365 hari dah berlalu



selamat tinggal, kenangan 2011.
foot print dah aku tinggalkan,
duduk diam diam di situ.
terimakaseh kerana menjelma.
terimakaseh jugak kerana menemani.

2011, sudah tamat tanggungjawab kau,
untuk hidup sepanjang 365 hari.
terimakaseh kerana beri peluang
untuk aku bernafas di tahun 2012.
terimakaseh ALLAH :)



SELAMAT TAHUN 2012,
manusia :)


gunting tali itu, aku tak rugi apa apa.


ada otak, fikir.jangan sebab benda remeh semua nak tunggang langgang. ideologi orang tak tahu mana kedudukan otak, memang selalu guna emosi untuk selesaikan masalah.

aku rasa kau bertindak sebegitu nak memutuskan tali yang pernah di bina. kau rasa kau manusia paling hebat. ok. aku faham. kau hebat.

tapi sampai bila? sampai bila kau nak ego tak nak kalah walaupun benda yang kau buat itu tak betul? subhanallah. aku malu sungguh ada tali ini dengan kau. entah ego kau dari keturunan mana pun aku tak tahu. aku berdoa, hati kau akan cerah terima keadaan realiti, bukan masih lagi hitam dengan egois diri.

tak mengapa. biar lah orang buat kat kita. bertubi-tubi sekalipun. kita juga punyai senjata, iaitu doa pelindungan dari ALLAH. kita tahu mana salah. kita tahu apa yang betul. kita tahu ALLAH itu maha adil.

aku percaya suatu hari nanti bila kau susah, kau datang bergolek. mintak keampunan. bukan dekat aku tapi dekat ALLAH kerana selama harini diri kau di tutupi egois diri sampai lupa kau buang benda tak sepatutnya.

ingat, aku tak membenci kau. cuma aku sudah muak dengan permainan kau dan yang lain. aku muak dengan kau punya ego. aku muak semua tentang agenda kau. belajarlah menerima kenyataan kau sebenarnya di takat didih bawah. *alahai.

doa orang teraniaya selalu termakbul, itu saja aku ingat. terimakaseh bagi aku kenal kau orang macam mana :)

ending cerita 2011, sadis. kesian aku melihat mereka. *sigh

p/s: bawak bawak lah bermintak maaf. kau dan keturunan kau dah banyak dosa dengan aku dan keluarga aku.


setahun dah berlalu


27.12.2010, tarikh yang banyak tinggal makna buat aku. menjejak kaki di tempat baru. mulanya hati mogok. kenapa di sini. kenapa? banyak persoalan hati bertanya. tapi aku hanya mampu diam. ini cita-cita. nak atau tidak aku mahu kejar apa yang aku tercicir dulu. ini masa depan aku. kerana itu yang aku minat.

tun teja, tingkat tiga. aku mengeluh. kenapa tinggi sangat? ah peduli itu, aku hanya mahu katil bawah. tingkat atas sekali atau bawah itu lain kira. orang pertama yang aku jumpa adalah nina. tak banyak cakap. hanya senyuman sahaja yang di beri (barangkali penat naik tangga. HAHA.) aku lebih selesa berdiam diri sebab itu diri aku.

4.30 petang, masa terakhir berjumpa mama, tok mak, pak chaq's family, sepupu sepapat. hati sedih. menangis nak balik. tapi berlagak ok sebab ini yang aku nak. bye dunia lama hai dunia baru. *mengeluh

ini gambar setahun yang lalu. perubahan fizikal dekat aku may be zero, tapi dari segi pemikiran mental dan hati mungkin banyak beza dari dulu.

paru-paru kiri dan kanan,
i don't know how i could live without them
thanks mommy n toek :)

sepupu yang ngeng.
i love them :)


27.12.2011, harini aku masih berdiri dalam pilihan aku sendiri. setahun di sana banyak mengajar aku, apa itu sebenarnya sebuah kehidupan. aku berani cakap, aku berubah sikit demi sikit. banyak kenal tanggungjawab, banyak kenal berdikari, banyak juga mengeluh diri dengan benda yang tak sepatutnya.

3 semester lagi untuk aku habis kan diploma. niat untuk buat fast track may be terbantut di sebabkan aku dah mula jatuh cinta dengan lendu (HAHA pengakuan berani mati). tak pa, lambat cepat siapa sampai dulu bukan jadi persoalan. sekarang, habis kan belajar. planning hidup aku dah aku list down kan.

once teja's always be TEJARIANS
;)

that's why i love my girls
thanks for the one year friendship :)



di tempatkan di kalangan budak baya adik aku,
hai aku pun budak hingusan macam korang :D



terimakaseh ALLAH,
itu yang mampu aku ungkap kan =')


jodoh bukan datang bergolek


disember, akan tamat tak berapa hari saja lagi. 2011 banyak tinggal foot print, yang sedih yang gembira semua ada. drama apa nak, tekan butang 'select', keluarlah semua cerita sepanjang 2011 dalam kotak memori :)

alhamdulillah, penghujung 2011 keluarga aku dapat berita gembira. abang dah nak bertunang! ya, baru nak bertunang tapi he's the only son in this family, so even nak bertunang pun semua orang tumpang gembira.

soalan yang perlu aku bersedia bila jumpa orang "ika bila lagi?". haih, itu paling aku jemu. muak.tapi itulah soalan yang akan berkumandang hinggap dekat telinga aku. nak mengelak memang tak boleh, sebab pergi celah mana pun ada saja soalan macam tu. *mengeluh*

tebalkan bibir kuat kan hati senyum sinis sambil berkata "jodoh belum sampai agaknya". itu saja yang boleh di katakan. dan itu saja kebenarannya :)

tenang. aku baru 22. belajar pun belum habis. teman pun belum ada. kalau aku bertemu jodoh di usia 40 sekalipun, tetap jodoh dari ALLAH. mencari sudah, tapi masih belum ketemu. apa harus buat. jodoh bukan macam petik bunga ros. yang ada depan mata berlambak, nak di jadikan serasi dengan jiwa, itu payah.

berdoa. itu kunci jodoh.
berdoa. itu selalu buat.
ALLAH yang menentukan bila jodoh itu tiba.
percaya dengan jodoh dari ALLAH :)

abang, semoga jodoh kekal berpanjangan. macam tak percaya ja abang dah nak bertunang. insyaallah, everything will be fine. i will follow your step soon. err, i mean follow untuk bertunang and kahwin. HEHE =D


the hardest things you will get in your way
the precious things you will have forever
:)

-WNF.WH-


masa itu nafas


alhamdulillah,
empat puluh hari tersekat di sini masih lagi bernafas.

mana mungkin tak rindu kampung halaman. kerja menggunung, itu lumrah. kerja banyak tak kena, biasa la tu. kadang penat sangat. banyak drama yang jadi. babak spontan, babak sedih pilu, babak senyum tak hilang. tapi semua tu catat dalam buku memori.

kadang menyampah tengok bila hari hari kehidupan semua nak tungging terbalik. balik bilik masing masing masam. penat. itu saja yang boleh di rasai. penat sebagai pelajar, lumrah la tu.

cukup untuk mukadimah empat puluh hari aku disini.

harini nak bilang, jumaat aku pulang ke kampung halaman. cuti seminggu, cukup aku rasa untuk siapkan segalanya.

hai hidup, macam ini lah aku bernafas. semput.
cuti pun ada saja benda yang nak kena siapkan.
ini yang aku pilih. jalan takdir aku.
*senyum*

orang selalu cakap, hidup ini bergerak dengan pantas. sekarang dah disember 2011. tinggal beberapa hari ja lagi nak cakap hai kepada 2012. aku jugak tertanya, "kenapa cepat benar?".

tahun depan dah masuk 23 tahun. tua. tak sangka. lama sudah aku hidup. bernafas di bumi ALLAH. masih lagi ada abah dan mama, adik beradik. masih lagi ada kawan-kawan sepermainan.

tapi aku sangat terkilan bila ada yang cakap "umur muda-muda la nak buat apa saja,". mencari keseronokan tanpa ingat masa bergerak setiap saat. kalau seronok mencari pahala, aku tak kisah. aku pun berjalan menuju ke arah itu. tapi kalau mencari seronok di jalan dosa, itu bukan satu cerita yang baik.

ada apa dengan usia kalau iman tak sekuat usia, hati masih lagi caca merba. dunia dah sampai akhir zaman. masa tak akan tunggu kita. ingat. aku tolong mengingat kan. manusia, saling memerlukan antara satu sama lain.


dan berita baik, alhamdulillah ALLAH dengar doa aku. walaupun bertahun aku berdoa dan sekarang doa di makbulkan, aku masih lagi bersyukur. ALLAH masih lagi ingat hamba-NYA yang serba kekurangan ini. ALLAH masih bersama aku. moga-moga semuanya kembali pulih.

:)


kekuatan terletak pada hati,
jiwa adalah kemanisan diri


tayar roda kehidupan kau belum pancit


kutip macam pengemis, buang macam sampah.
kau memang daif tentang kehidupan.
layak kah kau hidup di mata masyarakat.
kesian, kaya sangat memang jadi macam tu
*sigh

kenapa bongkak sangat kau kepada manusia lemah?
kenapa nak tindas manusia ini sehabis boleh?
mana nilai moral kau?
mana ajaran agama kau?

orang yang kau buang dulu itu lah akan tolong kau nanti.
masa itu baru kau cepat nak gadaikan maruah kau.
baru kau malu nak minta maaf
baru kau tahu langit sememangnya tinggi.


sekarang kau mungkin masih buta kehidupan,
makan garam dulu sebelum gula kan hidup.
*perli*

kalau ini kebahagiaan, terimakaseh Tuhan :)


ini perasaan. percuma untuk suka. percuma jugak untuk di sakiti hatinya. tapi ini lah kehidupan manusia yang punyai hati. kadang tak perasan pun hati tersenyum kembang.

dia,
mungkin ada kekurangan,
tapi di mata aku dia dah cukup sempurna.
agamanya bersih, iman nya kuat.
dekan setiap semester, siapa tak jatuh hati
*mungkin aku saja yang pandang. HAHA*

niat dalam hati tak pernah rasa ingin suka dia. jauh sekali la nak tahu nama dia. tapi bila dulu asyik terserempak saja dengan dia, hati mula bertanya "siapa dia?".

lumrah kalau suka dalam diam. pendam bertahun tahun. lumat kesumat dah di sumbat. mampu jadi stalker terhebat. jumpa selisih mata pun dah cukup baik. nak senyum? harapan sangat, tapi tercari-cari jugak. itu yang di katakan suka :)

tapi aku tahu siapa aku dia nak pandang. entah nampak entah tak aku ni. yala, aku banyak kekurangan. nak jadi terbaik memang susah, ilmu agama pun tak sehebat dia. dah macam langit dan bumi. but for sure, he's the one i look for. err, i mean the type of man that i be dream to have =)

terimakaseh raihan rai atas bantuan anda
untuk 'siasat' siapa encik kun fa yakun tu.
=')


aku sanggup gadai kaki untuk pergi ceramah agama untuk lihat dia. eh, yang penting hati aku ikhlas ya pergi dengar ceramah tu di samping untuk selesaikan assignment CTU271 aku. sambil menyelam minum air dan tersenyum riang hati aku bila nampak dia masuk menuju dewan. hai bahagia :)


p/s: i have crush on you, yes you encik kun fa yakun :)