masa itu nafas


alhamdulillah,
empat puluh hari tersekat di sini masih lagi bernafas.

mana mungkin tak rindu kampung halaman. kerja menggunung, itu lumrah. kerja banyak tak kena, biasa la tu. kadang penat sangat. banyak drama yang jadi. babak spontan, babak sedih pilu, babak senyum tak hilang. tapi semua tu catat dalam buku memori.

kadang menyampah tengok bila hari hari kehidupan semua nak tungging terbalik. balik bilik masing masing masam. penat. itu saja yang boleh di rasai. penat sebagai pelajar, lumrah la tu.

cukup untuk mukadimah empat puluh hari aku disini.

harini nak bilang, jumaat aku pulang ke kampung halaman. cuti seminggu, cukup aku rasa untuk siapkan segalanya.

hai hidup, macam ini lah aku bernafas. semput.
cuti pun ada saja benda yang nak kena siapkan.
ini yang aku pilih. jalan takdir aku.
*senyum*

orang selalu cakap, hidup ini bergerak dengan pantas. sekarang dah disember 2011. tinggal beberapa hari ja lagi nak cakap hai kepada 2012. aku jugak tertanya, "kenapa cepat benar?".

tahun depan dah masuk 23 tahun. tua. tak sangka. lama sudah aku hidup. bernafas di bumi ALLAH. masih lagi ada abah dan mama, adik beradik. masih lagi ada kawan-kawan sepermainan.

tapi aku sangat terkilan bila ada yang cakap "umur muda-muda la nak buat apa saja,". mencari keseronokan tanpa ingat masa bergerak setiap saat. kalau seronok mencari pahala, aku tak kisah. aku pun berjalan menuju ke arah itu. tapi kalau mencari seronok di jalan dosa, itu bukan satu cerita yang baik.

ada apa dengan usia kalau iman tak sekuat usia, hati masih lagi caca merba. dunia dah sampai akhir zaman. masa tak akan tunggu kita. ingat. aku tolong mengingat kan. manusia, saling memerlukan antara satu sama lain.


dan berita baik, alhamdulillah ALLAH dengar doa aku. walaupun bertahun aku berdoa dan sekarang doa di makbulkan, aku masih lagi bersyukur. ALLAH masih lagi ingat hamba-NYA yang serba kekurangan ini. ALLAH masih bersama aku. moga-moga semuanya kembali pulih.

:)


kekuatan terletak pada hati,
jiwa adalah kemanisan diri


0 budak busuk tengit: