak enak ja. banyak yang bagi kata semangat, terimakaseh aku ucapkan. tapi kita tak tahu esok esok kan? aku just berdoa supaya ada bahagia di akhir semua cerita ni. amin (:

ok, i stop bebel sekarang.
i miss you,life :)


p/s: next aim, red snickers :)

terimakaseh december 18 2010


kalau nak ikut kamus hidup aku, december 18 2010 adalah hari paling best yang tercatat dalam diari aku. apa lagi yang paling best kalau bukan day out with bapak tersayang! hampir 2 months tak jumpa (macam bapak keja kapten kapal la pulak. pergi belayar sampai 2-3 bulan =,="), tadik pukul 3.30 petang he called me. tanya kata nak balik aloqstaq. saya bilang pada bapak saya tak jadi balik di sebabkan bonda nak ke pendang. pastu dia ajak saya dan adik pergi penang. masa tu dah on the way balik ke sungai petani dah. so tanpa fikir panjang saya bersetuju. gila kalau tak setuju! rendu dah membuak buak dah kot!

bapak ambek saya dan adik dekat rumah pada jam 4.30 petang. kami tiga pun bergegas ke penang. dan paling tak syioooookkkkk ialah pabila banyak gila babing kereta di atas jalanan. jalan sesak bagai weh. gila bohsan dok dalam kereta! tapi yang best merapu meraban la kami tiga beranak. lama tak gelak sampai macam tu dengan bapak =') sampai ke destinasi (queensbay) pada jam 7.15 malam. kira sendiri la berapa lama kami atas jalan =,="

bapak belanja makan. kami makan sampai kenyang. anis paling kenyang sebab order ayam half. huhu. dah habeh makan, berjalan jalan la. tak sah la kalau tak ajak bapak jadi orang berhati mulia bawak keluar duit beli barang barang. hee. anis dapat dua helai kemeja and saya dapat sepasang kasut. ya kasut tu dah lama gila saya aim! dan atlast saya dapat jugak! nasib weh sebab itu saja saiz yang tinggai ^______^

tapi yang paling lawak bapak tak nak kalah dalam betting. dia cakap tajuk movie tuh "hantu mak limah balik kampung". saya dan adik dah cakap "hantu kak limah balik rumah" tapi dia still nak tegak benang yang basah. siap tarik saya ajak naik pi dekat panggung semata mata nak tengok sapa betul. before tu saya dan adik dah buat betting, kalau bapak kalah adik dapat jeans sehelai saya dapat beg tangan. bapak janji. bila naik tengok depan depan bapak tersengeh tapi tak nak kalah jugak. dia cakap "iklan wayang kat aloqstaq tuleh hantu mak limah balik kampung". saya dan adik tersengeh saja la sebab kami menang betting. bapak cakap "bonus bulan tiga ni la abah bagi". YEY! cepat la bulan mac datang! hehe

around 10.30 malam kami pun bertolak balik di sebabkan bapak nak continue drive balik aloqstaq plak. bapak hantar saya dan adik ke rumah tok mak di sebabkan malam ni bonda tidur dekat rumah tok mak. hee. apa apa pun saya sangat lah gembira tak terkata. kalau boleh berentikan masa tu, saya nak saja berenti. terimakaseh december 18 2010 =')


saya suka kedua dua gambar di atas.
bukan edit, original ya :)

bapak cakap, buat muka sopan sopan sikit.
nah hasilnya *saya rasa macam nak muntah
bila tengok gambar ini =,=" *

oh bapak please, nak kasut tu!

bapak, i'm sorry. i still your retard daughter
:D

fav. shoot again :)

bapak, tengs untuk kasut itu
*penat pujuk tahu tak..huhu*
^__^


p/s: terimakaseh ALLAH sebab dengar doa hamba-MU ini :)

macam mana nak pura pura semua ni tak pernah berlaku?


dua tiga minggu ini memang aku di uji. bertubi tubi ujian datang. masalah bermain riang dalam fikiran aku sampai aku tak tahu mana satu patut aku buang masalah aku. aku tahu, ALLAH tak akan uji aku kalau aku tak mampu hadapinya. dan aku yakin aku boleh hadapinya even aku selalu cakap aku lemah pertimbangan hati.

dua tiga hari ini aku berfikir dengan kata kata nasihat oleh seseorang. dia cakap "ika kena yakin dengan diri ika. tak payah serabut dengan masalah yang tak patut ada dalam kepala ika. ika boleh buat semua ni. dua benda ika kena ingat. satu ; sentiasa ingat ALLAH. kedua ; ingat study saja. jangan fikir benda lain. sekarang, ini bukan diri ika yang sebenar, betul tak? ika dulu tak macam ni kan?". aku terkesima. kaget. tergamam. baru aku tersedar. 110% benar katanya. aku makin rasa sekarang bukan diri aku yang sebenar. aku dulu tak macam ni.

betul. aku banyak sangat sangat berfikir (sebab aku tak reti nak jadi orang yang tak ambil peduli. aku dah lupa macam mana nak jadi heartless macam dulu). kenapa aku perlu fikir pada orang yang tak ingat aku? oh sebab kapasiti dalam kepala hotak aku boleh menampung pasal dia?haiih. tak boleh macam ni dah phaliq. i should let go. let go ALL ABOUT HIM. i deserved better. dia boleh bahagia dengan life dia sekarang kenapa aku nak menderita langut tunggu benda yang memang tak akan dapat. macam tunggu bulan jatuh dari langit. aku kena percaya pada diri aku yang aku kuat untuk let go all about him.

seseorang yang nasihat aku tu jugak berkata "berhenti berharap. jangan berharap apa apa. sebagai contoh jangan berharap mama and abah akan bersatu balik. kalau ALLAH nak beri jodoh lagi kepada mereka, insyaALLAH satu hari nanti ada jodoh mereka berdua. kalau tak ada ika kena redha ja,". aku terdiam. aku tahu di sebalik ayat "berhenti berharap" yang dia kata tu dia sisipkan aku patut berhenti berharap pada lelaki yang aku sebok fikirkan. dan aku akan berhenti berharap pasal dia. ya. aku tak cuba tapi aku buat.

and to awak, saya rasa saya boleh baik dengan awak sehari saja dalam seminggu. then esok esok tu ada ja nak gaduh. selalunya saya la yang akan cari pasal dulu. betul. kalau awak perasan laaa. tapi sampai bila nak macam tu kan? and now saya harap awak berterusan tak contact saya ya even dalam alam maya. sebab saya tahu awak boleh kalau tak kawan dengan saya, kan? awak ja tak mau cuba. cuba buat sure boleh. sebab sekarang pun awak sedang buat. awak ja tak nampak. and saya tahu awak dah fed up kan bila saya buat perangai macam ni over and over again. tak apa lah, saya redha ja. sebab sekarang saya betul betul kena lupa siapa awak.

this is one of my chapter.
one day i will smile when i read about
all those pain i ever feel
:)

*picture : airport jakarta ; december 26 2008
i miss those days at indonesia :'(


Hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi, biar terjadi
Hadapi, dengan tenang jiwa,
semua, ‘kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan,
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada, yang bisa merubah,
dan tak ‘kan, bisa berubah

Rela, kanlah saja ini,
bahwa semua, yang terbaik
Terbaik, untuk kita semua,

hadapi dengan senyuman ; dewa 19


sememangnya tak ada benda yang boleh kita pura pura. semua yang berlaku ada hikmahnya. kita ja kena sabar tunggu hikmah datang. aku susah sekarang. aku sedih sekarang. aku tak bahagia sekarang. aku tahu semua tu akan di bayar sebab aku sabar menunggu. kesabaran akan di bayar dengan benda baik. insyaALLAH :)


another day, another fake smile



“You don’t know how much it hurts her inside do you? Seeing you flirt with other girls, whilst she sits back and watches in the crowd. Yeah, she may have a smile on her face but deep down inside, she’s dying, dying to be heard, to be noticed and to have at least a bit of love from you. During the day, the smile’s on. During the night, well I don’t think you’d like to know. She cries herself to sleep each night thinking about you, and what could’ve, should’ve or would’ve been. She lays there, staying at the ceiling, with nothing in her mind but the “what if’s ” gushing through. She knows that it’ll never happen, but it’s worth hoping for right? Well that’s what she thinks. Another day, another fake smile. She’s nearly mastered the art of pretending by now. You really don’t know what’s happening? Maybe if you asked her “How are you?”, she’d be amazed."

i found it at my tumblr. i ever felt like this. now also, may be. i always talk the same damn thing. so that's why my mind can't stop thinking about all those things. this is how i can be so pathetic. i just want to forget him and let him go from my heart. why so hard? T___T

i keep on praying i'll be okay one day so that i won't feel this broken heart. so i won't think about him anymore. and i just can full fill my face with thousand smile. BUT, i know not now. too much suffer too much pain will paid with beautiful life, i believe that. ALLAH maha adil :)

kalau tak ada saraf tunjang susah la masalah nak masuk


orang selalu pesan dekat aku ;

"faliq, kuatkan hati. you boleh hadapi semua ni,".
"saya tahu awak boleh faced all those thing. kuatkan hati,"

itu saja kata kata semangat yang mereka boleh bagi untuk aku. kondisi aku sekarang memang AMAT serabut. terlalu banyak fikir memang end up jadi macam aku. tapi how to stop my mind from thinking all those things? aku tak tahu kenapa aku ter-lalu fikirkan semua hal padahal orang lain senang ja tak ambil peduli. macam mana aku nak jadi orang yang tak ambil peduli tu?
=,="

YA ALLAH, kuatkan hati hamba-MU ni. aku tahu DIA kurniakan sekeping hati yang kuat untuk aku even aku rasa aku selalu lemah. gelabah bila masalah datang. hati saja tahu apa hati tahu. aku masih kat sini menjadi bodoh bila semua dah tunggang langgang. tergamam sendiri sebab lidah kelu tak tahu nak buat apa. hmm

aku tahu kadang tindakan aku lancang sampai tak fikir hati dan perasaan orang lain. ayat ayat aku tembak selalu tembus liang hati sampai orang terasa gila dengan kata kata aku. tapi aku manusia biasa yang selalu ulang kesilapan yang sama dan aku tak pernah salahkan siapa siapa sebab semua punca dari aku.

tapi untuk cik bahulu, saya mintak maaf sekali lagi. awak memang patut ignore saya. tak apalah, saya terima padahnya bila saya cakap tak pakai otak. saya tahu saya banyak buat salah dekat awak. dan mungkin kali ni awak susah nak maafkan saya sampai saya tegur awak masih diam seribu bahasa. apa apa pun saya mintak maaf sekali lagi. kalau boleh patah balik masa tu, memang saya tak nak cakap macam tu. tapi sebab saya bodoh, saya cakap macam tu jugak =,=

dan mungkin yang kita jumpa tempoh hari tu kali terakhir kot. sebab dengan apa yang jadi sekarang tak kan awak nak jumpa saya kan. awak pun mesti dah tak nak tengok muka saya. tak apa, saya tak ralat sangat nanti kalau jadi apa apa kat saya sebab atleast dalam masa terdekat ni saya dah jumpa awak. lepas jugak rendu saya dekat awak. kalau awak baca ni saya nak awak tahu saya sayang awak sangat sangat. terimakaseh sebab dulu terima saya sebagai kawan. kalau di bagi peluang untuk patah balik memang saya tak akan cakap macam tu. =') lepas ni saya tak tegur awak dah dekat fb, tak kacau dah awak dekat line telefon sebab saya tahu awak tak akan balas. awak mesti tak nak saya ganggu awak dah. saya faham. moga awak bahagia hingga anak cucu ya. terimakaseh sekali lagi :)


"sebab banyak sangat saraf tunjang tumbuh dalam kepala aku,
tu yang banyak masalah datang bertimbun timbun"
*sigh*


surat untuk abah


dear abah,

abah laki pertama dalam hidup ika. abah laki pertama lap air mata ika. abah laki pertama buat ika tersenyum. abah laki pertama buat ika menangis. dan abah jugak laki pertama yang tinggal ika sampai hati ika ada parut T_____T

its been a long time we didn't meet,kan? last seingat ika masa hujung september awal oktober kot. bila kita nak jumpa ada ja halangan kengkangan kan? abah balik kelantan lah. abah pergi kenduri lah. kereta mak cik pakai lah. ika rendu nak jumpa abah.T____T

orang selalu cakap bukan bukan tentang abah. abah tu abah ni abah macam macam tapi ika senyum saja sebab ika tau abah bukan macam tu. orang jeles ja cakap macam tu,kan abah? dulu bila ika dapat tau ika kena pindah ikut mama mai sungai petani hati berat gila nak pindah. dalam kepala hotak asyik terfikir, "mesti lepas ni jarang jumpa abah," "mesti lepas ni susah nak jumpa," dan semua ni memang betol. kita dah jarang jumpa. jarang dah keluar shopping sekali. jarang dah keluar makan sekali. kenyataan yang perlu ika telan T_____T

abah tahu benda yang paling ika ingat dan akan ingat sampai bila bila ialah bila pagi pagi abah hantar ika pergi tadika dulu. ika tak akan ikat tali kasut ika sampai abah ikat kan untuk ika sebab cara abah ika memang lain dan pelik but end up jadi juga bentuk riben. dan sampai sekarang ika tak tahu cara abah ikat. abah tahu ika rendu semua tuT_____T

sekarang kita dah jarang berhubung. abah just hantar meses "duit bulan dah masuk,". tapi kalau ika tetiba hantar meses tanya "abah sihat?," mesti abah pelik. hakikatnya ika rendu abah cuma ika rasa kekok kalau tiba tiba tanya abah sihat ke tak. anak yang pelik. tapi sekarang kita tak boleh berjumpa sebab ada masalah masalah tertentu. masalah yang kait dengan banyak pihak. susah kalau ada dalam situasi ika ni. kena pilih antara dua pihak T_____T

abah, ika sekarang banyak gila masalah. ika tamau hadapi semua masalah ni. ika nak duduk bawak ketiak abah macam umur ika 4 tahun dulu. ika nak duduk sebelah abah atas buaian makan ais krim masa umur ika 6 tahun dulu. ika tamau kenal masalah masalah ni. ika tamau! abah ika rendu abah sangat sangat! T__________T

hari hari ika berdoa if one day nanti mama and abah dapat bersatu balik. tapi ika tau, itu mustahil. sangat mustahil. tapi kalau ALLAH nak tunjuk keajaiban mana kita tahu kan? i keep on praying. ika nak abah bahagia saja. tapi ika tahu abah tak bahagia sekarang. ika dapat rasa. abah, balik la ika rendu abah ni T_____T


travel back down the road
wishing i can be with you again
:(


anak gopoh mu,
ika



p/s: ini bukan post mintak simpati kau pergi mati la
kalau kau fikir aku saja nak cari publisiti
=__="



khamis :(


it supposedly be a FINE THURSDAY because i expect to free my mind just for awhile. but like always, i spoil it.hmm

last night, i slept around 5.40 a.m. and i woke up around 6.40 a.m. di sebabkan masalah keluarga terjadi aku terpaksa korban kan tidur. keluarga lagi penting dari mimpi =,=" imagine la aku tidur just one hour then rush subuh then rush hantar anis pi sekolah sebab today dia ada paper sastera. damn, i really sleepyhead time drive pagi tadik. saja tak lalu jalan biasa sebab aku tahu aku akan speed (sebab tak banyak kereta) then berangan tidur. aku masuk kot pekan. banyak sikit kereta sebab boleh tekan break supaya tak ngantok.

