hati tak pernah kosong. cuma kadang perasaan bersembunyi di sebalik semak hati.


mungkin aku boleh jadi 90% pendengar yang baik. 40% pemberi nasihat yang berguna dan 90% kawan yang selalu ada dekat sebelah bila kawan lain bila ada masalah (cey =P). tapi sejauh mana nasihat aku,pendapat aku,pandangan aku terserah pada si pengluah masalah itu sebabnya keputusan 150% terletak pada diri dan hati masing masing.

tadi aku di panggil untuk memberi nasihat perihal cinta dekat salah seorang kawan aku. aku berkongsi apa yang aku tahu walaupun aku tak ada boifren bagai. atleast i can share what i know. and yes, she agree with me walaupun 50-50 ja dia nak buat keputusan sebab in the end aku akan pesan dekat dia "kalau ada jodoh tak kemana. janji dah usaha. kalau takat tu ja kita mampu, itu ja takdir kita :) ".

aku percaya ALLAH dah susun sempurna dah untuk kita. takdir kita. hikmah kita. jodoh kita. mati kita. yang penting kita usaha. kalau dah tak terdaya baru kita berserah. tawakal adalah jalan terakhir selepas usaha.

aku percaya bahagia ada di mana mana saja. bahagia dengan family. bahagia dengan suami. bahagia dengan kawan kawan. siapa lagi penyuluh hidup kalau bukan dengan orang sekeliling kita,benar kan?

orang tanya kenapa aku tidak punyai boifren bagai. aku kan dah 22 tahun.aku tersenyum. jauh dalam hati aku pahat bahawa semua di tangan TUHAN. bukan tak mampu nak usaha. bukan jugak ego dengan takdir tapi biarlah masa ini aku kejar apa yang aku tercicir dulu. aku pernah bagitahu kawan aku, perkahwinan adalah perkara terakhir akan aku buat dalam hidup aku, insyaALLAH. tapi aku tak menolak takdir jika ALLAH temukan jodoh aku pada masa terdekat ini kerana aku percaya pada takdir. bak kata orang, "kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan semuanya :)"

mungkin ALLAH belum kurniakan aku seorang lelaki yang sesuai untuk aku. tapi ALLAH kurniakan aku sahabat sahabat yang hebat. banyak buat aku gelak. orang tua tua cakap AWET MUDA kalau gelak banyak. no wonder la orang still ingat aku 18 tahun! HAHA =P

but still, just percaya pada jodoh everything gonna be fine. tak payah nak kalut kalut sangat. semua benda dah di susun dengan elok dan sempurna oleh-NYA :)



di sebabkan versi BOYCE AVENUE best sikit, i'll prefer this song to be my dream song before tidoq. manatau boleh bom sapa sapa yang aku benci dalam mimpi aku, kan kan? mimpi tu kan boleh jadi pelbagai :D


0 budak busuk tengit: