new obsession


selain dari obsess dengan mata Juan Manuel Mata Garcia, aku jugak dah ter-obsess dengan cara Juan Mata bermain bola. woot woot, nose bleeding =,="


who is
Juan Manuel Mata GarcĂ­a?
Juan Mata adalah pemain baru kelab chelsea yang berjersi no 10 and bonus for me, he is spanish footballer, age 23!
*nose bleeding again =,="*

i'm sorry Paulo Ferreira ='(

walaupun abang ni berjambang tapi ai suka tengok dia bermain bola dengan kelab chelsea, terimakaseh andre villas-boas because 'bring' him to chelsea club.
tahun depan kalau chelsea buat tour datang malaysia lagi, ai nak beli tiket vvip,nak tengok juan mata ni sampai mata ai terkeluaq.
kumpui duit sehari rm1.50 dari sekarang cukup kot noh. HAHA.

hehe *gedik banyak*

kan ai dah kata mata dia sangat menawan kalbu ai

^_______^

happy holiday, bye semester two :)



looking at those pictures reminds me how fast time goes by.
you already continue your study and
i will finishing my semester two just by tomorrow

***

tomorrow will be my last paper, sociologi LIB101
thank GOD, i finish up my semester two
although there're a lot of dramatic scene
*sigh*

so, semester break will be 1 month and a half
what should i do?
no friends to hang out
no mukhsin to tell my daily life
just mr. V that i will be using 24/7
*ppffftt*

by the way, safia introduce me new novel of nicholas sparks ;
title : the best of me
okay, i should look for the novel
will ask mom to go to kinokuniya, KLCC tomorrow
hehe

so happy holiday my deary friends
we will see next semester
:)

kawan bagai tulang belakang, tak ada tulang belakang tak ada kawan :)


kawan, banyak definisi nya. yang baik, yang buruk. yang boleh menuju kebahagiaan, yang boleh menuju jalan durjana. tapi ada yang berkawan untuk jadi parasit. bila dah tak berguna buang macam sampah. bila nak guna kutip jilat balik pun sanggup. tapi yang kekal sebagai kawan sejati adalah yang betul-betul fikir kasih sayang sebagai kawan sahaja.

sepanjang kau hidup berapa banyak kawan kau yang tinggalkan kau? yang betul-betul rasa susah senang kau? 5? 6? aku berani janji tak sampai 4 orang yang faham apa itu kawan di sisi kau.

kawan yang baik adalah kawan yang tak tahu erti main pisau dari belakang.
kawan yang setia adalah kawan yang tak tahu hidup sorang dalam dunia.
kawan yang memahami adalah kawan yang selalu faham isi perangai kita.
kawan yang terhebat adalah kawan yang paling KOOL dalam alam ni.

aku tak perlu tisu sebab aku tahu aku punyai bahu kawan untuk lap hingus cerita aku.
aku tak perlu tali sebab aku percaya kawan yang baik jaga persahabatan aku.
aku tahu ada kawan yang tak boleh di guna pakai sebab terlalu menggunakan orang lain :)

kawan baik seindah warna hijau. sejuk mata memandang, lega hati riang. sepak jatuh semua dah rasa sebab itu dia kawan baik sampai mati aku, safia sulaiman :)

kawan semanis kek. berapa banyak gula sekalipun, tak pernah berubah menjadi tawar. banyak cerita dah di kongsi, si tukang cerita aku ini tak pernah jemu melayan cerita karut aku, kan aida ismail :)

kawan seumpama bahu pikul sama sama. sakit pedih semua terasa, bak pepatah cubit paha kiri paha kanan terasa. hidup tak pernah malap dengan geng rompakan 909 aku ; (dari kiri : Atikah Rahim, Afifah Jusoh & Juhana Jamaludin)

kawan tak pernah lekang dari kena bebel. ada saja benda yang tak kena. kau bising aku, aku bising kau. tapi bila satu hari tak gaduh macam tak hidup saja dunia ni kan, atikah suhaimi :)

