hujan membasahi bumi dari pagi sampai petang. aku selamat sampai di sini. banyak benda yang perlu di settle kan, assignment, presentation, proposal, report dan final exam. semuanya akan 'berlaku' selepas raya.bawak balik kerja sekolah memang penat. haiih nafas, sabar ya.
sebelum subuh semalam, bonda beritahu sepupu rapat aku akan kahwin raya ke-5 ni. hati terdetik, kenapa cepat benar masa berlalu? belum puas lagi aku nak bergurau senda dengan dia macam mana kami selalu buat masa kami masih budak hingusan dulu. tapi bila fikirkan balik, jodoh dia dah sampai.
jodoh, hanya cepat atau lambat. terima apa yang sudah tertulis.
jodoh, tak kira pangkat dan darjat. sebab manusia saling memerlukan.
jodoh, melengkapi antara satu sama lain. sebab itu terciptanya lelaki dan perempuan.
jodoh di tangan Tuhan, ingat. tak ada siapa boleh tolak takdir. kalaupun Tuhan tetap kan kau punya jodoh seorang yang tak berapa nak bekerjaya, itu tetap jodoh. hidup saling memenuhi kelebihan dan kekurangan. jangan terlalu yakin dia pasti milik kau sebab di akhir cerita sebenarnya jodoh dia dengan orang lain :)
haih jodoh, kalau bersembang memang tak akan habis air liurnya.

if i could choose one heart, it might be yours,
encik kun fayakun
:)
0 budak busuk tengit:
Catat Ulasan