meet my labu labi :)


i keep dreaming to buy another camera, (due to the death of mukhsin T__T) but the process to save my pocket money OMG, i have only less then hundred. pity right T___T

so, to start recover my broken heart for the lost of mukhsin, i dreaming to buy a lomo camera which mean i will buy it with my TAK-SEBERAPA-DUET-RAYA-SEBAB-UMOQ-MAKIN-TUA. so, i know i will have less than RM200 for my duet raya and i will buy a cheap lomo camera. and yeah, this is my dream due to i am a camera maniac =,="

but what surprising me, someone give me a present and i thought it just a selendang for raya or kerongsang. you know what, i got a lomo camera from my GFBFF and i suddenly felt wanna cry.
TERHARU-WA-CAKAP-SAMA-LU.

i don't ever expecting i will get a lomo as a gift. seriously, even safia keep telling me it is not expensive yet i really feel numb when she gives me this gift. (sebab baru nak paw CD simple plan for my birthday present. HAHA. kidding *_*)


although it looks like a camera toy but yet it is a lomo. lomo kan memang macam barang mainan :) i still dumb about lomo and i have to learn from A-Z and because it use a film so i have to save it. and what i feel like wanna laugh, safia buy a waterproof include with cover at this lomo. HAHA. memang terasa sampai ke lubuk hati. HAHA =P . but i don't mind at all. safia said it for precaution. hehe. tengs nenda sepet. so welcome to me labu labi :)

Phaliq,

This is for you.
I know it can't and never be replace Mukhsin. But it
is something to make
you smile and happy.

=)
-Piah-

(a note from safia sulaiman)


p/s: next target polaroid :)

itu semua sebuah jalan kehidupan


hujan membasahi bumi dari pagi sampai petang. aku selamat sampai di sini. banyak benda yang perlu di settle kan, assignment, presentation, proposal, report dan final exam. semuanya akan 'berlaku' selepas raya.bawak balik kerja sekolah memang penat. haiih nafas, sabar ya.

sebelum subuh semalam, bonda beritahu sepupu rapat aku akan kahwin raya ke-5 ni. hati terdetik, kenapa cepat benar masa berlalu? belum puas lagi aku nak bergurau senda dengan dia macam mana kami selalu buat masa kami masih budak hingusan dulu. tapi bila fikirkan balik, jodoh dia dah sampai.

jodoh, hanya cepat atau lambat. terima apa yang sudah tertulis.
jodoh, tak kira pangkat dan darjat. sebab manusia saling memerlukan.
jodoh, melengkapi antara satu sama lain. sebab itu terciptanya lelaki dan perempuan.

jodoh di tangan Tuhan, ingat. tak ada siapa boleh tolak takdir. kalaupun Tuhan tetap kan kau punya jodoh seorang yang tak berapa nak bekerjaya, itu tetap jodoh. hidup saling memenuhi kelebihan dan kekurangan. jangan terlalu yakin dia pasti milik kau sebab di akhir cerita sebenarnya jodoh dia dengan orang lain :)

haih jodoh, kalau bersembang memang tak akan habis air liurnya.

if i could choose one heart, it might be yours,
encik kun fayakun
:)

terkehel hati, terseliuh anak otak



semalaman, 15 jam bersengkang mata. semalaman, 15 jam berjaga hati. bukan study tapi lebih kepada melayan perasaan. mata tak nak lelap, hati tiba-tiba jadi sedih, otak jadi serabut. entah kenapa kali ni rasa jatuh sakitnya , hanya ALLAH saja yang tahu. tepat 9.30 pagi baru masuk tidur lena atas katil. entah mana datangnya tenaga untuk berjaga sampai ke pagi pun tak tahu.

bak kata orang, penyakit itu penghapus dosa. penyakit itu ujian dari-Nya.
bak kata orang, setiap yang terjadi adalah ujian dari-Nya. DIA tak akan uji kalau umatnya tak mampu hadapi setiap ujian itu.
bak kata orang, langit tak semestinya cerah, malam tak semestinya dingin.

aku terjatuh lagi. terkehel hati terseliuh anak otak. aku tak tahu kenapa saat ini aku lemah bagai nak rak. mungkin aku dapat dua khabar malang dalam masa tak sampai 24 jam. hati mana tak sakit. otak mana tak bagai gila. perasaan mana tak bercampur baur. aku nak hembuskan nafas pun aku rasa sesak T___T

terngiang-ngiang suara bonda. terselit ketawa abah. semua orang terdekat sepintas ada dalam kepala hotak aku sekarang. ya, kali ni aku benar-benar dalam peringkat bawah. nak mintak simpati pun aku rasa tak layak. hmm. lalai lagi, padan la muka aku T___T

sesungguhnya sakit itu ujian dan setiap ujian ada hikmahnya. jadi, aku harus berpatah balik pada garisan petak mula. untuk cari balik apa yang aku tertinggal. kutip balik semua benda yang sebenarnya bukan sampah kehidupan. putar balik otak ini supaya ada benda lama harus di simpan dalam kotak hitam itu. sayangnya, semua ini realiti ='(

percayalah, benda lama tak akan di gantikan dengan yang baru. kau ada tiga buku baru sekalipun, tak sama dengan buku lama yang pernah kau tulis dulu.


p/s: rest in peace MUKHSIN ='(

don't look for MR.RIGHT, here the MR.SIMPLE :)



tak payah cari MR.RIGHT dah
sebab tak ada lelaki yang betul dan sempurna,
MR.SIMPLE lagi gantang bergaya.
:)

p/s: eunhyuk, you are really a great dancer
^________^

oh oh melting :)(:

kalau ada jodoh, ada la


not so great sunday.
headache.
allergic at my hand,so damn ugly T_T


dua tiga menjak ni otak sangat sibuk. kalutnya lain macam. hati tak payah ungkap, banyak mencaci diri bila semuanya tunggang langgang. kadang nak menangis kadang rasa macam nak sepak-sepak. hmm. hormon tak stabil agaknya =,=

susah bila jadi orang yang takut dengan cinta. payah bila mind-set takut dengan patah hati. aku dah muak orang tanya "bila nak ada boyfriend?". hmm =,="

pantang kalau henpon aku berbunyi tak henti-henti (meses masuk), terus tanya "wah phaliq dah ada boyfriend". haiiih =,="

bila menghitung hari, rasa makin hari makin cepat berlalu. bulan depan dah double two. kalau bonda, dah jumpa jodoh bila dia menjangkau 22 tahun. kalau aku, masih menyepi. aku dah tawakal dengan semua benda ni. dah berusaha tapi aku tahu masih tak cukup.bukan tak nak cari tapi sebab otak dan hati dah bersatu supaya percaya pada jodoh ALLAH, jadinya aku masih tunggu jodoh tu.

tak kemana jodoh itu. tak payah nak kalut-kalut berjanji "i love you sampai mati" sebabnya belum tentu pasangan awak sekarang adalah jodoh awak. nanti bila dah kena heart broken tak jadi kahwin baru la meraung satu kampung. frust menonggeng bagai nak rak. time tu awak rasa nak terjun bangunan sekali pun, ALLAH tetap dah putuskan siapa jodoh awak.

jodoh awak tak boleh di ubah. sebab tu orang cakap berdoa panjangkan jodoh, bukan sebok berjanji dengan ayat-ayat manis. nanti bila hubungan tu tak berkat mula la salah kan takdir bagai. padahal diri sendiri yang di kaburi dengan perasaan hangat bercinta

bila aku post macam ni, mula la nak mengata "ala, jeles la tu sebab tak dak pasangan," or orang lain akan kata "kau tak bercinta mana kau nak rasa feeling bercinta,". bersyukur aku tak lalok dalam percintaan sebabnya aku lebih senang in a relationship dengan buku dan cerita dongeng aku, dari aku habiskan duit beli tisu untuk lap hingus meleleh bila patah hati nanti. tak gadoh aku nak lahirkan semangat jeles dekat orang lain, bertambah dosa aku nanti *mendalam maksud, pandai-pandai la terjemah dalam bahasa sendiri* :)

aku hanya percaya pada jodoh ALLAH,
kalau DIA memberi, aku menerima.
kalau ada jodoh, ada la :)

i believe in happy ending :)


p/s: entry ni tak ada kena mengena dengan orang lain. cuma muhasabah diri tak salah :)

cuma kadang kadang kena saling muhasabah diri.


semua orang ada hak menegakkan kebenaran.
tapi kalau hak di cabul seumpama benang yang basah sudah kering di luruskan
tak guna berhabis air liur mulakan perdebatan.
telinga di pekak ,hati di keraskan dengan gam gajah sekali pun
memang susah untuk lembutkan macam kapas.


macam harem sekalipun
manusia perlukan manusia







p/s: respect each other after you respect yourself, human ;)


ahad yang kosong


7 hari dah berlalu menahan lapar di siang hari. berperut penuh malam menjelma. hujung minggu dalam bilik empat segi tak banyak sangat yang di luangkan. buku bersepah atas meja menanti untuk di baca, tapi harem diri hanya mampu study dalam masa 1 jam setengah dengan 40% isi yang masuk dalam kepala hotak. mati diri, selasa dah start mid-term test untuk INC271 =,="

dua tiga menjak ni, mimpi malam sangat pelik. entah apa apa yang berlaku dalam mimpi aku. orang itu dan orang ini masuk menjelma. juga, orang yang tak sepatutnya ada lalu menyinggah. adakah ini di sebabkan ubat batuk dan selsema yang aku ambil sebelum aku rehatkan badan? oh! mana mungkin =,="

esok dah isnin. entah apa pulak jalan ceritanya. hmm. yang penting, esok satu hari yang membosankan lagi. mungkin ya. mungkin tidak. 24 ogos, cepat lah jelma. bau kampung sudah lekat di hidung nih T___T

ini hadiah untuk safia sulaiman.
saya jumpa dulu bekas boifren awak :)

hye bad august?


aku baru balik dari johor pagi tadik. saja berhujung minggu di sana. al-maklumlah family jauh, so tumpang ber-bukak-posa/sahur dengan family orang lain.

tapi paling menyedihkan masuk posa kedua dah menjejak kaki ke unit kesihatan uitm T__T sebabnya batuk dan selsema bermaharaja mat lela ke atas diri nih. suara pun dah bertukar jadi rock kapak piaw punya. mungkin terkena angin johor banyak sangat =,=" ok itu satu alasan tak munasabah.

so banyak benda sangat nak bercerita since pengalaman masuk stadium bukit jalil tonton bola between chelsea and malaysia sampai la pengalaman say goodbye not forever to mukhsin. *sigh* tapi malas nak cakap banyak. bak kata nina let by gone be by gone. benda dah lepas, tak usah di patah balik dah. =,="

3 more weeks until i'm going back to sungai petani to celebrate raya. ya, 3 minggu tak kejap dah, tup tup dah habis posa. cepat benar masa bergerak sampai sekarang aku belum faham satu pun subjek INC271 and CMP281 weh T___________T


not too late
SALAM RAMADHAN KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA
*eceh macam bagi salam raya dalam paper yang jauh di perantauan. HAHA =P*