ada apa dengan 1001?


1001 persoalan? dalam 1001 persoalan ada tersirat 1 jawapan. bukan dua bukan tiga bukan jugak lima. tapi hanya 1 sahaja. tak kira tepat atau tersasar tapi hanya 1 jawapan sahaja di ambil dari 1001 soalan. setiap persoalan tidak perlu ada jawapan "kalau".

1001 penipuan? dalam 1001 penipuan ada terisi 1 sebab kenapa itu terjadi. sama ada sengaja atau tidak semua penipuan terjadi bersebab. bukan niat nak melukakan hati tapi niat bersebab kenapa perlu sembunyikan sesuatu. tiada siapa dalam dunia ni suka-suka mahu menipu orang lain. orang selalu cakap "sakit tahu kebenaran. lebih baik menipu dari tahu benda yang betul".

1001 mustahil? dalam 1001 mustahil ada tertulis 1 benda yang kita boleh buat di luar kemampuan sampai hati pun tak percaya kita sebenarnya ada 1 kelebihan dalam diri. orang yang tak pernah bercinta tiba-tiba dah jadi hero/heroin dalam percintaan. orang yang tak pernah kenal erti kegagalan tiba-tiba jadi manusia paling berjaya dalam dunia. orang yang tak pernah senyum tiba-tiba dapat title "senyuman menawan yang orang lain tak pernah nampak" =)

1001 lelaki/perempuan? dalam 1001 lelaki/perempuan di dunia ini hanya 1 yang betul-betul akan sentiasa di sebelah kita bila kita jatuh tersadai dalam laut air mata dan bila kita tinggi melayang gembira dengan pelangi. ALLAH kurniakan jodoh kepada kita. setiap manusia berpasangan. "tiada manusia yang layak untuk hidup bersendirian".

setiap 1001 benda yang terjadi semuanya di kurniakan 1 sahaja jawapan. tak kira la kau mahu cipta banyak teori sekalipun tapi hanya 1 sahaja yang terima pakai dek akal logik. sebab itu di dunia di kurniakan "kata berlawanan" :)


p/s: saya tahu ramai yang tak faham dengan post kali ni :)

0 budak busuk tengit: