kau bukan hidup seorang dalam dunia ni, ingat tu sampai mati.


"kau pun tak sempurna ada hati nak nasihat aku. pahala dah cukup kah nak tegur salah aku? balik cermin hati dulu, kalau pahala tak cukup jangan pandai-pandai nak nasihat aku macam macam".

terkedu. kalaupun bukan di tuju untuk aku, tapi bayang bayang suara itu memang menusuk otak aku untuk mentafsirkan setiap butir yang keluar dari hujung mulut manusia yang kononnya sempurna habis.

kau pun dah habis licinkan pahala kau untuk bertemu di hari akhirat nanti? dah siap kumpul semua pahala kau? kau tahu dah cukup atau tak pahala yang kau kumpul tu? berapa banyak dah ada?

kalau aku kata kau bodoh kau marah menengking. cakap aku biadap. berlagak sempurna. padahal kau yang memperbodohkan diri kau depan orang ramai.

kalau setiap manusia yang di lahirkan dalam dunia ni ALLAH kurniakan alat penimbang pahala dosa yang kita boleh tengok dengan mata kasar kita, memang aku percaya 0.01% maksiat dan kemungkaran dapat di tewaskan.

tapi ALLAH kurniakan manusia punyai akal dan hati untuk tegur mana salah dan silap masing-masing. ya, mana ada manusia sempurna. di luar nampak cantik tampan bergaya tapi hatinya cacat perasaan, perangainya jenis penting kan diri.

apa salah kalau tegur orang yang hilang pertimbangan diri. dalam mana mana buku motivasi pun tak tulis "pahala cukup baru boleh bagi nasihat dekat orang lain". kita hidup saling menolong bukan mencaci ketidak-sempurnaan orang lain.

setakat berpangkat di dunia, berkaya depan manusia, semua tu boleh hilang dalam sekelip mata kalau kau riak menggunung tak ingat asal dimana.

tak payah nak berlagak dengan aku atau orang lain. kau lahir di bandar aku duduk di kampung, kau hebat speaking aku bahasa arab pun gagap tapi di akhir dunia kita sama sama bogel dekat padang masyar untuk hari penimbangan dosa pahala.

aku tak sempurna,
ilmu pun aku belajar cukup cukup makan saja
tapi ilmu aku tak pernah expired.
:)

0 budak busuk tengit: