bila kotak lama mengetuk kembali, semua waktu sekarang penuh tanda tanya


bila kita selesa dengan keadaan sekarang, tiba-tiba masa lalu datang memberi salam. bukan niat mahu menyinggah tapi niat ingin kembali dalam bentuk asal. niat mahu melupakan apa yang telah terjadi dan mahu kita mulakan hidup kembali dalam bentuk asal. hati bimbang.

bukan tak redha dengan apa yang jadi, sungguh aku terima semuanya dengan hati yang ikhlas. walaupun ambil masa untuk lupa semua yang jadi tapi hidup harus di teruskan.

perit sakit pedih penat lelah semua dah aku rasa cuma bila aku nak bahagia sekarang kenapa ujian lain pulak DIA kurniakan? aku cuma tak faham, kadang tu aku rasa keadaan sekarang dah elok teratur bila masing-masing dapat menerima semuanya tapi bila kisah lama muncul balik hati gelisah lain macam sebab tak tahu nak buat apa.

sudahlah hati banyak perasaan, otak pulak lagi tak reti duduk diam-diam dari fikirkan hal lain. kesian jadi aku. asyik sangat nak fikir hal lepas, hal sekarang dengan hal masa depan. kalau aku dapat pasangan yang tak reti fikir, untung la dia sebab aku saja yang fikirkan semua =,="

tapi apakah jalan seterusnya yang ALLAH berikan pada aku untuk masa depan? kerana waktu sekarang hal lepas kembali datang. entah apa yang perlu aku buat, aku pun tak tahu. tunggu dan lihat apa seterusnya lepas tu baru ambil langkah. hati bimbang,lagi. =,=

jalan tak semestinya harus lalu pada arah yang sama.
kadang jalan yang tak punyai lampu lagi bermakna.
:)

0 budak busuk tengit: