kawan bagai tulang belakang, tak ada tulang belakang tak ada kawan :)


kawan, banyak definisi nya. yang baik, yang buruk. yang boleh menuju kebahagiaan, yang boleh menuju jalan durjana. tapi ada yang berkawan untuk jadi parasit. bila dah tak berguna buang macam sampah. bila nak guna kutip jilat balik pun sanggup. tapi yang kekal sebagai kawan sejati adalah yang betul-betul fikir kasih sayang sebagai kawan sahaja.

sepanjang kau hidup berapa banyak kawan kau yang tinggalkan kau? yang betul-betul rasa susah senang kau? 5? 6? aku berani janji tak sampai 4 orang yang faham apa itu kawan di sisi kau.

kawan yang baik adalah kawan yang tak tahu erti main pisau dari belakang.
kawan yang setia adalah kawan yang tak tahu hidup sorang dalam dunia.
kawan yang memahami adalah kawan yang selalu faham isi perangai kita.
kawan yang terhebat adalah kawan yang paling KOOL dalam alam ni.

aku tak perlu tisu sebab aku tahu aku punyai bahu kawan untuk lap hingus cerita aku.
aku tak perlu tali sebab aku percaya kawan yang baik jaga persahabatan aku.
aku tahu ada kawan yang tak boleh di guna pakai sebab terlalu menggunakan orang lain :)

kawan baik seindah warna hijau. sejuk mata memandang, lega hati riang. sepak jatuh semua dah rasa sebab itu dia kawan baik sampai mati aku, safia sulaiman :)

kawan semanis kek. berapa banyak gula sekalipun, tak pernah berubah menjadi tawar. banyak cerita dah di kongsi, si tukang cerita aku ini tak pernah jemu melayan cerita karut aku, kan aida ismail :)

kawan seumpama bahu pikul sama sama. sakit pedih semua terasa, bak pepatah cubit paha kiri paha kanan terasa. hidup tak pernah malap dengan geng rompakan 909 aku ; (dari kiri : Atikah Rahim, Afifah Jusoh & Juhana Jamaludin)

kawan tak pernah lekang dari kena bebel. ada saja benda yang tak kena. kau bising aku, aku bising kau. tapi bila satu hari tak gaduh macam tak hidup saja dunia ni kan, atikah suhaimi :)

kawan tak kira tinggi atau pendek, kalau dah takdir dia jadi kawan sebelah kita sampai kiamat pun dia tetap si tinggi dan aku si pendek yang selalu berdiri di sebelah dia. raihan rafor, terimakaseh awak :)

kawan kalau buat kerja tak betol sama-sama memang best. lagi lagi kalau masing-masing tak reti dok dendiam masa tension study. walaupun dia selalu merepek kerepek dengan aku, dia tetap ku solehah sengoi :P

kawan tak kisah datang dari negeri mana sekalipun, kalau jiwa tuh dah sama memang tetap menggila. orang johor kan rock. (dari kiri kechik penyebok :P, athirah & adilah rashter )


kawan yang sanggup stay up sama sama buat kerja memang kawan yang boleh hidup ketika susah sebab masing-masing dah faham macam mana bezanya liku hidup realiti dan lurusnya hidup fantasi. (dari kiri : juhana,hamizah & sarah)

tapi kawan paling mula di ingati adalah kawan hingusan sama sama waktu sekolah. kawan yang tak pernah jemu bagi gosip percuma, kawan yang selalu gelak sampai tak ingat dunia dan paling penting kawan yang selalu akan mengingati memori waktu kain biru baju putih :)

aku tak kisah berapa banyak sekalipun Tuhan mahu kurniakan kawan untuk aku. aku cerewet. pendendam. itu benar. kalau kau buat jahat, aku baling jahat. kau buat baik, aku jemput naik. masa aku terhad, bukan untuk di bazirkan membebel benda yang tak masuk akal. kalau kau mahu hidup lama, ingat lah kau bukan hidup seorang dalam dunia ini.

ini realiti, kau memang perlu sokongan kawan kawan. kau memang perlu kan kawan kawan. tapi berhati-hati la untuk pilih jalan yang mana satu. kawan baik untuk orang yang baik, dan sebaliknya faham-faham sendiri la :)



selamat mencari kawan wahai manusia :)



0 budak busuk tengit: