cuti pun otak masih tunggang langgang T___T


dah seminggu dok hirup angin sungai petani. tapi tak pernah cukup untuk penuh satu badan. seminggu mana cukup weh. angin melaka tak pernah sama dengan angin sini. kalau aku kepala angin sekalipun dekat sini paling paling kurang aku boleh kurung diri dalam bilik, tak pun pinjam kereta mama pergi meronggeng bagi hilang tension. tapi kalau dekat melaka nak kurung dalam bilik mana? nak sewa kereta untuk pergi meronggeng perlukan duit. hmmm =,="

bawak balik dua assignment tapi baru siap satu. tu pun baru separuh jalan. yang satu lagi baru mencari bahan. naaahh, sekarang rasa macam nk menangis ja sebab rasa banyak sangat main sampai kerja tak siap. naik cuti nih dah start mid-term test tapi satu pun tak baca lagi. tak baca satu hal, sepanjang kelas INC and CMP, satu apa pun tak faham sebab dalam kelas fikiran merewang tempat lain.

dah tu bila assigment banyak and tetiba ada quiz/test mula la mencaci diri sebab tak sempat nak study the subject and bila dapat kertas soalan depan mata baru nak tergaru-garu kepala tak faham isi soalan. time tu baru rasa menyesal sangat-sangat sebab selalu biaq buku-buku tu rehat elok dalam laci meja T______T

dah janji dengan diri, lepas hari esok malam meaning masuk ja hari jumaat pagi tu dah tak nak main-main lagi. nak focus on study ja sebab dah terasa pointer sem ni akan jatuh kalau aku still tak pegang buku study buat nota kaki. phaliq, tolong la rajin banyak banyak sem ni. jangan malas malas dah.

so i'm off to KL esok sebab :)


aku nak pi jumpa drogba & lampard. tadik masa tengok berita nampak macam paulo ferreira ada jugak tapi tak tauhu la dia main ke tak esok. kalau dia main esok, satu bonus lagi la ya. tak sia sia i beli tiket nak tengok chelsea. so this is my first time i turun stadium pi tengok bola. BOLA SEPAK weh. bukannya pi stadium tengok safia sulaiman lari relay 4x200m masa zaman dia jaguh padang. eerrr sekarang pun dia jaguh jugak. HEHE.

dah phaliq, this is the last time you have fun for this semester. lepas ni pegi ngadap assignment + study sampai muntah. T_____T



song : SUPERMAN ; Super Junior

complete all the 7 HARRY POTTER's movies


yes, i'm the one of billion kids in this world who read all the complete harry potter's novel. and for sure, its not my first english novel but it's the first time i'm addict to buy and 'sanggup tunggu' for the next books. and FOR SURE I EVER GOT CRUSH WITH DANIEL RADCLIFFE long time ago =,="

so just now, for the first time safia sulaiman teman i tengok harry potter. before ni dok ajak tapi dia dok buat segan baloq liat apa tatau la tamau pi tengok movie tuh T___T

i give 10/10. eerr ok because i'm the one of fanatic fans of harry potter, so i gave 10/10 because harry potter never let me down, never :)

so as expected, the ending was very OH-MAK-KAU-MENAWAN -LAGI-COMEL-NYA-ANAK-HARRY POTTER-NAMA-ALBUS SEVERUS POTTER-TU. eerrr, tak lah ending dia best sangat sangat. sampai tak leh nak ungkap dengan kata-kata. HEHEHE.

but, i ada nangis jugak tadik dalam wayang tengok harry potter. part fred mati, part remus and his wife mati, part severus mati. ok, i tahu i hati tisu. tapi tak dak lak meleleh air mata macam nangis baca novel dia before ni =,="

so, lepas ni tadak la nangis nangis ajak safia sulaiman tengok harry potter. safia sulaiman, you boleh lepas nafas panjang-panjang dah. HAHAHA =P by the way thanks sebab teman i tadik. HEHE.




jodoh, kadang depan mata kita saja :)


dia minat tapi dia takut untuk suka.
dia suka tapi takut untuk sayang.
dia sayang tapi takut untuk cinta.

sayang dan cinta berkaitan
saling memerlukan
saling bergantung

tapi siapa yang mampu bertahan dengan tali itu?
kesabaran adalah kunci untuk perhubungan
sabar menanti takdir
sabar menerima takdir

jodoh itu satu pertemuan permulaan hidup
siapa sanggup
siapa yang tak sanggup
itu semua diri punya pasal

yakin semuanya dah tertulis
belajar menerima kekurangan pasangan
sebab kekurang dan kelebihan saling melengkapi

jodoh, semua dah ada cuma ada yang belum jumpa :)




pengalaman telinga yang baru
terima kasih :)

hari ini nasib kita baik, hari esok? hati hati dengan jalan yang di pilih


omongan itu kosong
sebab telinga dah hampir pekak nak telan
mulut dah hampir lunyai nak berkata-kata

tak suka sila angkat kaki
kalau suka duduk tak payah pergi

hati bukan untuk di pijak
hati bukan untuk buat baling baling
faham?

berkata dari pengalaman
bukan nak caci siapa siapa
masing masing saling mengingati

sebab dalam dunia ni kita tak hidup sendiri
kiri kanan depan belakang semua memandang

:)




tolong jangan salahkan keadaan, semuannya di luar jangkaan.


aku manusia biasa
selalu buat salah
selalu jugak tersilap langkah
nak menjaga semua hati memang aku tidak punyai kepakaran
kalau aku di kurniakan sejuta hati sekalipun,
susah untuk aku jaga kesemuanya

aku sayang hati semua orang yang aku kenal
aku masih belajar, bagaimana untuk menjaga hati orang lain
maaf kalau aku tak dapat sempurnakan kisah semalam atau kelmarin dulu
tapi aku belajar dari kesilapan.



hati aku tak sependek diri aku.
maaf kalian :)



ahqilaf run naw :)


nama di beri WAN NUR FALIQHA BINTI WAN HAZANI yang bermaksud cahaya ketinggian. tapi dulu masa umur tak cukup matang selalu nak letak SATU cahaya ketinggian. bukan sebab nak ikut tag line SATU MALAYSIA tapi dulu bila belajar omputih menyebut ONE itu macam bunyi WAN.(disebabkan WAN tu sebutannya macam ONE). so saja gedik gatai nak tambah SATU CAHAYA KETINGGIAN.tak pa lah, zaman tak tahu apa apa memang banyak perkembangan otak.

aku start terror tulis nama sendiri masa umur 6 tahun. gila lembap kan? nak buat lagumana, aku memang selalu terkandas di belakang. tapi since zaman kanak kanak aku start tulis nama aku terbalik. bukan eja nama FALIQHA NUR WAN. tapi eja WAN NUR FALIQHA dari kanan ke kiri. macam tulisan jawi. dan lagi macam tak masuk akal huruf huruf semua pakat terbalik. baru aku sedar yang aku memang budak pelik =,="

dulu zaman sekolah aku tak suka bila kawan kawan aku panggil wan. entah kenapa. kalau boleh dalam ic tak nak ada wan di depan. tapi aku pernah tanya bonda "kalau perempuan yang ada wan boleh tak anak anak dia ada wan di depan even suami bukan ber-wan di depan?".bonda geleng.

tapi bila dah naik tingkatan dua aku tak suka orang panggil aku FALIKA sebabnya aku rasa macam keperempuan-nan. nah, time tu ramai cakap aku ni jantan ke apa nya tak suka nama FALIKA =,=" so dari nama FALIKA jadinya PHALIQ. time tu lah ramai mak bapak kawan kawan aku ingat aku ni laki yang dating dengan anak anak perempuan mereka. pusing otak la kawan kawan aku nak meng-explain kan dekat mak bapak mereka bahawasanya phaliq itu perempuan. kesian mereka =,="

tapi sekarang dah tak kisah orang panggil falika sekalipun. sebab dah terasa nama falika agak comel. HAHA. tapi bila aku bagitahu nama falika ada la yang terdengar FA-RI-KA. 3 kali bagitahu baru dapat tangkap rupanya RI tuh adalah LI. kesian kan. hmmm!

p/s: mereka nak panggil falika or phaliq aku dah tak kisah tapi sampai saat ini aku masih tak berapa nak suka orang panggil aku dengan nama 'wan' =,="

siapa pun nama saya,
itu yang orang akan ingat
:)


busy macam lebah


hye julai. permulaan yang agak sibuk sebab minggu lepas kena MENJADI PESERTA WAJIB untuk pergi kem PBSM dekat Chin Chin, Melaka. kem 3 hari 2 malam yang tidur pun main hentam duduk saja sangat penat but saya punyai pengalaman baru. first time pi kem , first time pasang khemah, first time buat night walking and first time mandi,makan,minum, amek air sembahyang guna air tasik (sila boooo panjang panjang dekat saya. saya tahu saya pathetic T___T)

ok forget about the camp, isnin lepas ada quiz sociologi and i messed it up sebab study bab 1 saja padahal lecturer dah cakap chapter 1-3 masuk quiz. ayoyo, padan muka la T___T dah tu kelas inc sampai sekarang satu apa pun tak lekat dalam kepala hotak. semalam dah habis bab 6 tapi yang bab 1 pun masih tak ingat. apa kes derr? T___T

hari ni dah enam julai. next week dah start midterm break. haha, bunyi cuti memang best, but before cuti kena submit tiga assignment which i don't know nak start yang mana satu. banyak gila benda yang belum settle-kan lagi. dah la hafazan belum start lagi. haiiih T___T

kepada nenda safia yang hantar mesej saya mintak ampun banyak banyak sebab tak sempat nak balas mesej mesej anda. saya punya henpon sekarang jadi teman dekat telinga and masa tidur saya ja sebab bila dah bangun kaki macam robot pantas ja pi kelas. maaf kan saya. bila saya dah balik nanti teman saya tengok harry potter 7- part 2, nanti jangan dok buat buat lupa and dok buat buat tak mau pi macam taun lepaih nah. tibai sat gi kot =,="

p/s: i just need some fresh air, please :(


cakap kurang siapkan kerja sekolah
selamat tidoq, kawan kawan
Z_________Z