kawan tak kira tinggi atau pendek, kalau dah takdir dia jadi kawan sebelah kita sampai kiamat pun dia tetap si tinggi dan aku si pendek yang selalu berdiri di sebelah dia. raihan rafor, terimakaseh awak :)

kawan kalau buat kerja tak betol sama-sama memang best. lagi lagi kalau masing-masing tak reti dok dendiam masa tension study. walaupun dia selalu merepek kerepek dengan aku, dia tetap ku solehah sengoi :P

kawan tak kisah datang dari negeri mana sekalipun, kalau jiwa tuh dah sama memang tetap menggila. orang johor kan rock. (dari kiri kechik penyebok :P, athirah & adilah rashter )


kawan yang sanggup stay up sama sama buat kerja memang kawan yang boleh hidup ketika susah sebab masing-masing dah faham macam mana bezanya liku hidup realiti dan lurusnya hidup fantasi. (dari kiri : juhana,hamizah & sarah)

tapi kawan paling mula di ingati adalah kawan hingusan sama sama waktu sekolah. kawan yang tak pernah jemu bagi gosip percuma, kawan yang selalu gelak sampai tak ingat dunia dan paling penting kawan yang selalu akan mengingati memori waktu kain biru baju putih :)

aku tak kisah berapa banyak sekalipun Tuhan mahu kurniakan kawan untuk aku. aku cerewet. pendendam. itu benar. kalau kau buat jahat, aku baling jahat. kau buat baik, aku jemput naik. masa aku terhad, bukan untuk di bazirkan membebel benda yang tak masuk akal. kalau kau mahu hidup lama, ingat lah kau bukan hidup seorang dalam dunia ini.

ini realiti, kau memang perlu sokongan kawan kawan. kau memang perlu kan kawan kawan. tapi berhati-hati la untuk pilih jalan yang mana satu. kawan baik untuk orang yang baik, dan sebaliknya faham-faham sendiri la :)



selamat mencari kawan wahai manusia :)



double two birthday


happy double two birthday WAN NUR FALIQHA WAN HAZANI. OMG! dah duapolohdua dah weh. seriously i can't believe it i'm already double two. tua rasanya T__________T

so, its not a first time la kan sambut birthday jauh dari family but thank GOD, kawan kawan tak lupa la kan nak wish for me. so, detik 12 tengah malam (23 september 2011), kechik, dyla, kak ku,raihan and fatin menyanyi lagu birthday dengan lampu di tutup just torch light henpon ja di bukak. terharu weh =') terimakaseh banyak-banyak.

yerp, no tepung+kopi+teh+telur for my birthday sebab aku memang melekatkan buntot atas katil sambil study. dalam hati cuak jugak takut-takut depa buat semua benda alah tuh. bukan tak suka tapi chek ni memang pemalas mandi tiga empat kali. save sabun and shampoo. HAHAHA. POYO KAU PHALIQ. thank GOD lah depa tak buat. next next year punya birthday la korang buat nah ^___^

so orang first yang wish kat aku for sure la tersayang aku kan :) thank you abah! love you more. balik nanti ika tuntut hadiah nah. jangan lupa. and then safia wish. i memang bengang dengan u bila u wish "sweet 23". i 22 ok. pffftt. nyanyok la u nih T___T balik nih double hadiah u kena bagi sebab u dah buat i bengang T_____________T



di sebabkan tahun nih tak dapat kek bulat besaq 2kg, i cucuk pin board ja atas meja study. 22 pin noh persamaan dengan 22 batang lilin. haha kesian kan? oh piah, ni la benda alah i dok cucuk-cucuk tuh time bergayut ngan u.




surat layang dari dyla. HEHE. tengs yaw, lama benor tak dapat surat layang wish birthday. love you dyla. aku dah tampal dekat depan almari baju aku ni haa. untuk ingat kau selalu :) by the way aku jeles dengan no bilik kau sebenaq nya, 2309 =D (ini la yang di katakan budak taksub nombor)

so after exam ctu151 tadik, kami 7 orang (raihan,k.ku,nina,kechik,dyla & fatin) meronggeng ke jusco ayer keroh sebab kechik nak belanja kek secret recipe =') terimakaseh banyak banyak kechik. sayang kau infinity kali sayang :)


di sebabkan masing-masing punya tekak punyai citarasa lain-lain, semua order kek yang berlainan jenis. for me, indulgence tetap di hati. HAHAHA.


rehan : awak, tudung awak yang saya pakai ni terkena krim kek
phaliq : oh tu ka?

*dialog rekaan semata-mata =D

teman gaduh saya, si giler

kita jarang ada gambaq bersama kan rehan. hehe. thanks sebab bersusah senang dengan saya and sentiasa menjadi teman toilet saya masa tengah-tengah malam kalau saya perlukan jamban. sayang awak infinity kali sayang :) *p/s : drastiknya mata panda aku =,="*

gambar tak banyak sangat yang di tangkap (mostly gambaq chek yang sikit T____T). but thanks friends sebab bawak chek keluaq jalan-jalan celebrate birthday :) terharu seyh :)


to kechik : tengs belanja kek tadik. sorry tak dapat habiskan kek awak sebab tekak dah mual. and tengs jugak sebab bagi stitch tuh :D iloveyou

to dyla,raira,k.ku: tengs sebab bagi sticth tuh. bertambah la koleksi teddy bear saya iloveyouguys :D

to ninot : tengs sebab bagi buku panda comel tu. awak tahu kan saya gila panda :D iloveyou

to fatin : tengs sebab bawak saya keluaq harini :D iloveyou


tak lupa jugak yang wish dekat henpon mahupun facebook. appreciate sangat-sangat sebab ada juga manusia yang ingat birthday saya! ^_______^



hye final exam =,="


haihh. esok dah start final. studynya, oh mak ai memang sakit kepala hotak sebab tak paham pun apa yang di baca. padan muka, sepanjang lecturer mengajar kat depan dok berangan sakan. now terima la padan nak cover chapter yang banyak sangat terms tuh. bonda nak balik T___T

so two days left bebeh. WEEE, tapi memang tak best la birthday time exam sebab semua mesti kalut dok study. dah la CTU151 jatuh on 23rd of september. then after CTU151 exam CMP281, memang lah subject semua nak killer pecah kepala hotak =,="

bonda nak habis cepat!!! T__T

CTU151 baru habis cover dua chapter, three more chapter to go. selebihnya menonton movie, menonton music video, online, makan, tidoq pakej lengkap. HAHAHA. memang susah la nak study kalau laptop sebelah buku =,="

sekarang memang tengah tension membaca buku, membaca buku, membaca buku. saya nak buat sesuatu benda yang gila lagi tak masuk dek akal, boleh tak bonda? please please please ^______^

boleh tak saya bleach rambut saya macam rambut lelaki di atas. please please. sebab saya rasa nampak cool kalau rambut bleach. new style orang cakap. saya dah tak minat dah nak kaler merah macam haley williams sebab saya tengok eunhyuk punya rambut ni macam cool ja. HEHE. before saya pi saloon bleachkan rambut saya, saya meng-eksperimen dulu rambut nih. so end up jadi macam ni.

so ni la end up kalau saya bleach rambut saya. cool tak cool tak? hensem kan saya. ok, tunggu lah saya balik nanti saya pegi bleach rambut saya dekat saloon. paling ganas bonda ligan saya satu sungai petani kan bila jumpa saya bleach rambut saya kan?? =,= HAHAHA. oklah stop merapu. ni gara-gara otak dah tepu study banyak sangat. byeh!

WISH ME LUCK FOR MY
FINAL EXAM!
:)

p/s: ok, beg mata panda dah kembali T__T


realiti menggunakan akal bukan nafsu


dunia ni tak besar mana pun untuk kau. cuma dalam banyak banyak pilihan kau sebenarnya salah pilih tempat. tapi aku rasa itu dunia baru untuk kau. kau lupa manusia mana yang pernah jatuh sekali dengan kau. kau lupa manusia mana yang selalu tolong kau. kau belum buta kau belum rabun tapi mana mata sempurna kau tu?

kau rasa dunia baru kau tu menjamin kebahagiaan? kau rasa dengan benda-benda baru yang tak masuk akal tu kau boleh hidup bahagia?oh! mungkin bahagianya sekarang, tapi bila kau dah jatuh tersungkur dalam lombong, saat tu jangan kau minta ampun dari manusia yang pernah gelak bersama dengan kau dulu.

jangan rasa diri itu hebat sangat sampai susah nak bezakan realiti dan fantasi. jangan kau ingat kau muda lagi kau boleh nikmati semua ini tanpa dengar kata orang lain. jangan kau menyesal bila suara dulu datang senyum sinis dekat kau.

masa sekarang memang kau dah hanyut dengan cahaya palsu. sebab tu kau susah nak bezakan mana satu jalan yang patut dan tak patut kau ikut. kau perlu banyak lagi belajar tentang hidup ni.

ingat, hati dan perasaan kawan bukan barang mainan yang perlu kau baling sana kemari. kau ada akal. bijak pulak tuh. tapi sayang kalau kau tak reti jaga hati dan perasaan kawan-kawan menggunakan akal kau. aku simpati sangat-sangat dekat kau. *sigh*

jangan terlalu seronok sangat dalam dunia yang salah dan palsu sebabnya nanti kau yang merana diri. cari dunia yang betul-betul bagi kebaikan sampai akhirat. ini nasihat, kau ambil atau buang itu bukan masalah aku.



jangan fikir realiti itu senang,
padahal jalan lurusnya lagi susah
dari liku-likunya



"manusia yang hilang dalam dunia keseronokkan
selalunya lupa jalan pulang ke tempat asalnya."

-wannurfaliqha-

susah senang masih ada :)

selalu sangat bertekak sampai air liur kena asyik refresh
selalu sangat tak bersependapat diri sampai kadang kadang dua dua terdiam
selalu sangat buat kerja nakal sampai dua dua gelak tak sedar keadaan

orang cakap, sahabat baik selalu tak bersetuju angin
orang cakap, sahabat baik selalu ada di sisi
orang cakap, sahabat baik selalu berlainan gaya

itu yang membuat tali persahabatan lagi panjang
itu yang membuat kita tak lupa bahawa ada lagi manusia yang prihatin
itu sebenarnya kawan :')


terimakaseh sebab jadi tongkat sakti aku :)


alhamdulillah dua sem bersama, persahabatan kita tetap utuh :)


harap-harap sem 3 dan seterusnya nyawa persahabatan masih wujud. terimakaseh


NUR ATIKAH MOHD SUHAIMI =')




selamat hari raya aidilfitri


selamat hari raya aidilfitri para muslimin sekalian. ok, aku tahu aku lambat update pasal raya but who cares?HAHA dah nampak dah tahun ni raya sakan bagai nak rak sampai lupa assignment banyak menggunung =,="

so, raya pertama raya di kota kuala muda dekat rumah tok mak. semua adik beradik mama balik. so, memang havoc habis, kecoh satu rumah =')

raya kedua bergegas pulang ke tanah aloq staq. highway sangatlah sesak semua sebok balik beraya. HARUSLAH kan :)

even raya tahun ni tak berapa best tapi still happy sebab duit raya still dapat woooh woooh wooh. haha. ok guys, nak pi sebok menambah berat badan lagi, byeh and happy eid,people!

^________^


happy familia :)

abdullah & azizah's grandchildren :)

not in the pic : aizat,zafry,fatin & afif