manusia tak sama. ada baik ada jahat.
ada yang suka caci
ada yang suka menyendiri.
dalam hal dunia, untuk menjadi manusia memang payah. itu ini itu ini kena jaga sebab itu yang kita belajar. menjaga hati orang lain, jangan terlalu pentingkan diri, jangan asyik nak menang tapi diri sebenarnya salah.
aku tahu, manusia semua ego. ego pada orang lain. sebab takut air muka tumpah jatuh bergelimpangan, ego harus di letakkan di tempat paling atas. konon ego itu maruah. kalau jatuh ego maruah tergadai. tapi persoalannya sampai bila nak ego bagai sampai sanggup pinggirkan teman sebelah?
manusia yang suka bertopeng pelbagai selalunya bersifat lupa daratan. manusia macam tu sebenar hebat untuk tikam tulang belakang manusia lain yang pernah susah senang bersama dulu.
dunia ni sebenarnya sfera.
tahu tak sfera itu lebih banyak ruang dan liku dari segi empat? lagi besar sfera lagi banyak benda kau kena fikirkan. tapi manusia suka ambil jalan senang, sanggup lukakan hati kawan sendiri dari hati orang yang dia baru kenal. itu lumrah manusia bila dah lalok dalam keseronokkan.
bertahun aku hidup, manusia macam tu bersepah dekat tepi jalan aku jumpa. yang mana tak reti nak kenang budi orang lain. orang selalu cakap, dapat madu sepah di buang. mungkin ramai manusia ingat dunia ni untuk keseronokkan semata-mata. cari MADU yang KAYA dan HOT lepas tu buang SEPAH yang TAK BERGUNA. itu mentaliti orang yang akalnya cetek paras buku lali.
hidup bukan semata-mata untuk menang dan tak jugak untuk kalah. orang cakap buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. tapi kalau itu diri sebenar, buat jahat banyak kali pun hati tak makan saman. lagi dipijak nya kita bertalu-talu. itu manusia yang hati keras macam batu dekat gua. di hentaknya masih tak retak.
kita tengok sampai bila dia di puncak.
sampai bila dia tersenyum hanyut.
itu jalan yang dia pilih.
jalan yang dikatakan PALING SENANG DALAM DUNIA.
*sigh* manusia, kesian kau aku tengok.

kadang hidup perlu perlbagai facial expression,
cuma jangan di palsukan saja :)
1 budak busuk tengit:
kak pha, ade tag di blog.
ceria ceria selalu. meh tengok dan jawab taw :)
Catat Ulasan