call safia, nak pinjam tilam dia kejap sebab aku memang mengantok gila. sembang sembang sampai aku tertidur. tidur about 40 mins, then rush pergi amek anis dekat sekolah around 10.40 a.m. sampai rumah on9, update blog bagai anis suruh hantar dia pi CS.

i had my lunch around 4.30 p.m. pathetic gila. perut memang la penuh angin. padan muka aku, sebab malas gila nak makan sanggup biar angin bermain dalam perut =___=" lepas asar keluar pergi jumpa kekaseh kekaseh hati. saja saja lepak sembang sembang.

and now aku masih belum redeem tidur. 1 hour 40 mins sleep is not ENOUGH for me,ok. mata memang kuyu gila sekarang. bateri memang dah weak gila. terimakaseh semput sebab dua hari berturut turut kau jelma.

kepala hotak, boleh bagi aku rest dari berfikir sekejap. penat dah saraf tunjang ni bekerja. bagi rest kejap dari fikir benda benda ni semua. sampai tidur pun semua masalah ni masuk mimpi. penat weh!

T_______________T



hati tak pernah beku dari masalah


masalah, datang lagi. bertubi tubi seperti peluru yang di lepaskan tapi aku tak sempat nak tangkap. 3 das 4 das 6 das 9 das. memang mati hati la jawabnya =,="

kalau nak kutuk hati aku lembik,ya memang pun. hati aku memang lembik. kalau ada masalah apa apa memang aku jumpa air mata dulu. manusia lain lain. se-kebal mana aku cuba bina konkrit dalam hati, aku cari air mata jugak buat peneman sejati.

bonda, kuatkan semangat. saya tahu bonda kuat. 13 tahun bonda kuat hati even banyak mulut longkang busuk berkata kata. bonda tak pernah lembik macam saya. saya tahu bonda kuat. saya mahu kuat seperti bonda. sebab saya percaya ALLAH maha adil. yang jahat di balas jahat.

saya tak tahu lah apa masalah lagi lepas ni nak datang. otak dah tak dapat pikul dah untuk terus berfikir. hati dah longlai gila waktu sekarang. aku mampu terusan berdoa bagi semua ni akan ok. bila boleh aku nafas dengan baik? T___T

aku tak pernah tutup blog ni. dan memang aku ada blog satu lagi tapi tak bermakna aku tinggal blog ni macam tu ja. cuma kadang kadang biarlah aku menyepi sekejap. muhasabah diri orang kata tapi sampai sekarang aku masih longlai =,="

talk whatever you people want to say.
i'm still standing right here to see you people cry like me in the past
:)

ini yang terbaik


kalau ini yang terbaik untuk hati, aku kena akur
sebab kisah ini memang dah lama tamat.
hati, kau dah tahu semua ni tapi kenapa perlu lagak kau akan dapat apa yang kau idamkan?


dear m.a.s,

saya harap kali ni awak betul betul faham situasi saya. saya tak boleh ok dalam masa 2 minggu. saya tak boleh ok dalam masa yang singkat. sebab saya dah penat jadi penipu. saya penat tipu diri kata saya okay bila saya kawan dengan awak. ya. awak memang kawan yang baik. awak kawan yang banyak bagi saya senyum sorang sorang. awak pandai buat saya gelak. tapi berbaloikah untuk hati saya menangis setiap hari?

awak tak kesian kah dekat hati saya? kalau awak anggap saya kawan mesti awak faham kan? saya tak mintak banyak. saya hanya mintak nak move on saja. apa awak perlu buat sekarang, terima kenyataan saya nak move on untuk lupakan saya pernah suka awak. awak pulak kena telan perit hilang kawan kongkang macam saya. sebab itu yang realitinya. saya harap sangat awak faham. insyaALLAH kalau ada jodoh untuk kita berkawan, kita akan kawan balik.

kenapa saya mintak 5 or 10 years tanpa contact? sebab masa mr.Q dulu saya buat terapi bodoh ni dan its works. i mean saya dapat jugak move on lupakan mr.Q dalam masa 5 tahun tanpa contact. saya harap sangat awak faham kenapa saya buat keputusan ni.

awak boleh bahagia saya nak jugak cari kebahagiaan saya. tak adil untuk awak sorang saja bahagia tapi saya di takat didih kecewa bagai. dulu bila saya cakap "boleh saya tunggu awak".awak cakap "saya tak nak sakitkan hati awak". jadinya awak pun faham kenapa saya buat keputusan untuk move on lupakan awak. saya tak nak tunggu awak dah. saya nak angkat kaki cari tempat pulihkan hati saya. saya harap sangat awak faham.


bagaimana
untuk aku padamkan rasa yang aku ada
bila sentiasa kau ada di situ
untuk melukis setiapnya semula.

bagaimana
untuk aku pejamkan hendak yang sedang sunyi
bila sentiasa kau ada setia
untuk mencelik setiapnya kembali.

bagaimana;
kerana aku sudah terlalu kebas
dikejam rasa dan hendak yang ada sunyi.

bagaimana;
kerana aku sudah berjanji
untuk tidak lagi mahunya lagi.

-fynn jamal.


hati kebal,
phaliq



sekarang awak dah faham kenapa saya nak avoid dari awak?? awak ingat qoute kat atas ni. ingat sampai bila bila. ingat kenapa saya dah tak boleh kawan dengan awak. saya nak awak ingat yang ni saja.



"sebab saya tahu awak bukan kebahagiaan saya
dan saya tahu semua ni realiti "


permulaan disember yang agak mematahkan semangat hati :(


dear aidak,

awak sorang ja faham perasaan saya tadik. awak sorang saja tahu muka saya terus berubah tiba tiba bila naik kereta tadik. awak sorang saja perasan senyum saya semua fake belaka. awak sorang ja faham apa saya akan buat lepas saya hantar awak tadik sampai awak sanggup nak ikut saya balik takut saya speed kereta macam orang gila. dah la hujan lebat tambah emosi saya tak stabil. maaf buat awak risau.

tak pa aidak, kaki saya dah tua untuk tekan pedal minyak sampai 150km/j. mampu sampai 140km/j ja. patut la hari ni tetiba hujan (selalu petang petang hujan jugak. saja nak mention kata tetiba hari ni hujan =,="). patut la dua tiga hari ni hati asyik tak enak. rupanya........hmmm. tak pa la. depa bahagia. bak kata aidak, "tengok depa bahagia. faliq kena tumpang bahagia jugak tengok depa bahagia even sakit perit pun,".

even saya cakap kat awak, "rilex la aida, hati faliq kuat. hati faliq kebal," tapi awak dapat tangkap di sebalik nada tu sebenarnya auta belaka. awak pun tahu saya lemah pertimbangan hati. tapi apa boleh buat, saya memang macam ni ='(

tak pa la aida, dah memang nak TER-jumpa hari ni kan. tiada siapa boleh sangka. mungkin saya masih TER-kejut kot. hmm. dan dalam hal ni tadak sapa pun salah. benda dah nak jadi. saya pun tak salah kan sapa sapa.

T_________________T


patah hati,
phaliq



saya tak tahu kenapa tadik saya tiba tiba blur. kunci kereta memang dah ada dalam tangan tapi saya masih buat buat cari kunci kereta dalam beg tangan. mungkin saya tak dapat bertahan kot untuk tengok depa dua kat depan mata saya. dan saya tak tahu kenapa saya sedeh bagai sampai macam nih. aidak, awak sorang ja faham apa yang saya rasa. kalau boleh tadik saya nak ja berenti kereta tepi jalan and nangeh atas bahu awak. saya nak ja suruh awak drive hantar saya balik sebab lutut saya dah longlai gila. saya mintak maaf sebab tak ikut cakap awak suruh drive elok elok tadik. emosi saya memang kongkang gila. hmm.